32

698 26 3
                                    

Ahqaf yang baru keluar dari bilik mandi sedikit terkejut apabila ternampak sekujur tubuh sedang terlena di katil tanpa membuka tudung. Alahai Syifa, apa yang nak dimalukan..

Tuala di pinggang dikemaskan dan dia meraup wajahnya yang masih basah. Dia harus kejutkan isterinya supaya tidur lurus, bukan begitu. Kaki di menjulur ke lantai, manakala badan sahaja bengkok di atas katil.

Pipi Syifa ditepuk perlahan beberapa kali namun masih tidak sedarkan diri. Jadi Ahqaf sendiri harus betulkan gaya isterinya tidur. Kaki Syifa diluruskan dan badan Syifa dilentang menghadap atas. Ha baru tak sakit badan.

Syifa yang sedikit terganggu segera mengubah semula gaya tidurnya. Dia mengiring ke belah Ahqaf berdiri. 

" Panasnya !" rungut Syifa tanpa sedar Ahqaf di sebelah. Ahqaf ketawa kecil.
Disebabkan baju pengantin itu merimaskan, dia menyelak sedikit kain hingga ke betis. Zip baju yang berada di bahagian depan dibuka sedikit sehingga menampakkan pangkal dadanya.

Ahqaf telan liur kemudian memandang ke arah lain. Sungguh, imannya sangat teruji saat ini.

Walaupun dia sejuk, Ahqaf tetap naikkan suhu penghawa dingin kerana isterinya panas.

Selimut ditarik hingga ke dada Syifa, menutup segala yang halal buat dia. Tapi, dia tak mahu ambil kesempatan terhadap isterinya.

Usai Ahqaf solat dan berpakaian, barulah Syifa sedar dari lenanya. Dia bangun kerana rimas akan tudung yang masih belum dia buka.

Saat matanya memandang Ahqaf, baru dia ingat..

" Aku dah kahwin la petang tadi." dahinya ditampar perlahan.

" Apa dia ?" Ahqaf berjalan menghampiri isterinya.

"Eh takda apa-apa. Emm.. awak dah mandi eh ?" ujar Syifa dalam keadaannya yang mamai.

Ahqaf senyum seraya mengangguk laju. Mata Ahqaf turun ke arah zip baju Syifa. Mujur dah tak nampak sebab dilindung dengan tudung.

" Pergi lah mandi."

Syifa senyum kemudian bangun dari duduk. Tuala dicapai dan dia terus masuk ke dalam bilik mandi tanpa teringat tentang apa-apa perkara.

Ahqaf baring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya. Kadang dia tersenyum melihat pesanan-pesanan serta usikan daripada kawan-kawannya. Zailani punya tak boleh blah !

Bro, jgn lupa mlm ni. Ko tk bleh main game kt rmh aku dah sbb mlm ni 'game' kt rmh Syifa. Hahaha semoga berbahagia, Qaf !

Dasar otak kuning punya Zailani.

Tuala dibalut di tubuh kemudian dia berhenti sejenak memandang pantulan dirinya di cermin. Memerhati segenap wajahnya, mana tahu ada penduduk kampung yang ada hati hendak tinggal di mukanya.

Ketika dia hendak memulas tombol pintu untuk keluar, dia rasa seperti terlupa sesuatu. Syifa berhenti sekejap.

Dia pandang apa yang tidak kena dengan dirinya.

" Hmm.. apa yang aku terlupa eh ? Mandi dah, gosok gigi dah, cuci muka sudah, syampu rambut pun dah.." monolog gadis itu sendirian.

Entah lah !

Menonong saja dia keluar dan terus menuju ke almari sambil bernyanyi kecil. Apasal sejuk sangat ni ?

Singlet tali nipis diambil bersama kain singkat paras peha dari almarinya.

Ahqaf yang berada di katil kaku melihat keberanian isterinya keluar dengan hanya bertuala. Telan liur dia buat kali kedua.

Mujur terlindung sikit dengan pintu almari yang besar itu, jadi Ahqaf hanya nampak bahagian kaki Syifa sahaja. Fuh, sangat menguji beb ! Ahqaf toleh ke arah lain dan pejam mata.

Usai berpakaian, Syifa menghampiri meja soleknya. Nak tunggu rambut kering baru dia tidur. Kemudian dia terpandang sesuatu di atas katil. Segera dia toleh.

A...AHQAF ?!! Syifa tampar dahinya kuat hingga merah dibuatnya.

"Aduh.." suara mengaduh Syifa buat Ahqaf automatik bangun.

" Kenapa ? Terhantuk ke ?" sedar tak sedar, Ahqaf sudah tegak berdiri di hadapan Syifa.

" Tak.." Syifa gosok perlahan dahinya..

Ahqaf menarik Syifa bangun dari duduknya lantas diletakkan tangan di atas dahi si isteri.

Syifa diam sahaja, dia langsung tidak faham mengapa Ahqaf letakkan tangan di dahinya. Bukan dia demam pun.

" Kenapa awak tampar dahi awak ?" tanya Ahqaf yang perlahan-lahan menarik Syifa ke arah katil.

Syifa hanya ikut sahaja, polos dan naif.

" Emmm sebab apa eh ? Dah lupa.." ujar Syifa sambil tersengih. Serius dia lupa kenapa dia tampar dahi sendiri tadi.

Tak, masalahnya apasal bilik ni sejuk sangat ?!

Syifa didudukkan di katil oleh Ahqaf. Bergelora imannya melihat bahu dan leher isterinya yang terdedah itu. Namun, dia tahan sahaja.

" Tidur lah. Sa...saya nak ke dapur kejap. Rasa dahaga pulak." gagap Ahqaf membuatkan kening Syifa bertaut.

Terus Ahqaf keluar dari bilik itu dan turun ke dapur.

Syifa pandang kelibat suaminya sekejap kemudian menjongket bahu. Entah kenapa lah dengan Ahqaf tu..

Syifa memanjat katil dan suis lampu besar ditutup, tinggal lampu kecil di sebelah Ahqaf sana. Mujur awal-awal lagi dia sudah solat isyak tadi. Kerana terlalu penat, dia tidur dengan mudah.

Ahqaf bangun setelah jam tepat menunjukkan angka 2 pagi. Agaknya Syifa dah tidur ni. Baru lah aku boleh bernafas sikit..

Sepatutnya pengantin perempuan yang lari keluar bilik, ni terbalik pulak. Adoiii, sengal lah kau !

Pintu dikuak perlahan supaya tidak menganggu tidur isteri yang nyenyak. Uuuuuu sejuk gila ! Macam dekat luar negara. Rimot penghawa dingin dicapai lalu dibelek.

" What, 16 darjah selsius ?! Dia tak menggeletar ke ?!" kaget juga Ahqaf. Apasal tak tutup ke aircond ni ? Syifa..syifa.. Sudah lah tidak berselimut, tidur pulak pakai macam tu.

Ahqaf naik ke katil perlahan-lahan. Tangan isterinya dipegang, macam ais weh !

Mungkin kerana terasa hangat, Syifa mendekatkan dirinya dengan Ahqaf. Selesa.

Ahqaf pulak keras kaku di situ. Jangan sampai aku terkam kau, sayang !

" Selesanya.." kata Syifa dalam mamai. Ahqaf tahan saja tatkala terdengar suara Syifa tadi. Tubuhnya dibaringkan di sebelah Syifa, rapat sehingga dia boleh bau wangi rambut isterinya.

Baru dia hendak memeluk tubuh kecil Syifa, isterinya menukar posisi. Tidur melintang pulak.. Alahai !

Tak apelah, Qaf.. hari lain masih ada.
Ahqaf pusing badannya ke arah lain dan cuba untuk tidur. Hari ini sangat memenatkan.

Jam pada skrin telefon dibelek dengan susah kerana cahaya lampu yang menerangi ruangan matanya.

Pukul 3.30 pagi..

Syifa gosok matanya kemudian mengeliat sekejap di pembaringannya. Ahhh sejuknya ! Tapi, kenapa rasa berat pulak badannya ? Seperti ditindih 'sesuatu'.

Tatkala Syifa toleh kepalanya di sebelah, ternampak wajah Ahqaf yang betul di belakang lehernya manakala tangan sasa suaminya erat memeluk pinggang Syifa. Kakinya seakan-akan bersilang dengan kaki Ahqaf. Apa dah jadi malam tadi ?

Syifa telan liur. Gulp !!

Sudahla dia hanya bersinglet. Sekali lagi dia menampar dahi. Bongok lah kau, Syifa. Mesti Ahqaf ingat kau nak goda dia !

Kedengaran Ahqaf merengek dan menguatkan lagi pelukan sehingga membuatkan Syifa sukar untuk bernafas.

Dia pandang siling di atas. Macam mana aku nak bangun pergi minum air ni ? Dahaga.

Perlahan-lahan dia turunkan tangan Ahqaf dari pinggangnya dan yes ! Berjaya. Cepat-cepat Syifa turun dari katil dan menuju ke dapur.

Ahhh, lega dapat hilangkan dahaga.
Lampu dibiarkan tidak dibuka, malas hendak cerah sangat. Lagipun dia cuma minum air.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now