Bab 8

656 10 0
                                    

Tak sia-sia dia beli sebuah ruang kedai di bangunan KLCC itu. Pelanggan yang berkunjung semuanya berpuas hati dengan perniagaannya. Alhamdulillah. Dato Yunus berjalan ke ruang depan. Matanya mengecil tatkala terlihat seorang gadis bertudung sedang mengelap almari kaca yang menempatkan koleksi jam yang berharga ribuan ringgit.

Tak berkelip mata Hana meneliti fesyen-fesyen jam yang cukup bergaya rekaannya. Wau! Terpegun! Tangannya semakin perlahan menyental balang kaca itu. Dari satu per satu almari dia lewati. Memang bertuahlah dia. Walaupun kerja di kedai jam tapi... Pergh! Bukan jam murahan. Hana tergelak sendiri.

Wah! Kan best kalau aku ada jam mahal macam ni. Tapi harga... Hurmmm, dua tahun kerja kat sini pun belum tentu dapat beli, omelnya dalam hati. Hana sambung mengelap. Semburan pewangi dipicit-picit ke atas tuala pengelap. Terbersin-bersin Hana.

"Ehem..." Dato Yunus berdehem kecil. Kakinya berdiri betul-betul di belakang pekerja barunya.

Hana menelan liur. Kantoi! Teragak-agak dia mahu memusingkan kepala.

"Ya, Dato?"

"Awak pekerja baru, kan?"

"Ya, saya." Hana memintal-mintal kain pengelap dengan hujung jari. Bos besar sudah terpaku di depannya. Muka majikannya itu tak berani ditatap.

Dato Yunus tersenyum. Dia tahu pasti Hana cuak dengan sapaannya. Alah, dia berdehem bukan niat mahu marah tapi dia ingin bertanya. Kerana kata Syuhaida, Hana adalah kawan barunya.

"Awak kenal anak saya?"

Hana menggaru-garu kepala. Dia menggeleng. Entahlah, tak pasti.

"Tak tahu. Anak Dato yang mana satu, ya?"

"Anak saya Syuhaida. Dia telefon saya tadi. Dia beritahu awak kawan baru dia," ujar Dato Yunus bersahaja. Hana ketap bibir. Sepasang keningnya berkerut. Oh! Syuhaida. Perempuan ayu yang terlanggar dirinya secara tak sengaja tempoh hari.

"Oh, anak Dato tu. Ya ya, saya kenal. Hari tu kita orang terjumpa secara tak sengaja. Lepas tu dia kasi name card dia kat saya."

"Jadi kira kenallah tu. Dia kirim salam kat awak. Syuhaida nak pindah ke KL tak lama lagi. Sebab ikut suami dia. Dalam dua tiga hari lagi. Hari tu dia beritahu sebulan dua."

Hana angguk. Baguslah. Siapa tahu dia dan Syuhaida boleh jadi teman rapat? Yalah, dah duduk di KL nanti lebih keraplah gadis itu singgah ke kedai jam bapanya. Hana menghela nafas.

"Tak apalah Dato senang sikit kerja. Diakan anak perempuan, dekat-dekat dengan keluarga taklah risau sangat nanti." Cewah, bijak pula Hana menokok tambah. Ayat tak logik. Bukankah Syuhaida dah bersuami? Seronoknya sudah berumah tangga. Hana menekur lantai.

"Tu la, nak buat macam mana. Tapi saya seronok juga. Anak ada dekat. Betul cakap awak, senang. Nanti bila dia orang dah balik saya ingat nak buat majlis sikit kat rumah. Nak sambut hari jadi untuk anak saya yang nombor dua. Jemputlah datang. Waktu tu, mungkin Syu ada sekali," pelawa Dato Yunus disusuli riak senang. Hana tidak memberikan sebarang respons. Aduh! Baru sehari bekerja dah diajak macam-macam. Tapi, Dato Yunus baik orangnya. Hana tersentak. Kerjanya terabai! Kena potong gaji tak agak-agak?

"Insya-Allah. Saya tak berani janji. Takut sibuk dengan hal lain pula. Tapi kalau saya lapang, boleh aje." Hana mula pasang niat mahu mengajak Harraz. Kenapa mesti lelaki itu? Hana gigit bawah bibir. Ah! Tak betah lagi mengigaukan nama Harraz di laman mindanya saat ini. Sekarang dia perlu bekerja. Hana kembali tunduk. Menyambung kerja mengelap cermin kaca. Dato Yunus masih menatap tubuh gadis itu dari belakang.

"Saya harap awak datanglah. Saya jemput semua pekerja saya. Lagipun hari ni aje saya ada kat sini. Selalunya saya ada di syarikat saya."

"Okey. Insya-Allah. Anak Dato tu orang mana, ya?"

Yang Tertulis KelmarinWhere stories live. Discover now