Bab16🥀

18.1K 843 25
                                    


Hilman POV

"Bro aku duduk sebelah kau eh." Qay cuba melabuhkan punggungnya di sebelah aku tetapi pantas aku membaringkan separuh dari badan aku di seat sebelah.

"Tak boleh."

"Apahal pulak?" Qay memandang aku dengan tidak puas hati.

"Aku nak duduk sebelah Alysa. Ni tempat dia. Kau pergi duduk sebelah sana." Aku memuncungkan bibir ke arah dua seat kosong di sebelah seat aku.

"Apa ni bro? Tadi kata lain ni dah jadi lain pulak." Tegang suara Qay bertanya. Aku pula membetulkan keadaan seat supaya nanti bila Alysa duduk dia rasa selesa.

"Tadi tu tadi la sekarang ni sekarang. Lagipun kau nak tackle Gina kan? Ini la masanya. Ambik peluang yang ada ni Qay." Aku cuba memancing minat Qay.

Bukan aku tak tau Qay sudah mula jatuh hati dengan Gina dah lama. Tapi itu la memandangkan Qay ini sama spesis dengan aku lembab penakut cuma boleh pandang dari jauh je dari awal sem jadi memang tak pernah nak dapat la.

Cuma aku sekarang ini dah tak sama label dengan Qay la memandangkan hubungan aku dan Alysa sudah ke peringkat lain.

Dari pandang pandang sekarang dah berteguran malah pernah terlanjur sedikit pulak tu.

Menggeleng kepala aku bila teringat balik kejadian di dalam kereta hari itu. Entah macam mana entah aku tak boleh nak kawal perasaan aku terhadap Alysa.

Itu la bahayanya kalau berdua duaan dengan orang tak ada ikatan. Orang ketiga adalah syaitan yang suka menghasut kita.

"Pandai kau kan nak hasut aku? Nasib pandai pancing aku dengan sebut nama Gina." Qay menolak lengan aku perlahan sambil ketawa dan berlalu pergi duduk di seat yang masih kosong.

Walaupun seat di hadapan masih banyak kosong tapi aku lebih selesa duduk di belakang.

Ada sedikit privasi memandangkan tak ada siapa nak nampak apa yang berlaku di belakang.

"Penuhkan seat depan please. Jangan biarkan kosong." Aku berkata sedikit kuat apabila melihat masih ada lagi seat seat yang masih kosong.

Aku sudah sedikit menggelabah. Kalau ada seat depan yang kosong habis la rosak rancangan aku nak duduk dengan Alysa sepanjang perjalanan ke Kedah nanti.

Terus aku menyibukkan diri mengarah pelajar pelajar lain duduk di seat hadapan.

Nafasku aku tarik dengan lega selepas melihat seat depan sudah penuh dan hanya tinggal dua seat di belakang yang masih kosong. Penuh juga akhirnya. Tangan mengelap peluh di dahi.

"Bro cepat duduk. Lysa dah on the way nak naik ni." Kelang kabut Qay memberitahu aku membuatkan aku juga kelang kabut duduk.

Sebaik saja duduk di seat yang sedia ada aku mula nampak kelibat Alysa masuk ke dalam bas.

Belum pun sempat aku memanggil Alysa, Qay sudah pun terlebih dahulu memanggilnya.

"Lysa." Aku lihat Alysa memandang ke arah kami. Pantas headphone yang berada di tangan aku sumbat di telinga.

Melihat Lysa seperti tercari cari dari mana datangnya suara membuatkan aku tersenyum kecil.

Haih Lysa Lysa kenapa la you comel sangat ni? Suka sangat la buat hati I tak tentu arah bila tengok you. Aku berbicara di dalam hati.

"Sini sini."

"Hai Lysa." Qay menyapa.

"Hai Qay." Alysa membalas. Aku tunggu juga dia menyapa aku tetapi hanya sia sia dia langsung tak memandang ke arah aku.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now