3

990 48 3
                                    

Syira masuk ke pusat tusyennya dengan langkah longlai. Dalam benaknya sudah pasti asyik memikirkan peristiwa tempoh hari yang terjadi di gerai abang Ahnina. Rasa bersalah setinggi Gunung Everest mula bertapak sebagai raja dalam jiwa Syira. Walaupun bukan salah dia dan Syifa, tetapi mereka tetap ada dalam kekecohan itu. Dia bertekad untuk meminta maaf pada abang Ahnina secara face-to-face.

" Masam je muka. Terpijak taik kucing ke ?" teguran Ahnina yang sedikit lawak tidak disambut oleh Syira.

" Weh abang kau tak cerita apa-apa ke ?" sayu suara Syira bertanya pada kawannya di sebelah.

Ahnina angkat kening. Cerita apa ?

" Cerita drama apa? Abang aku tak suka tengok drama lah. Dia suka tengok bola ja." dengan polos Ahnina menjawab.

Alahai, bendul macam kakak aku..

" Heee bukan lah ! Serius la sikit, nina !" bengang betul Syira dengan jawapan kurang bijak oleh Ahnina tadi.

Lah, kita pulak kena marah ?

" Tak, takde cerita apa-apa pun. Kenapa, kau ada cerita apa nak cerita kat aku ? Aku memang suka dengar pencerita bercerita pasal cerita-cerita hot ni." teruja pulak budak Ahnina ni. Si Syira pulak pening dengan kata-kata gadis itu tadi. Too much 'cerita' dalam ayat dia !

" Pening ah cakap dengan kau, Nina. Aku nak turun pergi kedai ! Cerita la kau sensorang dalam hati !" terus Syira bangun semula dari duduknya dan keluar dari kelas. Guru tusyennya belum tiba, jadi sempat lah dia beli gula-gula. Kalau tak, mukadimah 10 minit pun Syira dah menguap tak ingat doniya !

*****

'Mana akak ni ?' resah Syira menunggu Syifa datang ambil dia di pusat tusyen. Dah cakap pukul 5.30 kelas habis ! Ni mesti akak terlupa ! Kakinya yang asyik tergedik-gedik menahan sejuk yang dapat dirasai hingga ke tulang dek hujan lebat yang turun, semakin laju gediknya. Lengan digosok bagi menyalurkan haba dalam badannya.

Kereta Honda Jazz milik abang Ahnina sudah tiba. Aduu tinggal aku sorang pulak kat sini.. MANA KAK SYIFA NIII ?!!

" Weh abang aku dah sampai." kata Ahnina di sebelah Syira.

" Iya, tau. Aku nampak. Kau pergi lah balik. Aku nak tunggu kakak aku sampai." ujar Syira dengan nada kesal pada kakaknya. Bukannya dia tak tahu kakaknya itu memang pelupa sikit orangnya. Banyak makan semut ke apa !

" Jom lah tumpang aku dulu. Nanti aku suruh abang aku drop kau kat rumah kau terus. Lagipun hujan pastu semua orang dah balik. Takkan aku sanggup nak tinggal kau sensorang kat sini.."

Hati Syira sedikit tersentuh dengan perilaku Ahnina. Baiknya kau, Nina !

Mahu tak mahu Ahnina sudah berjaya memaksa Syira tumpang sekali dengannya. Ahqaf pun okey ja sebab memang satu jalan dengan mereka. Buat baik dengan orang, nanti orang buat baik pada kita semula.

" Rumah Syira kat mana ?" tanya Ahqaf sambil memandu. Hujan lebat sangat, takut dia terlepas pandang pulak.

" Abang straight ja, nanti belok kiri. Abang drop Syira kat taman pun tak apa. Dari situ boleh jalan kaki je nak ke rumah Syira." jawab Syira di tempat duduk belakang.

" La.. kenapa nak drop kat taman ja. Abang hantar sampai rumah, baru lega sebab Syira selamat depan mata abang. Betul tak, dik ?" Ahqaf memberi signal ke kiri seperti yang dikatakan oleh kawan kepada adiknya.

Syira diam. Sweetnya abang Nina ni. Dah la rajin, caring pastu prihatin pulak ! Hensem atau tidak tak kisah la, janji bertanggungjawab.

Sampainya mereka di depan rumah, terus Ahqaf dan Ahnina keluar dari kereta.

" Terima kasih nina, abang Ahqaf." ucap Syira dalam kesejukan. Wuuu sejuk baq hang !

Ahqaf dan Ahnina angguk serentak bersama senyuman.

" Ya Allah Ira !!" tiba-tiba kedengaran suara Syifa tenggelam timbul akibat hujan lebat. Berlari anak si Syifa ke arah Syira dengan tuala di tangan untuk si adik.

" Sorry Ira. Sumpah akak lupa !" badan Syira dibalut dengan tuala kering. Pasti dia kesejukan, ada kesan basah-basah pada Syira.

Ahqaf dan Ahnina pandang antara satu sama lain. Dia ni tak sedar aku dengan adik aku ada depan dia ?

" Kak, ni Nina dengan abang dia, Ahqaf. Dia orang yang tolong hantarkan Ira tadi."

Syifa angkat muka memandang dua manusia itu. Sengih saja Syifa ukir di bibir. Mujur aku keluar rumah tadi pakai tudung.. hai teruk betul kau, Syifa.

Apasal aku tak perasan dua orang ni tadi ?

" Oh hai. Emm.. terima kasih sebab hantarkan adik saya." ucap Syifa dengan penuh rendah diri.

" Eh takpa, dah satu jalan." balas Ahqaf dengan skemanya. Kenapa aku rasa macam pernah nampak minah ni ? Kat mana eh ?

" Abang, jom balik. Sejuk lah." rengek Ahnina di sebelah abangnya. Alahai manja betul nina dengan abang dia.

" Nina, thank you tau. Jumpa next week kat tusyen, bye."

" Bye, Ira. Assalamualaikum." balas Ahnina sebelum masuk ke dalam perut kereta.

" Bawak kereta elok-elok. Terima kasih lagi sekali abang ahqaf." jerit Syira dengan bersungguh-sungguh. Walhal mereka dah jauh.

Syifa senyum dan angkat tangan pada mereka berdua. Kemudian dia pandang Syira. Amboi siap melambai lagi..

Tangkap cintan dengan abang kepada kawan sendiri ke si Syira ni ?

****

Usai parkir keretanya di tempat parkir kereta, dia perlu berjalan kaki untuk tiba ke destinasi kerana sebarang kenderaan tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan itu bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Terpaksa lah Syifa akur pada peraturan yang dicipta.

Peluk ketiak jugak lah nak sampai tempat ni pun. Haih apa punya bos lah ! Sengaja suruh aku yang hantar report ni kat sini ! Ni mesti akal si Syed suruh bos paksa aku datang sini.

" Selamat pagi. Saya Syifa Nasuha dari Landscap dot Co. Saya nak berjumpa dengan Tuan Syed Anuar. Dia ada tak ?" seorang wanita di receiptionist senyum padanya sebelum memeriksa senarai janji temu Tuan Syed Anuar.

" Cik dah buat appointment ?" tanya wanita itu. Syifa angguk laju. Uii mengah beb !

" Atas nama siapa ya ?"

Syifa tarik nafas sekejap, baru lah dia jawab.

" Farid bin Haji Zulkifli." nama bosnya dibalas.

Sampai sekarang Syifa masih tak faham kenapa Encik Farid tak emelkan sahaja report ni pada Syed ! Kan lebih cepat urusan ni boleh selesai !

" Cik naik tingkat dua kemudian belok kiri." ujar wanita bertag Melati. Wah nama bunga. Syifa mengucapkan terima kasih dan tak lupa senyuman pada wanita tersanggul kemas itu. Langkah kakinya diteruskan ke arah lift di hujung tangga sana untuk menyerahkan fail laporan yang menyusahkan dirinya ini !

' Siap kau, Syed ! Kau dah buang masa aku, tenaga aku, peluh aku semata-mata nak hantar benda ni pada kau ! Sengaja nak suruh aku datang jumpa kau kan ?!'

*****

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now