Bab6🥀

19.1K 828 37
                                    


Mata memandang ke arah jam di dinding yang sudah menginjak ke pukul 1 pagi.

Lambatnya si Hani ni balik rumah. Mana je yang dia pergi ni? Mentang mentang la esok cuti tak ada kelas bukan main lagi dia berjimba dengan kekasih hati dia.

Sambil sambil menunggu Hani, untuk hilangkan rasa mengantuk aku terus mencapai iphone untuk melihat laman laman sosial milikku.

Melihat gambar Izham sebagai wallpaper phoneku baru aku teringat dah seharian Izham tak whatsapp ataupun call aku.

Mana pula pergi tunang kesayangan aku ni? Merajuk ke apa? Tak akan la pasal aku pergi keluar dengan Hilman harini dia merajuk kut.

Aku keluar pun bukan suka suka tapi memang dah terpaksa keluar. Semua demi nak lancarkan event juga.

Ah dari kau bebel bebel sorang ni Lysa baik la kau pergi whatsapp dia pujuk dia balik.

Sedang tangan sibuk mengarang ayat panjang lebar untuk meminta maaf muncul nama orang lain pada notification whatsapp aku.

Prince charming🤴🏻

Eh siapa pula prince charming ni? Bila masa pula aku ada simpan nama orang prince charming ni?

Tanpa buang masa aku terus menekan namanya.

+sayang tak tidur lagi ke? dah malam ni.

Tidak payah aku susah susah perah otak aku fikir siapa, dah pun aku tau siapa kalau dah bersayang sayang tu tak lain tak bukan Hilman la ni.

-prince charming? seriously hilman? 🤢

Tidak aku menjawap soalannya malah aku kemukakan pula soalan kepada dia.

Tak ada nama lain ke dia nak taruk untuk aku save nombor dia ni? Geli geleman pula aku tengok. Bila entah dia curi curi tukar nama dia dalam phone aku ni.

Setahu aku tadi aku memang dah save nombor dia sebagai Hilman semasa kami bertukar tukar nombor. Menyempat lagi dia curi phone aku eh.

+hahahaha 😆😝 Apa bagi emoji nak muntah ni? you patut bagi I emoji 😘😍💞💘 tau? 💏 apa la you ni sayang😉

Tanpa sedar tawa kecilku terburai membaca balasan daripada Hilman. Haih la Hilman Hilman suka sangat buat aku terhibur la. Dah la banyak betul bagi aku emoji. Saja nak buat aku mencair dengan dia ke apa ni?

Baru saja aku hendak membalas whatsappnya tetapi mendengar sahaja bunyi enjin kereta dari luar rumah buat aku terus terbangun dari duduk dan mencapak iphoneku di sofa. Lantas aku menuju ke arah tingkap untuk mengintai.

Bukan nak menyibuk jaga tepi kain orang tapi aku ni tak boleh ada rasa tertanya tanya dalam hati. Ada je selagi tak dapat tau selagi tu aku rasa tak puas hati.

Mataku aku kecilkan untuk melihat siapa kekasih baru Hani tetapi gagal untuk melihat apabila kekasihnya tidak keluar dari kereta.

Malah Hani sendiri yang pergi ke tingkap tempat pemanduan. Makin aku kecilkan mata. Suasana malam yang gelap membataskan penglihatan aku untuk melihat.

Hani sedikit ke belakang ketika bercakap dengan kekasihnya membuatkan aku dapat melihat sisi tepi wajah kekasihnya.

Dari gaya rambut kekasih hati Hani ni kenapa macam pernah aku tengok eh? Tapi dekat mana? Baju yang kekasih dia pakai tu pun macam biasa aku tengok.

Aku pandang pula kereta yang di pakai. Tak pernah pula aku tengok kereta Myvi warna gold dekat kawasan perumahan ni.

Kekasih dia bukan orang sini ke? Tapi tadi Gina kata aku kenal sangat dengan kekasih dia ni.

Kelang kabut aku tutup langsir tingkap apabila melihat Hani sedang menoleh ke arah rumah. Hati berdebar debar takut Hani perasan yang aku tengah menghedap dia.

Seminit kemudian aku intai lagi Hani di tingkap. Kali ini mengucap panjang aku apabila melihat kepala Hani masuk ke dalam tingkap tempat pemanduan dan mencium bibir kekasihnya di dalam kereta.

"Kau Hani depan rumah pun jadi. Apa nak jadi la dengan kau ni?" Aku berkata perlahan sebelum kembali tutup tingkap langsir.

Tak sanggup nak tengok aksi seterusnya dah. Cukup la mata suci aku dah tercemar dengan ternampak Hani bercumbuan.

Tidak aku sangka perangai Hani begini. Sejak bila entah dia berubah jadi macam ni? Menggeleng kepala aku kerana tidak percaya dan terkejut.

🍂🍂

"Iz marah Lysa lagi ke?" Aku bersuara memecah kesunyian di dalam kereta. Tidak tahan kena silent treatment macam ni.

Tadi masa Hani tumpang naik nak pergi saing elok je dia melayan siap senyum lebar tapi bila Hani dah keluar terus jadi diam membisu.

"Iz Lysa mintak maaf pasal semalam. Maafkan Lysa please. Tak nak la diam macam ni je." Kali ini tanganku mencocok cocok lengan Izham cuba menarik perhatiannya.

"Jangan la Lysa. Tak nampak ke Iz tengah drive ni?" Terus aku mendiamkan diri apabila di tengking oleh Izham.

Tangan sibuk bermain dengan beg di peha. Aku bukannya sengaja nak pergi jumpa Hilman pun semalam tapi memang dah kena jumpa.

Kalau tak jumpa kang sampai kesudah tak dapat tajaan. Izham ni macam tak faham pula. Padahal dia ada je sekali masa mesyuarat haritu. Bebelku di dalam hati.

Mendengar keluhan kuat Izham di sebelah buat aku mengangkat kepala kembali. Aku toleh memandangnya.

"Lysa Iz mintak maaf. Iz bukan nak marah Lysa tapi Iz jealous pasal semalam tu. Maafkan Iz eh." Izham menarik tanganku ke dalam genggamannya. Aku juga membalas genggaman tangannya.

Lega apabila Izham sudah bersuara kembali walaupun kedengaran kaku sedikit suaranya. Masih ada sisa sisa marah lagi la tu.

"Takpa Lysa faham. Iz jangan salah faham dengan Lysa ye. Lysa cuma jumpa dia pasal sponsorship tu je. Tak lebih dari tu pun. Salah Lysa jugak semalam sebab tak bagitau Iz awal awal." Aku memberi penjelasan kepadanya. Izham pula hanya mengangukkan kepalanya seperti memahami.

"Jangan jealous jealous eh. Kan Lysa dah kata cuma ada Iz sorang dalam hati Lysa." Hendak memberi senyuman di bibirnya kena la pujuk dengan perkataan perkataan yang manis.

"Memang kena ada Iz sorang je dalam hati Lysa. Tak boleh ada orang lain. Faham?" Melihat Izham sudah mula tersenyum nipis buat aku menarik nafas lega. Suka la tu bila aku kata benda benda manis macam ni.

"Faham encik tunang cuma ada awak sorang je dalam hati saya ni. Tak ada orang lain pun. So are we good?" Aku pandang wajahnya penuh mengharap.

Aku tak suka sebenarnya gaduh lama lama macam ni. Rasa macam tak tenang je hati ni.

"Yeap we are good." Izham mencium tanganku sambil melemparkan senyuman nipis.

Aku juga membalas senyumannya. Lega sikit hati ni bila encik tunang dah tak marah marah lagi dah.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now