"So macam mana progress semuanya? Settle dah? Kalau tengok dalam calendar ni kita ada tinggal baki sebulan je ni sebelum event kita berlangsung." Aku bulatkan kalendar yang berada di tanganku sambil memandang ke arah ajk ajk yang ada di dalam bilik mesyuarat.
Tipu kata aku tak rasa risau dengan event yang bakal di jalankan nanti. Ini merupakan event besar yang melibatkan orang luar atau lebih tepat lagi orang kampung yang kami semua tak kenal pun.
Nak pula event ini bakal di jalankan di Kedah selama seminggu. Tujuan adakan program mak ayah angkat ni pun supaya pelajar dapat memahami kesusahan dalam sesebuah keluarga.
Dapat merasa hidup dalam suasana kampung. Maklum la pelajar di Universiti ini majoritinya bukan dari keluarga susah semuanya datang dari keluarga yang mempunya harta benda yang cukup.
Pelajar yang terpilih untuk turut serta pun dari kalangan kalangan orang yang datang dari keluarga yang senang.
"Setakat ni semua dah settle. Tinggal duit dari Hilman yang aku masih tak nampak nampak sekarang ni. Kau betul pergi mintak sponsor dari dia ke? Ke kau jumpa dia nak menggatal je?" Perlian dari Izzat membuatkan aku sedikit panas hati.
Aku pandang pula wajah Izham yang sudah mula lain. Kelihatan sudah berkerut sedikit seperti menahan marah.
"Kau jangan nak menuduh aku Izzat. Aku memang jumpa Hilman mintak sponsor la bukan menggatal. Aku bukan macam kau pantang nampak perempuan." Tegas aku bersuara cuba membetulkan perkara yang tidak betul.
Orang lain aku lihat cuma mendiamkan diri. Suka la tu tengok aku bergaduh dengan Izzat ni. Si Izham ni pun satu bukan nak backup aku ke apa. Lagi dia diamkan diri dia je adalah.
"Kalau betul kau mintak sponsor mana duitnya? Aku masih tak dengar dari mulut kau yang kau dah dapat sponsor dari dia." Tangan yang berada di genggaman, aku genggam dengan kuat cuba mengawal rasa marah yang sudah bergelora di dalam hati.
"Dah la tu tak payah nak bergaduh. Kita dekat sini nak meeting bukan nak bergaduh." Kali ini kedengaran suara miss Helena menegur.
"Awak berdua bergaduh ni ingat boleh settle masalah ke? Cuba matang sikit masing masing. Dah macam budak budak I tengok you all ni."
"Sorry miss." Aku dan Izzat bersuara serentak. Aku jeling Izzat yang tidak duduk jauh daripadaku.
Eeii sibuk jela. Orang cakap dia pun sibuk nak bercakap juga. Macam tak boleh cakap nanti nanti lepas aku bercakap ke. Bebelku di dalam hati.
"Its okay. Dah back to our main topic. I nak tau apa itenary dan activity yang akan you all akan buat dengan orang kampung selama seminggu dekat sana nanti."
Dan mesyuarat kembali berjalan seperti biasa. Jika tidak ada miss Helena rasanya makin panjang pergaduhan aku dan Izzat.
"Kalau tak ada apa apa lagi kita bersurai la. Next meeting aku akan inform nanti." Aku bangun dari dudukku dan mula mengemas barang barang yang bersepah di atas meja.
"Lysa Iz tunggu dekat luar tau." Izham mencuit bahuku dan aku hanya mengangukkan kepala memberi jawapan kepadanya.
Malas nak bercakap dengan Izham. Sebenarnya lebih kepada sakit hati ni sebab dia langsung tak cuba nak leraikan pergaduhan aku dengan Izzat tadi. Patutnya dia tolong la bantu leraikan ke apa ke.
ANDA SEDANG MEMBACA
ALYSA✔️
Novela JuvenilHilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari pertama semasa pendaftaran kemasukkan pelajar baru buat Hilman jatuh cinta kepadanya. Aleeya Alysa pelaj...
