28

654 36 5
                                    

Syifa terkedu. Otaknya yang memang lambat pickup terasa semakin lambat tatkala melihat senyuman Ahqaf. Ni prank ke apa ?

Risau juga dia melihat wajah pemuda itu, lain macam benar gayanya ! Ahqaf ni buang tebiat ke ?

Ahqaf tahu apa yang sedang bermain di hati gadis di penjuru sana. Siapa yang tak terkejut apabila satu rombongan tiba ke rumah tanpa pengkhabaran apa-apa pada tuan rumah.

" Jadi setuju la ya ? Tak payah nak tunang segala bagai, nikah terus." Hamizan bersuara setelah perbincangan selesai. Wajah bakal besannya dipandang dengan senyuman bangga. Semoga anak mereka berdua berjaya disatukan dengan ikatan yang halal.

Ahqaf sendiri tak tahu dari mana dia dapat keberanian untuk bersetuju mengahwini gadis yang sudah mula bertapak dalam hatinya sejak beberapa kes sebelum ini.

Yang dia tahu, dia mahu melindungi Syifa sepenuh hatinya daripada manusia bernama Syed. Dengan cara ini sahaja dia dapat kekal berbuat demikian dan terus bersama Syifa.

Usai semua tetamu pulang, Rozita melabuhkan duduk di sebelah anak gadisnya yang nampak risau. Bahu dicuit sedikit.

" Kakak okey ? Kenapa muram ja mama tengok?" Rozita melabuhkan duduk di sebelah Syifa sambil menekan rimot tv. Melepaskan lelah untuk seketika.

Syifa toleh ke arah mamanya dengan sedih. Terus dipeluknya Rozita bersama tangisan.

Budak ni dah kenapa ?

Mengongoi manja Syifa menangis, bagaikan tiada tanda dia mahu melepaskan mamanya. Lepas ni dia nak buat kat babah pulak.

" Shutttt... kenapa ni ?" masakan dia mahu menolak pelukan dari si anak yang manja ini. Haih.. dah nak kahwin dah puterinya yang seorang ni.

" Kakak tak suka Ahqaf. Nanti dah kahwin dengan dia, mesti nak pegang-pegang. Kakak tak suka lah orang sentuh-sentuh kakak.." adu Syifa bagaikan kanak-kanak kecil. Walhal dia tahu memang akan terjadi. Saat selesai diijab kabul, dia sah menjadi isteri Ahqaf. Diri Syifa milik Ahqaf sepenuhnya.

Diri Syifa milik Ahqaf sepenuhnya.

Diri Syifa milik Ahqaf sepenuhnya.

Ohhh tidak, membayangkan itu pun sudah buat bulu roma Syifa mencanak naik.

Rozita ketawa kecil kemudian meletakkan kedua tangannya di bahu Syifa. Itu ke masalah yang membelenggu fikiran anaknya ?

" Kakak, itu memang hak Ahqaf sebagai suami kakak nanti. Tapi mama yakin, dia bukan jenis memaksa. Kakak jangan risau, mama dengan babah yakin Ahqaf boleh jaga kakak dengan baik. Sebab tu babah setuju tadi." kini kepala Syifa dilentok ke bahunya. Rozita terasa sebak pula hendak menuturkan ayat seterusnya.

Syifa mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Kemudian dia ketawa.

" Ahqaf baik ma.. Kakak suka cara dia." Syifa senyum malu. Membayangkan wajah Ahqaf yang tak berani bertentang mata dengannya sangatlah kelakar. Sekali dua ja, itu pun TER. Tak sengaja eye to eye contact. Merah kemain lah si Ahqaf tu.

"Ni dah kenapa senyum sorang-sorang ni ? Haaaa teringatkan Ahqaf ya.." usikan Rozita mengundang tawa Syifa.

" Mana ada lah, ma.." nafi gadis itu.

****

Pranggg !!

Habis pecah segala barang dan pasu kecil di atas meja kaca itu. Semuanya disebabkan oleh berita yang disampaikan oleh penyiasat upahannya pagi tadi.

Kahwin ?!

Tak ada siapa boleh kahwin dengan Syifa selain aku !!

Penumbuk dikepal kuat bersama urat hijau yang timbul sejak tadi. Dinding putih itu dituju kemudian melepaskan amuka dari penumbuk itu ke dada dinding. Merah dan luka tidak dihiraukan lagi.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now