Bab30🥀

15.7K 733 66
                                    


4 Tahun Kemudian

Aku memejamkan mata sebentar cuba menghirup udara segar yang tidak berapa nak segar di dalam kawasan lapangan terbang.

Tanpa sedar senyuman mula terbit di bibir. Rindunya aku dengan suasana dekat Malaysia ni. Sudah empat tahun lamanya aku meninggalkan tanah airku ini.

Puas menghirup udara dalam kawasan lapangan terbang pantas aku berjalan ke arah tempat menunggu bagasi.

Tudung di kepala aku betul betulkan sedikit sambil sambil menunggu bagasi.

Yeap aku sudah pun bertudung. Siapa sangka selama empat tahun aku duduk di UK boleh membawa diri aku untuk jadi manusia yang lebih baik.

Pelik. Punya lama aku duduk dekat Negara sendiri sikit pun aku tak pernah terdetik untuk berubah.

Tetapi sepanjang berada di bumi UK entah macam mana hati mula terdetik untuk berubah.

Aku sangat berterima kasih pada Putri dan Janna sahabat baik aku semasa di bumi UK yang banyak membantu dan memberi nasihat pada aku untuk berubah.

Kalau bukan sebab mereka mungkin aku tak akan pernah berubah untuk jadi seorang Alysa yang baru sekarang ni.

Bila teringat tentang Putri dan Janna tiba tiba hati di usik dengan rasa rindu. Apa la agaknya mereka berdua tengah buat dekat UK sekarang ni kan?

Tersentak aku dari lamunan apabila troli bagasi aku di langgar dengan kuat dari tepi.

"Opss sorry." Pantas aku memandang tuan empunya troli yang sesuka hati melanggar troli orang.

"Are you okay? I mintak maaf ye sebab I nak cepat sangat ni." Wajah perempuan di hadapanku ini terpamir riak kerisauannya.

"Its okay." Balasku. Bukannya dia sengaja langgar aku pun tapi terlanggar.

"Again, sorry." Aku hanya menggangukkan kepala membalas permintaan maafnya.

Habis sahaja mengutip beberapa bagasi di bahagian bagasi terus aku berjalan keluar ke pintu ketibaan.

Memandangkan kepulangan aku di Malaysia ini tidak aku khabarkan pada mama papa dan juga Amir jadinya tak ada siapa siapa la yang menunggu aku di balai ketibaan.

Tersenyum aku melihat orang ramai yang sedang menunggu di bahagian balai ketibaan.

Dan juga ada yang sedang berpelukkan. Mungkin melepaskan rindu sebab lama tak jumpa kut.

Alahai Lysa tu la nak buat kejutan sangat tak pasal pasal tak ada seorang pun yang sambut kau balik.

Ni balik rumah sendiri pun nak kena naik teksi. Tak ada penyakit saja cari penyakit kau kan? Bebelku di dalam hati.

Sambil berjalan keluar mata aku tidak henti henti melihat sekeliling sebelum mataku terhenti pada satu tempat.

Pandangan mata aku terpaku pada pasangan yang berada tidak jauh daripada aku.

Terpaku aku memandang pasangan itu yang sedang berpelukkan dan berciuman.

Dahi aku sudah mula berlapis berkerut. Tu bukan perempuan yang langgar aku tadi ke?

Teruknya lahai dekat dalam lapangan terbang ni juga nak buat drama. Tak tau ke sini tempat awam? Ada budak budak yang nampak.

Tau la boyfriend dia tu mat salleh tapi agak agak la. Panjang kutukkan aku di dalam hati.

Seperti tau tau yang aku sedang mengutuk mereka, tiba tiba mereka berdua memandang aku sekilas. Sebelum lelaki itu kembali mencium pipi perempuan yang melanggar aku tadi.

Jantung bagai berhenti berdegup. Itu.. Itu bukan ke? Bukan ke itu..

"Hilman please stay dekat kondo I. Lama dah I tak cuddle kiss you."

Mereka berdua berjalan berselisihan dengan aku. Aku menundukkan kepala cuba melarikan diri.

"Baby I banyak kerja la. Malam ni I janji I tidur kondo you okay?"

Hilman? Tu Hilman ke? Hilman Zavirel? Tak mungkin tu Hilman. Hilman yang aku kenal bukannya jenis sesuka hati bercium dan berpelukkan dengan perempuan.

Hilman Zavirel. Sebutku di dalam hati.

Seperti terdengar panggilan hati aku Hilman menoleh memandang ke arahku.

Aku pandang matanya dia juga membalas pandangan mataku. Dahinya berkerut mungkin dia cuba mengingati aku.

Mulutnya baru hendak dibuka tetapi pantas di sangkal oleh perempuan di sebelahnya.

"Sayang jom la. You tengok apa lagi tu?" Perempuan itu memanjangkan kepala cuba melihat apa yang Hilman pandang.

Cepat cepat aku bawa kaki berjalan dengan laju meninggalkan pasangan kekasih itu.

Hilman.

Sebutku lagi di dalam hati dengan penuh rasa sebak di dada.

🍂🍂

tolong la faham sendiri kalau ada typo tu. malas nak double check😂

ALYSA✔️Where stories live. Discover now