27

739 39 2
                                    

Zailani memerhatikan gambar-gambar yang ditangkap tadi petang. Wajah manis Syifa yang tengah ketawa kecil, ketawa besar, muka masam dan comel semua ada dalam kamera berjenama itu. Dia sangat pasti rancangannya yang satu ini sekurang-kurangnya dapat menjauhkan Syed dari Ahqaf dan Syifa.

Sedang dia tersengih memandang wajah Ahqaf yang memang nampak sangat malu-malu bila bersama Syifa, telefon mahal Zailani menjerit minta diangkat.

Ish kacau betul lah !

Zailani mengerling di hujung mata gerangan yang menelefonnya.

Suzana ? Anak siapa pulak Suzana ni ?!

Malas hendak melayan, dia hanya biarkan telefon itu berdering. Butang on pada laptop ditekan lantas skrin mula memaparkan wajah mummy dan daddynya.

Sekali lagi telefon itu berdering. Lama dan bingit !

Zailani jadi rimas ! Jangan sampai aku campak kau wahai telefon !!

Begitu fokus pemuda itu memindahkan gambar-gambar tersebut ke dalam laptop.

" Again ! Dah aku tak jawab tu faham-faham lah panggilan kau tak penting ! " amuk Zailani pada laptop. Ikon Adobe Photoshop ditekan sekali klik.

" Bingitttt !!!" Zailani menendang angin sambil menutup telinga. Ya Allah, siapa nii ?!

" Woi jangan  kacau aku lah ! Sebelum aku sepak-sepak muka kau, baik kau stop call aku !" sengaja dia ulang ayat budak perempuan yang viral tu. Cuma ini versinya sudah diubah suai.

" Amboi tak sedar diri ke kau tengah bercakap dengan siapa ni ?!" sekali suara daddynya terpacul keluar. Terus Zailani jadi keras. Kaku. Kejung. Liur ditelan terasa pahit. Mampus aku !

" Da..daddy.. sorry. Tadi ada nombor tak kenal asyik ganggu Lan. Tu yang over in character sikit. Hehhe.." Zailani tersengih bagaikan daddynya ada di hadapan.

" Itu lah, mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir, mahu dia orang tak ganggu !"

Auch ! Sakitnya tu di sini. Triple kill betul !

" A..ada apa daddy call ?" kerja di laptop ditinggalkan sekejap. Sofa empuk dituju dan direbahkan tubuhnya. Rambut yang kemas tersisir itu digosok.

" Lan, mummy kamu suruh balik rumah KITA malam ni. Jangan nak banyak dalih, balik sini dengan rela hati atau daddy yang tarik telinga kamu. Pilih cepat !" tegas nada Datuk Kamil. Dengan anaknya yang seorang ini harus dibuat macam tentera sikit. Eh tapi ada ke tentera ke tarik telinga ? Lol.

Zailani menepuk dahi. Alamak..

" Tak payah nak tepuk dahi sangat. Pastikan sampai rumah KITA sebelum pukul 8.30. Solat maghrib jangan lupa." 

Zailani bingkas bangun dari baringnya. Ditoleh ke kiri dan kanan sekitar rumahnya. Jangan main dengan Datuk Kamil.

" Aip aip daddy !" Zailani angkat tabik di hujung kening.

Terus panggilan dimatikan selepas mereka berbalas salam.

Ahhh.. kena balik rumah sana. Kali ni perempuan mana pulak lah mummy jemput.

****

Ika tersipu-sipu malu masuk ke dalam agam itu. Sampai sekarang Ika hairan, bagaimana Puan Aisyah boleh kenal dengan Datin Alisa. Rasanya dia sudah kawal ketat pergerakan emaknya.

" Susahkan Datin aja. Kami anak beranak ni tak layak menjijakkan ke rumah Datuk dan Datin." Kata Puan Aisyah yang sentiasa merendah diri. Anak daranya di sebelah ditoleh sekejap, kasihan Ika. Mesti tak tahu apa-apa.

" Jangan macam tu. Kita sesama manusia, tiada yang membezakan kita kecuali amal kita pada yang Esa. Oh ya, tak usah panggil Datuk Datin bagai. Pangkat di dunia tidak boleh dibawa mati. Panggil Lisa dan Kamil saja." Datuk Kamil membalas kata wanita itu. Tumpah rasa belas kemanusiaan pada wanita berbaju kurung berbunga kecil. Anaknya di sebelah sedikit moden tapi masih menutup tubuh. Tidak berbaju ketat cuma rambutnya yang pendek paras bahu dibiarkan lepas.

Datin Alisa melabuhkan duduk di sebelah Puan Aisyah. Sebak dia tatkala mengingati babak seorang lelaki bengis cuba memukul wanita ini berdekatan kereta mereka tempoh hari. Cepat-cepat dia menelefon polis untuk menyelamatkan wanita yang sudah terkulai layu di jalan tar.

" Terima kasih, Dat...Lisa, Kamil. Hanya Allah yang berkuasa membalas jasa kalian pada kami berdua." sedari dari tadi emaknya yang asyik bercakap, Ika hanya diam tidak terkutik di sebelah. Resah melihat pandangan wanita yang memakai abaya putih itu. Dari tadi asyik kerling aku.

" Anak siapa nama ?" Datin Alisa bertanya pada Ika. Manis saja orangnya.

" Hazikah." jawab Ika pendek. Dia tidak mahu terlalu ramah dengan keluarga mewah ini. Takut dicopnya 'menumpang'.

" Bang, mana anak awak ni ? Entah-entah dia pergi usung anak dara orang dekat pavillion kot !" Datin Alisa mengerling ke arah suaminya yang seakan-akan tidak kisah tentang kehadiran anak tunggal mereka yang degil itu.

" Assalamualaikum." tergesa-gesa Zailani masuk ke dalam rumah agam itu sedari dia sudah lambat 15 minit dari waktu yang dijanjikan.

" Waalaikumussalam."

Datuk Kamil mengerling anak lelakinya yang baru tiba. Lewat !

Semua mata sedang memandang ke arah pemuda itu. Zailani jadi segan pula melihat tetamu yang sudah tiba.  Pasti sebentar dia bakal mendengar bebelan Datuk Kamil.

Seusai menerima isyarat mata daripada Datin Alisa, Zailani cepat-cepat melabuhkan duduk di sofa sebelah daddynya.

" Maaf auntie, saya terlewat. Ada hal sikit tadi." Zailani memohon maaf pada wanita di hadapannya. Sekilas itu, dia menoleh ke arah gadis di sebelah wanita tersebut. Asyik tunduk je dah kenapa ?

" Takpa. Mak cik faham, Lan sibuk." Puan Aisyah menguntum senyum pada anak lelaki Datin Alisa.

" Lan, kenalkan.. Ini Puan Aisyah dan itu anak dia, Ika namanya."

Seraya dua beranak itu mengangkat muka, mata Zailani menyorot lada wajah si gadis. Ika ?!

" Lan ?"

Datuk Kamil, Datin Alisa dan Puan Aisyah tersenyum nipis. Dah kenal rupanya budak berdua ni.

" Aaaa.. mummy, daddy, auntie. Saya pinjam Ika kejap 10 minit." terus kening Zailani dikerutkan untuk gadis itu supaya mengikutnya ke luar rumah.

Ika yang seakan-akan faham isyarat Zailani turut mempamit diri. Tersipu-sipu tiga warga itu sambil menayang senyuman yang susah hendak ditafsirkan.

" Macam ma.."

" Aku pun tak tahu ! Kau jangan ingat kau sorang je yang terkejut." belum sempat Zailani hendak berbicara, Ika memintas terus. Gelabah pulak si Lan !

" Hah !!"

Ika tayang muka biasa. Over la dia ni !

" Entah-entah, mummy dengan daddy aku nak jodohkan aku dengan kau." duga Zailani sambil buat muka gelisah.

Terbuntang mata Ika. Hee taknak lah dengan si poyo ni ! Memang la Zailani hensem, tapi playboy tahap kritikal ! Ingat dia tak tahu ke perangai si Lan ni ? Kitaorang kawan kot, cuma tak rapat.

" Merepek lah kau ! Dah, muka tu control sikit. Dah banyak nampak beruk aku tengok !" dalam langkah Ika hendak masuk ke dalam semula, tangannya ditarik oleh Zailani.

" Lepas lah !" dia cuba tarik tangannya semula namun gagal.

" Tak 10 minit lagi. Kang dia orang cakap apa pulak. Tunggu la kejap." lembut sungguh suara Zailani malam itu. Ika terpanar, ini cara dia ngorat awek eh ?

Ika senyum sungil. Hendak mengenakan Zailani.

" Takpa, cakap je bakal suami Ika yang buaya darat nervous nak cakap dengan Ika." bahu Zailani ditepuk perlahan kemudian dia menarik tangannya semula.

Zailani ternganga. Seperti mahu pengsan rasanya melihat lenggok suara Ika.

' Rileks Lan, dia usik kau je tu.'

****

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now