"Kita nak pergi mana ni sebenarnya?" Aku bersuara memecah kesunyian di antara aku dan Hilman.Dari masuk kereta sampai dah dekat setengah jam dekat atas jalan ni satu patah perkataan pun tak keluar dari bibir Hilman.
Dah la berdua je dalam kereta dah tu radio pun dia tak bagi aku pasang. Nak pula suasana luar gelap sebab malam.
"Ha jadi la bisu sampai bila bila tak payah cakap dengan I dah." Mengeluh kuat aku bila Hilman tak membalas pertanyaan aku.
Tangan aku bawa memeluk tubuh sendiri kepala aku toleh menghadap tingkap kereta. Sakit hati dengan Hilman dekat sebelah ni.
Menyesal pula aku setuju nak keluar dengan dia malam ni. Kalau aku tau la macam ni baik aku tidur ke buat kerja berfaedah ke tolong Makcik Aminah ke dekat rumah. Dari keluar tapi orang sebelah ni membisu tak keluarkan suara langsung.
Ingatkan balik Langkawi semalam hilang dah rajuk dia sebab masa kami keluar berempat dengan Pakcik Badrudin dan Makcik Aminah, bukan main lagi dia layan aku baik siap bergurau senda.
Balik je ke Kedah terus nak buat perangai balik. Tak faham betul la aku dengan perangai Hilman ni.
Angan angan aku tersentak apabila terasa tangan aku ditarik oleh Hilman dari terus memeluk tubuh sendiri.
"Apa ni Hilman? I tengah marah dengan you lagi ni." Aku tolak tangannya dari terus memegang tangan aku tetapi lagi sekali Hilman mengapai tangan aku.
"Hilman you tengah drive kan. Lepaskan tangan I nanti accident macam mana?" Cubaan kali kedua aku untuk melepaskan tangan dari dia masih tidak berjaya.
"Kalau you tak nak kita accident cuba duduk diam. Bagi jela I pegang tangan you ni. I cuma nak pegang je pun bukan buat apa." Hilman membalas dengan tenang.
Tidak ingin berlaku kemalangan yang ngeri sekejap lagi sebab bergelut dengan Hilman, terpaksa juga la aku mengalah biarkan tangannya memegang tangan aku walaupun aku tak berapa nak rela.
"You dengar baik baik tau apa I nak cuba sampaikan ni." Hilman bersuara dan aku pandang sisi wajahnya dengan penuh perhatian.
Hilman berdehem dehem sebentar sebelum telinga aku menangkap bunyi dia berhumming seperti hendak memulakan nyanyian.
Hilman nyanyi? Seriously? Senyuman yang hendak terukir dibibir aku cepat cepat aku buang takut Hilman perasan. Nanti tak pasal pasal orang sebelah ni merajuk sebab gelakkan dia pulak.
You've awoken me
But you're choking me
I was so obsessed
Gave you all of me
And now honestly
I've got nothing leftTergamam aku mendengar suaranya yang kedengaran merdu. Tidak sangka suara Hilman sedap tak ada sumbang langsung.
Tanpa aku sedar Hilman memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum merenung ke dalam mata aku.
'Cause I loved you dangerously
More than the air that I breathe
Knew we would crash at the speed that we were going
Didn't care if the explosion ruined me
Baby, I loved you dangerouslyJantung aku bagai terhenti mendengar Hilam menyebut I love you. Walaupun cuma pada nyanyian tapi perkataan itu memang terkesan pada hati aku.
YOU ARE READING
ALYSA✔️
Teen FictionHilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari pertama semasa pendaftaran kemasukkan pelajar baru buat Hilman jatuh cinta kepadanya. Aleeya Alysa pelaj...