"Lysa are you there?" Mata aku pejamkan mendengar suara disebelah sana. Air mata yang bergenang di tubir mata jatuh juga di pipi.
Mendengar suaranya membuatkan aku terasa bertapa rindunya aku dengan suara dia.
Tangan aku bawa menutup mulut cuba mengawal tangisan yang hendak keluar dari bibir.
Tak dia tak boleh dengar yang aku tengah menangis sekarang ni. Dia tak boleh tahu.
"Lysa I tau you dengar. Please say something. I really miss you." Suara di sebelah sana kedengaran sedikit sayu pada pendengaran telinga aku.
"Dah lama you tak datang kolej. Rindu betul I dengan you. Call I you tak angkat, whatsapp I you tak reply. You kenapa ni sebenarnya Lysa?" Tangan aku bawa mengelap pipi yang sudah lencun dengan air mata.
"Lysa you dengar tak apa I cakap ni? Jangan diam macam ni please." Mata aku pejam lagi sekali untuk mencari kekuatan. Aku tarik nafas dengan dalam dan aku hembus perlahan. Cuba menghilangkan rasa sendu tangisan.
"I nak breakup dengan you."
"Pardon me?" Suara Hilman sudah kedengaran serius.
"I nak breakup." Ulangku lagi. Walau sakit untuk aku luah tapi ini sahaja la yang aku rasa jalan terbaik untuk aku dan Hilman.
"You buat lawak apa ni Lysa? Kalau rasa nak main main benda ni tak lawak tau."
"I'm serious Hilman. I dont need you in my life." Aku seriuskan suara aku walau sedikit susah untuk aku kawal rasa sebak di dada.
I tipu. I memang perlukan you dalam hidup I tapi I rasa ni sahaja jalan terbaik untuk kita berdua. Untuk you lupakan I.
"Apa salah I? You cakap dengan I Lysa apa salah I dekat you? Kalau boleh I baiki salah I, I akan baiki but please dont leave me. I really love you Lysa. Jangan buat I macam ni please." Rayuan Hilman membuatkan air mata aku mengalir kembali.
Tak Lysa kau kena kuatkan hati kau. Jangan cair dengan rayuan dia. Cuba kentalkan hati kau untuk berjauhan dari Hilman.
"Kita jumpa please Lysa. I nak jumpa you. I rindu dengan you I rindu nak tengok muka you." Sambungan ayat Hilman buat hati aku makin sebak.
"Tapi I tak rindu you dan I tak nak tengok muka you lagi. Please la Hilman lepaskan I."
"I tau..." Tidak mahu mendengar pujuk rayunya lagi dengan pantas aku memangkah kata katanya.
"Listen here Hilman. Bercinta dengan you adalah satu kesilapan paling besar yang pernah I buat dalam hidup I."
"Lysa.."
"Jangan cari I lagi. I tak nak you muncul dalam hidup I." Habis berkata kata aku terus mematikan panggilan dan aku campak telefon bimbit Amir di katil.
Tanpa dapat tahan lagi air mata aku terus mengalir dengan lebat di kedua belah pipi.
Maafkan I Hilman. I terpaksa. Demi kebahagiaan kita berdua. Atau tepat lagi demi kebahagiaan you. Rintih hatiku.
🍂🍂
"Lysa jaga diri baik baik dekat sana. Belajar rajin rajin. Next month mama papa dengan Amir datang melawat Lysa dekat sana." Papa memberi pesan sambil memelukku ke dalam pelukkannya.
"Insyallah papa." Aku balas dan pelukkanya aku peluk erat.
"Mama sayang Lysa. Mama papa buat macam ni semuanya demi kebaikkan Lysa." Bisik mama pada telingaku apabila mama memeluk erat aku ke dalam pelukkannya. Aku menggangukkan kepala di bahunya. Hati terasa sebak tiba tiba.
Walau marah macam mana sekalipun aku dengan tindakkan papa dan mama tapi mama papa tetap ibu bapa aku yang perlu aku hormat.
Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untukku. Jadi aku perlu redha dan terima dengan keputusan yang mereka lakukan untuk aku. Aku cuba menanam perasaan positif dalam diri.
"Kak kau tak nak jumpa Hilman ke? Untuk kali terakhir. Kalau kau nak aku boleh call dia." Amir bertanya sedikit perlahan di telingaku. Pantas aku menggelengkan kepala.
"Tak payah la Mir." Balasku perlahan.
Jujur kata hati aku masih lagi belum pulih dari kesedihan tentang perbualan di antara aku dan Hilman dua hari lepas.
Masakkan untuk bertemu dua muka dengan Hilman. Lagi la aku tak kuat nak menghadap.
"Pintu penerbangan untuk ke Heathrow, London sudah pun di buka."
"It's time for me to say goodbye." Aku lemparkan senyuman lebar pada mama papa dan Amir apabila mendengar pengumuman untuk masuk ke dalam balai perlepasan. Senyuman lebar pada bibir tetapi tidak pada hati aku.
"Take care sis." Amir tepuk bahuku seperti cuba menenangkan rasa sebak di hati aku.
"Wait for mama and papa next month. Take care Lysa be a good girl. Jangan malukan mama dengan papa dekat sana." Mama berpesan lagi padaku. Aku hanya berikan senyuman nipis membalas nasihat yang diberikan mama.
Aku melambaikan tangan pada mama papa dan Amir buat kali terakhir sebelum aku memusingkan badan untuk menuju ke pintu perlepasan.
Turun sahaja ke pintu perlepasan aku mendongkkan kepala memandang atas. Masih lagi kelihatan mama papa dan Amir melambaikan tangan padaku.
Aku balas lagi lambaian tangan mereka sebelum memandang ke depan kembali. Langkah kaki aku terhenti apabila mendengar nama aku di jerit daripada atas.
"Alysa!!"
Perlahan lahan aku mendongak memandang ke arah datangnya suara. Terkaku aku memandang wajah putihnya. Walaupun sedikit samar samar aku nampak wajahnya tetapi aku boleh lihat wajahnya kelihatan sedikit suram.
"Lysa please dont leave me Lysa. I love you." Mata aku larikan memandang ke arah mama dan papa yang tidak jauh daripada Hilman.
Kelihatan mama dan papa memandang tajam ke arah aku. Aku larikan pandangan pada Hilman kembali.
"Please Lysa jangan tinggalkan I. I sayang you. Jangan buat I macam ni please." Jerit Hilman lagi. Aku masih lagi berdiri kaku.
Mata aku pejamkan cuba membuang rasa yang mula terkesan di hatiku. No aku tak boleh cair dengan pujuk rayu Hilman.
Aku tak nak mama papa kecewa dengan aku lagi. Cukup la aku sudah kecewakan mereka sebelum ni. Aku tak nak lagi buat mama papa sedih dengan perangai aku lagi.
Tanpa buang masa aku pusingkan badanku kembali dan aku berjalan laju tidak mahu menoleh kebelakang lagi.
"You akan menyesal sebab tinggalkan I Lysa. I akan pastikan you akan menyesal sebab buat I macam ni." Itu kata kata terakhir daripada Hilman yang menyapa telingaku sebelum aku hilang dari pandangannya.
I'm sorry Hilman. I'm sorry. Maafkan I.
Tak putus putus ucapan maaf yang terluah dari dalam hatiku buat Hilman.
ANDA SEDANG MEMBACA
ALYSA✔️
Teen FictionHilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari pertama semasa pendaftaran kemasukkan pelajar baru buat Hilman jatuh cinta kepadanya. Aleeya Alysa pelaj...
