Bab 12

631 10 0
                                    

Rumah dua tingkat itu masih terang-benderang. Sebaik sahaja Harraz turun daripada teksi, dia seperti kurang percaya. Kediaman orang tuanya banyak perubahan. Pagar rumah telah bertukar warna dan gaya. Kolam ikan cantik terhias. Dulu jangankan kata kolam ikan, jerigi pagar pun berkarat bagai nak runtuh. Harraz gigit bibir. Jarinya menekan butang loceng.

"Assalamualaikum." Dia memberi salam. Harraz hela nafas. Automatik pagar besi menganga luas. Harraz terpanar. Kedengaran pintu utama dipulas dari dalam. Terpatung tatkala Puan Bashira dan Encik Azhar masih segar menantikan kepulangannya.

"Raz anak ibu." Puan Bashira memeluk erat tubuh Harraz. Air mata syahdu mengalir di lekuk pipi. Syukur, akhirnya Harraz sudi pulang. Pelukan bertambah erat seakan enggan melepaskan anak lelakinya itu pergi jauh daripadanya. Harraz mengucup tangan ibu dan bapanya.

"Ibu," Harraz mendakap tubuh Puan Bashira. Ya Allah, berdosanya kerana lari dari tanggungjawab seorang anak. Sanggup membiarkan si ibu menagih rindu terhadapnya.

"Sebab bagi aku, pergi ke Brunei satu perkara yang buang masa."

Astaghfirullahalazim. Ibu jarinya menyeka air mata yang gugur di wajah Puan Bashira. Harraz mendekati pula Encik Azhar. Kemudian dia mencapai kedua tangan ibu dan bapanya sambil menunduk pilu.

"Ibu, abah, Raz minta maaf. Dah lama Raz tak lawat ibu dan abah. Maafkan Raz."

Puan Bashira geleng. Belum puas dia mendakap tubuh tegap anaknya. Harraz membiarkan sahaja bahunya dipeluk.

"Ibu rindukan Raz. Raz janji jangan buat ibu macam ni lagi, tahu?"

Harraz mencium dahi Puan Bashira. Nak menangis, risau jatuh saham. Di sebalik senyuman yang mekar, dia pertahankan egonya. Biarlah, tunggu nak tidur nanti baru menangis.

"Ibu masih cantik macam dulu," usik Harraz.

Encik Azhar memaut bahu anaknya.

"Jom, kita masuk dalam."

Mereka bertiga melangkah masuk.

"Raz..." Encik Azhar menghampiri Harraz. Ada seseorang yang sedang menunggu anaknya.

"Ada seseorang yang nak sangat jumpa kamu."

Puan Bashira angguk. Lelaki itu angkat kening.

"Jom, Raz." Puan Bashira menarik lengan Harraz menuju ke buaian kayu yang dibina oleh Encik Azhar. Di situ seorang gadis berjubah biru gelap sedang mendiamkan diri di bawah cahaya lampu seraya mengayun kecil buaian unik itu. Emilia! Tidak berkedip Harraz merenung Emilia yang telah berhijrah. Puan Bashira dan suaminya sudah beredar.

Emilia... Kerana dia jiwa Harraz merana. Fikirannya sering menyanjung kisah silam sehingga menjadi suatu belaian yang tak dapat dipisahkan. Harraz menelan liur. Bungkam.

"Assalamualaikum," sapa Harraz sebagai mukadimah perbualan. Matanya tekun menilik penampilan gadis yang dahulunya sosial dan negatif. Sungguh, Allah itu Maha Pemberi Segalanya. Petunjuk daripada-Nya begitu bernilai bagi Emilia.

"Waalaikumussalam. Raz..." Dia bangkit dari duduknya.

"Raz, Emi tunggu Raz." Emilia menggigit bibir. Harraz nampak kekok. Mungkin keselesaan itu sudah tiada lagi antara mereka berdua. Apatah lagi semenjak kes lima tahun lalu.

Harraz masih diam. Tangannya memegang tiang buaian. Hairan, kenapa hanya Emilia seorang sahaja di rumahnya? Ke mana kedua orang tua perempuan itu?

"Macam mana flight?"

"Alhamdulillah, okey." Bertentang empat mata, dua jasad bernyawa itu canggung. Mungkin jauh hati. Harraz tunduk. Emilia tarik nafas. Apakah Harraz benar-benar bencikan dia? Masih jijik terhadapnya? Masih anggap dia seorang perempuan murah yang miskin maruah?

Yang Tertulis KelmarinWhere stories live. Discover now