🍁 - [6]

73.1K 3.3K 171
                                    

Carl Que Alexander membaringkan tubuh kecil Husna di atas katil biliknya. Dia bergerak ke arah meja cermin lalu meletakkan pistol miliknya ke atas meja.

Baju yang tersarung di badan di tanggalkan, tuala dicapai dan dia bergerak ke arah bilik air.

Usai membersihkan diri dia keluar sambil membetulkan ikatan jubah mandi di badannya.

Kaki diatur menuju ke arah Husna yang tak sedarkan diri di atas katil itu. Senyuman sinis diukirkan.

Wajah gadis tersebut akan menjadi tatapannya setiap hari mulai dari hari ini, gadis itu sempurna di matanya.

Bertubuh kecil dan juga rendah persis seperti pelajar sekolah walaupun sudah berumur 19 tahun manakala dia pula berumur 22 tahun.

Que berbaring di sebelah gadis itu lalu tudung yang tersarung dikepala Husna ditanggalkan dan dicampak ke atas lantai, ikatan pada rambut Husna juga turut dibuka.

"My girl." bisiknya perlahan.

Dihidu seketika rambut Husna yang jelas dihadapannya sekarang tanpa sebarang pelindung itu. Wangi. Que membelai lembut rambut gadis itu. Tak lama lagi Husna akan jadi milik dia.

Que tersengih nakal, dia duduk dan memerhati tubuh gadis itu daripada kepala turun di leher terdedah Husna yang putih kemerah-merahan. Air liur ditelan kasar.

Turun daripada katil, dia melangkah ke arah almari pakaiannya lalu sehelai kemeja bewarna hitam diambil dan dia kembali ke arah katil.

Baju yang dipakai Husna ditanggalkan perlahan-lahan, risau jika gadis itu tersedar sekaligus akan merosakkan rancangannya selepas ini.

Sedaya-upaya dia menahan dirinya daripada melakukan benda yang tak sepatutnya apabila baju di tubuh Husna ditanggalkan sepenuhnya.

Sempat dilihatnya kain yang dipakai Husna yang terkoyak itu sebelum turut di tanggalkannya.

Kesan merah darah dapat dilihat pada lutut gadis tersebut. Que mengeluh kecil.

"Girl, kalau kau tak lari tadi tak adanya lutut kau berdarah. Hm.."

Kain Husna turut dicampak ke atas lantai, sebelah tangan menyeluk ke belakang badan Husna lalu diangkat sedikit manakala sebelah tangan lagi menyarungkan baju kemeja hitam kepunyaannya pada tubuh gadis itu.

Dia tersenyum sinis melihat gadis tersebut. Jelas baju itu besar bila dikenakan pada tubuh kecil Husna dan hanya menutup hingga separas bawah lutut saja.

Que membaringkan badannya lalu tubuh gadis itu dibawa masuk ke dalam pelukannya. Kepala Husna diletakkan pada dadanya, pinggang ramping gadis itu dipeluknya kemas.

Kesempatan yang ada, Que meratah wajah polos Husna dengan penuh minat. Tak dinafikan, walaupun gadis itu bukan dalam golongan berada tetapi tetap terserlah kecantikan semulajadinya tanpa perlu ke spa.

Kening yang cantik terukir, bulu mata yang hitam pekat dan juga lentik. Hidung yang tak terlalu mancung tetapi butang hidung gadis itu yang bulat menarik perhatian dia.

Mata dihala pula pada bibir Husna, nipis dan halus dan berlekuk cantik. Seksi dan buat dia tergoda seketika.

Tanpa dapat ditahan, dikucup bibir Husna yang merah merekah itu sepintas lalu sambil ibu jarinya mengusap pipi kanan Husna.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now