Kaki yang melangkah ke arah kereta terhenti apabila melihat Hani dan Hilman sedang berbual rancak di tepi kereta Pakcik Badrudin.Aku genggam penumbuk dengan erat melihat Hani sesuka hati memegang lengan Hilman.
Ewah ewah kau dah rampas Izham kali ni kau nak cuba Hilman pula ke? Hilman ni pun satu kenapa dia biar je Hani tu pegang pegang dia?
Ni tak boleh jadi ni. Tanpa buang masa terus aku berjalan laju menuju ke arah kereta Pakcik Badrudin.
"Ehem." Deheman aku sedikit kuat apabila melihat Hilman dan Hani masih tidak perasan tentang kehadiran aku di tepi mereka.
"Eh Lysa tak perasan pulak kau ada dekat sini. Lama dah ke kau berdiri sini?" Hani ketawa sambil menolak lenganku perlahan.
Macam mana kau nak perasan aku kalau dah kau menggatal dengan kekasih orang.
"Lama juga la. Sempat tengok drama tepuk tampar tadi." Perliku sambil mata aku larikan memandang Hilman seperti terkejut melihat aku. Apa terkejut terkejut? tak percaya ke aku ada dekat tepi ni?
"Ish kau ni kan Lysa mana ada aku main tepuk tampar. Kan Hilman?" Makin galak Hani ketawa. Hilman hanya diam membisu.
Eh eh perempuan ni kan, ada juga yang aku tarik lidah tu bagi putus baru tau rasa nanti.
"Buat apa kau dekat sini? Apahal tak balik lagi?" Tanpa berkias kiasan lagi terus aku mengubah topik perbualan.
Setahu aku mesyuarat antara AJK sudah habis setengah jam yang lepas dan semua orang pun tak silap aku dah balik ke rumah masing masing memandangkan esok pagi ada aktiviti dengan orang kampung.
Aku je yang keluar lambat dari balai raya ni kerana berbasa basi dengan orang orang kampung sini yang kebetulan ada di dalam balai raya.
Hilman pula memang tak ada kena mengena dengan mesyuarat malam ini
cuma dia mengada nak teman aku.Makcik Aminah dan Pakcik Badrudin pun paksa Hilman teman aku katanya bahaya perempuan keluar seorang malam malam.
Disebabkan Hilman pun ikut jadi Pakcik Badrudin pun dengan senang hati bagi pinjam kereta dia untuk aku dan Hilmam datang ke sini.
"Aku tunggu kau la." Mataku kecilkan melihat wajah Hani. Aku perasan raut wajahnya ada sedikit tidak tentu arah.
"Dah kenapa kau nak tunggu aku?" Tangan sudah aku bawa memeluk tubuh sendiri.
Kepala mula memproses dengan benda yang tidak tidak. Hati aku pula mula terasa tak sedap seperti ada sesuatu yang tak kena dengan Hani.
"Hmm aku aku..." Tergagap gagap Hani bersuara.
"Aku apa?" Sergah aku.
"Eh dah malam ni. Aku balik dulu la esok nak bangun pagi. Bye." Tak sempat nak menghalang Hani terus berjalan laju meninggalkan aku dan Hilman.
"Kenapa Hani tu?" Hilman bertanya.
"Entah." Sepatah aku membalas.
"Dia tak takut ke balik sorang sorang dalam gelap ni. Jom la kita masuk kereta cepat tumpangkan dia sebelum dia pergi lagi jauh ni." Bait bait perkataan yang keluar dari mulut Hilman membuatkan hati aku sedikit terbakar.
YOU ARE READING
ALYSA✔️
Fiksi RemajaHilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari pertama semasa pendaftaran kemasukkan pelajar baru buat Hilman jatuh cinta kepadanya. Aleeya Alysa pelaj...