Bab28🥀

14.7K 629 40
                                    


Tuk Tuk Tuk

Aku membiarkan sahaja pintu bilik di ketuk bertalu talu dari luar memandangkan sekarang ini aku sedang sibuk mengemas pakaian masuk ke dalam beg.

Tak payah tanya sudah aku tahu siapakah gerangan yang tak berhenti henti mengetuk pintu bilikku.

"Kak bukak la pintu ni sebelum aku pecahkan pintu bilik kau ni kang." Mata aku pejam sebentar keluhan aku lepaskan kuat sebelum bangun dan berjalan ke arah pintu bilik.

"Nak apa?" Kasar aku menjawap dengan mata memandang tajam ke arah Amir yang sudah tersenyum sumbing.

"Amboi mak singa garangnya. Tepi sikit aku nak masuk." Tanpa sebarang amaran Amir menolak aku kuat dan terus meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik aku.

Aku lihat Amir menolak baju baju aku yang berselerak di atas katil sebelum merebahkan badannya di katilku sambil menguling gulingkan badannya.

Malas hendak melayan, aku kembali mengemas baju baju. Maklum sahaja la lusa dah nak berangkat pergi ke London.

Bila mengenangkan nasib malang yang menipa diri aku sendiri buat hati aku jadi sebak. Mata aku pejamkan mengingat kembali kejadian dua minggu yang lepas.

Flashback

Esakkan aku masih lagi bersisa di ruang tamu. Sudah setengah jam aku di marah dan dipukul oleh mama dengan perbuatan yang dah aku lakukan bersama Hilman.

Sakit pada badan aku yang di pukul oleh mama aku tahan dengan sedaya upaya.

"Siapa nama budak lelaki tu?" Papa bertanya tenang sambil matanya memandang tepat ke dalam mata aku.

Aku menggelengkan kepala dan mulut aku tertutup rapat tidak mahu menjawap.

"Papa tanya tu jawap la. Dah bisu ke tak boleh nak jawap?" Naik satu oktaf suara mama buat bahu aku terangkat kerana terkejut.

"Hil.. Hil.. maan..." Dengan tergagap gagap aku menjawap. Sendu tangisan masih lagi ada.

"Budak mana?" Mama menyoal lagi dengan garang.

Aku tidak berani menatap mata kedua ibu bapa aku ketika ini kerana tidak sanggup melihat muka kecewa yang terbias pada kedua dua wajah mereka.

"Kolej Lysa." Cukup dua patah perkataan yang keluar dari mulut aku untuk menerangkan siapa Hilman.

Suasana ruang tamu sunyi buat seketika. Aku masih lagi tidak berani mengangkat kepala memandang mama dan papa.

Mama dan papa sedang berbincang berdua tapi tidak begitu jelas pada pendengaran telingaku kerana mereka berbual dengan cukup perlahan.

"Where's your phone?" Mama kembali bersuara setelah agak lama berbincang. Walaupun suara mama tidak setegang tadi tapi nada suaranya masih lagi kedengaran dingin.

"Ada dalam bilik." Balasku lagi. Takut takut aku memandang wajah mama.

"Amir pergi ambik phone kakak." Arahan papa membuatkan aku memandang papa dan mama cuba meminta penjelasan.

Tetapi aku sedikit kecewa bila hanya wajah dingin mereka yang ditunjukkan kepada aku.

Tidak sampai lima minit Amir kembali ke ruang tamu dengan iphoneku yang berada di tangannya.

"Nah papa." Tanpa sempat aku bertanya, papa terus menghempaskan iphoneku ke lantai.

"Papa apa ni?" Tak dapat tahan lagi aku menjerit kuat dan berlari mendapatkan iphoneku yang sudah berkecai.

Air mata terus mengalir laju mengenangkan banyak kenangan gambar aku dan Hilman di dalam iphoneku ini. Dalam phoneku ini sahaja la satu satunya kenangan aku dan Hilman.

"Mulai saat ini Lysa tak dibenarkan keluar atau berhubung dengan kawan kawan Lysa. Papa mama decide nak bawak Lysa study aboard. Jauh dari Malaysia lagi dua minggu!"

"Papa mama Lysa tak nak!!" Final exam aku dah dekat. Aku tak nak berhenti di tengah jalan lepas tiga tahun aku berusaha keras demi mendapatkan segulung ijazah.

"Sama ada Lysa suka ke tak keputusan papa mama muktamad. Kalau dibiarkan Lysa dekat sini mengandung nanti buat malu muka mama papa." Dan habis berkata mama dan papa terus meninggalkan aku teresak esak sendirian di ruang tamu rumah kami.

End flashback

"Kak kau dah ready ke nak sambung belajar dekat overseas ni?" Pertanyaan daripada Amir membuatkan aku kembali ke dunia nyata.

"Aku ready ke aku tak ready ke aku tetap kena pergi." Perlahan aku membalas.

Sudah dekat dua minggu aku dikurung di rumah tidak dibenarkan keluar dari rumah. Handphoneku dah di musnahkan oleh papa. Laptop aku pun kena rampas.

Memang aku tak dapat langsung berhubung dengan kawan kolej. Lagi lagi dengan Hilman. Apa agaknya yang dia tengah buat sekarang ni kan? Tak rindu ke dia dekat aku? Masih ada lagi ke cinta dia untuk aku?

Suasana dalam bilik sunyi sepi. Mungkin Amir faham tentang perasaan sedih aku ketika ini. Tetapi suasana sepi cuma seketika apabila handphone Amir berbunyi nyaring minta di angkat.

"Hello." Amir bersuara.

Aku hanya membiarkan Amir keluar dari bilikku sambil berbual perlahan. Kawan dia la tu yang call. Cemburu aku melihat Amir. Untung la boleh berbual dengan kawan kawan. Aku ni? Jangan kata nak berbual nak berhubung pun tak boleh.

Walaupun Amir pernah cuba nak seludup handphone baru untuk aku tapi cepat je mama dan papa kesan. Siap Amir kena amaran lagi. Kalau dapat tangkap cuba nak bagi aku apa apa alat untuk berhubung memang kena la dia.

Disebabkan aku ni kakak yang baik. Jadinya aku pujuk la dia supaya jangan nak tolong aku seludup lagi alat alat komunikasi.

"Kak nah." Berkerut kening aku memandang Amir yang sudah kembali ke dalam bilikku. Dah kenapa pula hulur handphone dia dekat aku tiba tiba ni?

"Ada orang nak cakap."

"Siapa?" Sepatah aku bertanya. Siapa pula yang nak bercakap dengan aku ni? Dah la guna nombor Amir. Rasanya kawan kawan aku memang tak ada nombor Amir pun.

"Jawap jela. Aku keluar kejap pergi minum. Kau berbual jela puas puas dengan dia." Habis sahaja berkata Amir terus keluar meninggalkan aku dan handphonenya.

"Hello." Dengan perasaan ragu ragu aku menjawap.

"Hello Lysa." Jantung bagai seperti berhenti berdegup.

🍂🍂

Happy new year & selamat tahun baru 🎉🎊

apa azam tahun baru korang? azam tahun lepas dah tercapai belum? ke berlalu begitu sahaja? 🤣😂

azam saya tahun ni nak tamatkan semua cerita yang saya buat dalam wattpad ni dan publish cerita baru 😋

ALYSA✔️Where stories live. Discover now