Bab27🥀

15.1K 666 21
                                    


Suasana di ruang tamu rumahku sunyi sepi dan hanya di temani dengan bunyi kipas. Tidak ada siapa siapa yang bersuara sejak tetamu sampai setengah jam yang lalu.

Tidak tahan dengan suasana yang sunyi sepi aku terus hendak membuka mulut bersuara tetapi ayah Izham sudah terlebih dahulu membuka mulut.

"Kita nak buat apa ni Zahir?" Ayah Izham bertanya. Tetapi belum sempat papa hendak membalas mama terlebih dahulu membidas.

"Nak buat apa lagi? Putus jela tunang. Tak ada gunanya lagi kita kahwinkan anak kita. I tak nak anak I kahwin dengan lelaki yang kena tangkap basah." Mama menyampuk dengan tegang.

"Berapa kali I nak cakap Lina, anak I tak salah. Budak perempuan tu yang perangkap anak I." Kali ini ibu Izham pula membalas. Suaranya juga sudah naik sedikit tinggi.

Aku pula hanya diam membatu di tengah tengah. Izham juga sama seperti aku diam membatu.

Diam diam terukir juga senyuman sinis aku mendengar jawapan balas dari ibu Izham.

Entah apa la yang Izham basuh ibu ayah dia sampai ibu dia sanggup membidas cakap yang Izham kena perangkap. Kena perangkap la konon padahal suka sama suka.

"Sekarang ni tak kira la kena perangkap ke apa ke tetap Izham di tangkap basah." Papa bersuara dengan nada biasa buat kali pertama setelah agak lama mendiamkan diri.

"So sekarang ni macam mana?" Ayah Izham bertanya.

"Nak macam mana lagi? Putus jela I tak nak nanti anak I sedih kalau Izham kahwin dengan Lysa tiba tiba datang Hani tu dengan perut membusung suruh Izham bertanggungjawap. You berdua kahwinkan jela Izham tu dengan Hani dan lepaskan Lysa." Balasan dari mama membuatkan aku tersenyum kecil.

Aku perasaan Izham merenung tajam ke arahku membuatkan pantas aku mematikan senyuman.

Aku tau tak patut aku mengukirkan senyuman ketika ini tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa gembiranya aku dah bebas dari ikatan pertunangan dengan Izham.

Akhirnya mama sendiri yang membuka mulut untuk pisahkan aku dan Izham tanpa perlu aku berusaha untuk putuskan hubungan dengan Izham.

"Dah la ibu ayah jom kita balik. Iz pun tak teringin nak perempuan ni dah." Pantas aku pandang Izham dengan pandangan tajam.

"Jaga sikit bahasa kamu Izham. Jangan nak kurang ajar sangat. Memang patut la kami berdua tahu perangai tak senonoh kamu ni sebelum kahwin." Kali ini suara papa sudah naik meninggi.

Semua orang di ruang tamu sudah mula berdiri. Aku juga sudah berdiri sebelah papa cuba menenangkannya.

"Uncle dengan aunty tak payah la nak hina saya melebih lebih. Saya pun dah tak ingin nakkan Lysa ni. Uncle aunty ingat si Lysa ni baik sangat?" Izham pandang aku dan aku dapat lihat senyuman sinisnya.

"Woi Lysa kau jangan nak suka sangat dapat bebas dari aku. Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je? Dalam mimpi la Lysa."

"Stop it Izham." Aku juga ikut meninggikan suara. Tak aku kira sekarang ini masih ada mama papa dan ibu ayah Izham di ruang tamu ini. Hati sudah berdebar debar takut dengan kemungkinan yang bakal berlaku sebentar lagi.

"Apa kau takut ke Lysa? Ni uncle aunty kalau nak tau. Anak yang uncle aunty rasa baik sanjung beriya iya ni la paling setan.

Dok bercium cium dalam kereta dengan jantan lain masa masih bergelar tunang Iz. Ni Iz bawak bukti gambar kalau tak percaya. Gambar ni bukan edit tapi ni gambar real." Melihat Izham cuba memberi tunjuk kepada mama dan papa pantas aku menghalang.

Tapi cubaan menghalang aku tidak berjaya kerana Izham lebih pantas mengelak daripada sempat aku merampas.

Kedengaran suara mama dan papa mengucap panjang apabila melihat gambar yang disua oleh Izham.

Aku pula tertunduk kaku. Aku tahu aku memang salah dan aku memang menyesal dengan apa yang aku dan Hilman dah buat.

"Huh dok sedap mengata anak kita tapi anak dia pun dua kali lima je. Dah la bang jom kita balik. Iz jom kita balik."
Tanpa bersalam salaman dengan mama dan papa terus keluarga Izham keluar.

Sebaik sahaja Izham dan keluarganya keluar dari pintu rumah mama terus mengheret aku ke lantai sebelum menampar dan memukul aku.

"Anak tak guna. Sanggup malukan mama papa. Apa nak jadi dengan Lysa ni?" Aku pejamkan mata menahan sakit di pukul dan mengawal air mata.

"Sakit ma." Perlahan aku merayu.

"Sakit mama pukul tak sakit macam balasan dosa dekat neraka. Lysa sedar tak apa Lysa buat tu berdosa? Siapa ajar Lysa buat benda terkutuk macam tu? Aku hantar kau aku bagi duit dekat kau suruh pergi belajar bukan pergi menggatal."

"Dah la tu Lina. Sakit Lysa tu you pukul dia macam tu." Pujukkan lembut papa membuatkan air mata aku makin lebat.

Walaupun papa tidak ikut sama memarahi dan memukul aku tetapi aku tahu papa juga sedang kecewa dengan aku ketika ini.

Aku tahu apa aku buat bersama Hilman adalah satu dosa. Aku juga memang salah sebab aku tak dapat mengawal nafsu bila bersama Hilman. Aku tahu aku berdosa sangat aku tahu semua itu.

"Maafkan Lysa ma maafkan Lysa pa." Aku bersuara dengan teresak esak apabila mama sudah berhenti memukul aku.

Kaki mama dan papa aku peluk erat cuba meminta simpati dan kemaafan daripada mereka.

"Bukan kami yang patut Lysa minta maaf tapi dekat Allah." Sebaik saja papa habis berkata terus papa menolak tangan aku yang sedang memaut kakinya dengan erat.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now