Bab42🥀

17K 614 13
                                    


Pembacaan majalah di tangan terbantut apabila telefon bimbit Hilman berbunyi nyaring tidak henti henti di tepi meja katil daripada tadi minta di angkat.

Aku alihkan pandangan ke arah pintu bilik air. Hilman masih lagi belum menyudahkan mandiannya.

Majalah di tangan aku taruk ke tepi apabila telefonnya berbunyi lagi sekali. Siapa pula la yang tak reti bahasa telefon tak berhenti henti ni? Hati aku mula tertanya tanya.

Baru sahaja aku hendak bergerak untuk mencapai telefonnya tiba tiba pintu bilik air terbuka.

Tidak berkelip mataku memandang tubuh badan Hilman yang tidak berbaju dan hanya ada tuala di pinggang yang diikat sedikit longgar.

Kenapa seksi sangat suami kesayangan saya ni? Jerit aku di dalam hati. Liur aku telan.

"Like what you see?" Pertanyaan Hilman buat aku tersentak. Kening kanannya diangkat serta senyuman sinis pada bibirnya membuatkan aku menjulingkan mata ke atas.

"Huh tak ada maknanya."

"Eleh cakap jela you tergoda dengan I kan senang. Kalau you nak tengok lebih dari ni pun I sanggup tunjuk. Jangan malu malu kita dah halal dah pun. I'm yours." Hilman ketawa sambil mencubit pipiku perlahan sebelum berlalu pergi ke arah almari baju.

Mukaku terasa panas tiba tiba bila Hilman mengusik dengan ayat gatalnya. Tak sanggup nak hadap usikkan dari Hilman aku terus menukar perbualan.

"Hilman tadi phone you bunyi tak berhenti henti." Aku alihkan pandangan mata apabila melihat Hilman mencabut tuala dari pinggangnya.

Ish dia ni saja je nak goda aku ke apa ni? Aku dah mula rasa tak senang duduk dah ni.

"Lain kali angkat jela baby kalau dia bunyi tak henti henti. Mana tau urgent call ke."

"I tak nak la angkat. Tu kan privacy you nanti tak pasal pasal you marah I pulak." Kepala aku tundukkan bila badan Hilman berpusing menghadap aku.

"Baby listen here." Hilman tolak daguku memandang wajahnya.

Aik bila masa pula la dia dah lengkap berbaju tidur ni? Tadi bukan masih bertuala ke? Cepat betul salin baju.

"Dah kenapa pulak I nak marah you? Kita kan dah jadi suami isteri sah. Apa apa benda I akan share dengan you. Same goes to you too.

Apa gunanya kita kahwin kalau dua dua sibuk nak ada privacy dalam satu satu benda. Faham tak apa I cakap ni?"

"Hmm." Gumamku sebelum terasa bibir Hilman menyentuh dahiku.

"Good. That's my lovely wife." Tersengih aku bila dipuji oleh suami kesayangan siap pakej ciuman di dahi.

"Suka la tu dapat cium dari I?" Usik Hilman lagi.

"Diam la. Ni esok jadi kan kita pergi rumah daddy mummy?" Tanyaku mengubah topik perbualan lagi setelah kami berdua merebahkan badan di atas katil.

"Jadi la. Mummy dah tak sabar nak jumpa you tau. Tadi I call pun dapat la dengar excited terlebih dia tu." Senyuman di bibir merah Hilman buat aku sedikit rasa berbunga bunga.

Mana tak berbunganya hati ini bila Hilman senyum macam ni nampak terlebih lebih handsome pula.

"Geram la I dengan bibir you ni Hilman." Tanpa dapat tahan pantas sahaja tangan aku bergerak menyentuh bibir merahnya. Rindu dengan rasa pada bibirnya.

Dapat aku lihat Hilman sedikit terkejut dengan perbuatan aku tetapi hanya seketika sebelum dia merenung ke dalan mataku dengan penuh rasa cinta.

"Baby you look cute tonight." Suara perlahan Hilman buat bulu romaku terasa tegak dengan tiba tiba. Lagi lagi bila tangan Hilman mula merayap di serata badanku.

"Hilman." Perlahan aku menyebut namanya. Matanya kelihatan meminta izin.

Setelah mendapatkan keizinan dari aku terus sahaja aku pejamkan mata menanti.

Tidak sempat merasa bibir Hilman pada permukaan kulitku, lagi sekali telefon Hilman berbunyi nyaring.

Terus sahaja aku membuka mata dan menatap wajah kecewa Hilman. Tangan aku lingkarkan di lehernya.

"Angkat la kejap. Dari tadi lagi berbunyi." Hilman mengeluh kuat bila telefonnya berbunyi lagi sekali.

"You angkat la. I tak ada mood pulak nak angkat." Terus sahaja Hilman bangun dari menindih tubuh badanku.

Tangannya mencapai telefon di tepi meja katil. Tanpa melihat nama pemanggil, Hilman terus menolak ke butang hijau dan terus meletakkannya di telingaku.

"Hello baby." Tak sempat aku hendak bersuara kedengaran pula suara manja di sebelah sana.

Aku pandang Hilman di sebelah yang memandang aku dengan senyuman di bibirnya.

"Baby I miss you so much. Bila nak datang jumpa I? I rindu nak tidur dengan you baby." Terhenti rasanya jantungku buat seketika mendengar kata kata orang di sebelah sana.

Tanpa menunggu lagi terus sahaja aku matikan panggilan. Aku lihat nama pada dada skrin telefon Hilman.

"Kenapa serius je muka you ni?" Usikkan tangan Hilman pada pipiku aku tepis dengan kuat.

"Woo kenapa ni tiba tiba tepis I macam ni? Siapa tadi tu baby?" Tak menghiraukan soalan Hilman terus sahaja aku menyoal.

"Who's Sofea?"

🍂

sorry for the late update🙏🏼 selain dari sibuk kerja sis juga diserang writer block. langsung tak ada idea nak tulis apa. Ni la padahnya bila lama sangat tinggalkan dunia oren ni😂

ALYSA✔️Where stories live. Discover now