Hilton Auckland Hotel, New Zealand
Carl Hans Mikael dan Damia Aisyah menghabiskan masa sempena bulan madu mereka disekitar tempat-tempat yang menarik di negara awan putih itu.
Dan kini, mereka akan meneruskan melawat tempat seterusnya memandangkan hari terakhir berada di New Zealand.
Damia ralit melilit tudung di kepalanya dihadapan cermin bilik hotel yang ditempah mereka. Manakala Carl Hans Mikael masih berada di dalam bilik air membersihkan diri.
Senyuman nipis terlakar dibibir saat berpuas hati dengan penampilannya lalu dia pakaian untuk Carl Hans Mikael yang dipilihnya diletakkan ke atas katil.
Beberapa ketika suaminya melangkah keluar daripada bilik air.
Dipandangnya sekilas tubuh suaminga yang terdedah itu sebelum cepat-cepat menoleh ke arah lain lalu pakaian suaminya diambil dan dihulurkan pada Carl Hans Mikael tanpa memandang wajah lelaki itu. Malu!
Carl Hans Mikael tersengih sinis melihat tingkah isterinya yang masih lagi malu dengannya itu.
Pakaian yang dihulurkan Damia diambil dan sempat diciumnya pipi kanan isterinya. Dapat dilihat pipi Damia mula memerah.
"Cancel, aku tak nak keluar hari ni. Esok boleh, kan?" soalnya tiba-tiba dengan nada serius.
Pantas Damia mendongak memandang wajah selamba suaminya, wajahnya berkerut antara marah, sedih dan sakit hati dengan keputusan tiba-tiba suaminya.
Bibir diketap rapat.
"Semalam abang cakap lain, sekarang Mia dah siap pakai tudung apa abang cakap tak jadi pulak? Abang saja je kan?" ujarnya perlahan dengan nada geram.
Tangan kecilnya menolak bahu Carl Hans Mikael berkali-kali dengan wajah merah padam menahan rasa terkilannya dengan mata yang mula bergenang dengan airmata.
Mana tak sakit hati bila semalam Carl Hans Mikael juga yang merancang untuk keluar hari ini.
Kalau tak jadi sekalipun, sekurangnya cakap awal-awal sebelum dia bersiap. Rasa macam diberi harapan palsu saja.
"Hey, relaxs lah. Kau nak marah sangat kenapa? Macam lah esok tak boleh pergi, nak cakap dah ada baby, baru berapa hari lepas kita buat eksperimen. Impossible."
Terhenti-serta merta tangan Damia dari terus memukul bahu suaminya sebaik mendengar ayat memalukan Carl Hans Mikael.
Lantas lengan lelaki itu dicubitnya kuat dengan wajah yang tadinya kegeraman berubah malu.
"Abang main-main kan? Bukan masalah ada baby ke apa, ni masalah abang sengaja suruh Mia siap-siap lepastu abang cakap tak jadi pulak! Malas layan abang!"
Dijelingnya tajam wajah tak bersalah suaminya sebelum berura-ura untuk keluar daripada bilik hotel tersebut.
Dia tak kisah pergi seorang diri pun. Suaminya selalu saja menyakitkan hatinya.
Carl Hans Mikael tergelak melihat isterinya yang merajuk itu lalu pantas ditariknya lembut tangan kecil Damia. Menghalang isterinya itu pergi.
YOU ARE READING
Mr Killer's Girl |✔|
Romance[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] CARL QUE ALEXANDER & CARL HANS MIKAEL _______________...