26

762 39 10
                                    

Syed merapati penjuru sofa berjenama hebat itu seorang diri. Tempat ini lah yang sentiasa dituju selepas hubungan bersama Syifa terputus di tengah jalan.

Masih segar di ingatannya bagaimana reaksi Syifa tatkala mengetahui bahawa Syed selalu berkunjung ke tempat ini dulu. Marah bukan main !

Syed ketawa kecil. Rindunya pada Syifa.

Gadis itu mogok tidak mahu bercakap dengannya selagi dia memijakkan kaki ke pub ini. Dan sejak hati Syed mengaku cinta terhadap Syifa, dia mula berubah ke arah kebaikan. Tiada lagi lampu neon dan tempat gelap seperti ini lagi.

Air haram yang disediakan langsung tidak menarik minat Syed. Servis yang disediakan daripada 'gadis' di sini tidak dilayan. Bagi Syed, mereka itu semua 'bekas orang' ! Dia tak suka berkongsi !

Ahh ! Sakitnya hati dia melihat Ahqaf berjaya buat Syifa ketawa. Syed memejamkan matanya buat seketika. Siapa sangka dia akan jadi gila bayang seperti ini pada seorang gadis bertudung litup macam Syifa.

" Hi handsome !" datang suatu suara menyapa Syed yang sedang serabut. Terus tercelik matanya.

Perempuan berambut panjang paras pinggang itu sudah siap duduk di sebelah Syed.

" Go away ! Aku tak berminat dengan perempuan macam kau !" usir Syed dengan penuh dingin. Kepalanya disandarkan di batang sofa.

" Ala, kalau you ada problem, I boleh tenangkan you." jari runcing dilarikan di tshirt polo Syed. Terus ditepiskan jari perempuan itu dengan kasar !

" Aku dah cakap blah kan ?! Kau tak faham bahagian mana lagi ?!" tengking Syed tiba-tiba. Menikus perempuan itu sebelum dia bangun mencicit pergi dari situ. Jual mahal !

Syed duduk semula untuk tenangkan perasaannya. Aku tengah syok rindukan Syifa, dia sibuk pulak nak menyendel ! Nasib baik Syifa tak suka lelaki yang berkasar dengan perempuan. Kalau tak, lebam muka minachi tu !!

***

Ahqaf yang sedang mengemas meja dan kerusi di tapak niaganya terasa seperti diperhatikan sejak dari sebuah motosikal berkuasa tinggi elok terparkir di hujung sana. Seorang lelaki berbadan tegap duduk di atas motosikalnya sambil bermain dengan telefon. Pada mulanya Zul yang perasan lelaki tersebut sebelum ahqaf tiba di kedai, ingatkan tengah tunggu seseorang. Tapi bila Ahqaf sampai lelaki itu menghidupkan enjinnya dan berlalu pergi.

Tak lama lepas tu, lelaki sasa itu datang semula. Seperti sedang mengawasi sesuatu. Huui seram ! Terus diberitahunya Zul pada majikannya, Ahqaf.

Dan kini, Ahqaf pula yang terasa seram. Dah kenapa bro tu ?

" Dani, simpan alas meja ni dalam kereta aku kejap." panggil Ahqaf pada Dani yang sedang melipat meja dan disandarkan ke dinding.

Dani menghampiri Ahqaf dengan bersahaja. Sempat juga dia kerling hujung mata lelaki sasa itu.

" Aku rasa dia tu ada mental breakdown ah. Kau hati-hati sikit." bisik Dani sambil menepuk bahu Ahqaf perlahan sebelum dia beredar dari situ. Pintu kereta Ahqaf dibuka untuk menyudahkan arahan pemuda itu tadi.

Ahqaf melepaskan keluhan. Ni kes dengki ke apa ? Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Hish mahu saja dia bantai ceramah dua kata pada lelaki sasa itu jika niatnya dengki pada perniagaan Ahqaf.

Mereka bertiga sudah berkemas pada jam 12.30 tengah malam. Esok pagi Ahqaf harus ke sekolah pulak.

Ketika mereka hendak pulang, motosikal itu dengan sengaja membunyikan hon dengan sangat kuat sehingga terkejut Ahqaf. Terus brek kaki ditekan !

" Tak guna betul !" mahu saja Ahqaf carut tapi apa faedahnya !

Zul yang baru hendak menghidupkan enjin motosikal, terus mendapatkan Ahqaf. Dani dah balik awal tadi.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now