🍁 - [14]

70K 3K 335
                                    


N

ur Husna melangkah keluar dari bilik air dengan mengenakan baju tidur biasa, itupun dibeli Carl Que Alexander setelah diingatkan.

Lagi pula mereka berada dirumah Carl Ayden dan tak menyukarkan Nur Husna untuk bebas keluar daripada bilik.

"Husna."

Carl Que Alexander yang sedang bersandar dikepala katil sambil bermain dengan telefon ditangannya menggamit Nur Husna duduk di sebelahnya.

"Ya, encik?" punggung dilabuhkan disebelah lelaki itu dan terdapat sedikit jarak diantara mereka berdua. Dia masih lagi tak selesa dengan suaminya itu.

CUP!

Terus mengeras tubuh Nur Husna bila tiba-tiba bibirnya dikucup lelaki itu dengan mata yang terbuntang luas, terkejut dengan tindakan suaminya itu.

"No more encik. Aku tak suka kau panggil macam tu."

Bibir Nur Husna diusapanya lembut dengan ibu jari kirinya. Mata Nur Husna yang terkebil itu ditatap dalam.

Akhirnya dia dapat memiliki gadis itu sepenuhnya.

"Saya nak panggil encik apa?" soal Nur Husna sambil menunduk ke bawah. Malu

Carl Que Alexander tersenyum nipis seraya menarik rapat tubuh kecil Nur Husna lalu dipeluk pinggang gadis itu dengan sebelah tangan kanannya. Kepala Nur Husna pula disandarkan pada dada bidangnya.

Nur Husna hanya berdiam diri dengan perlakuan suaminya.

Dia berharap keputusannya menjadi isteri kepada lelaki itu tidak memusnahkan masa depannya.

"Kau rasa nak panggil aku apa?" soal Carl Que Alexander kembali, tenang nadanya.

Nur Husna tersenyum sedikit. Semasa dia masih disekolah menengah selalu saja dia dan rakannya berangan-angan untuk memanggil 'abang' pada bakal suaminya. Kini lelaki itu sudahpun menjadi suaminya.

"Saya panggil... abang boleh?" bibir dikemam rapat, pipinya merah-kemerahan membahang malu.

Tergelak kecil Carl Que Alexander yang sedia merenung wajah isterinya itu. Pipi yang membahang malu Nur Husna melucukan hatinya.

Dengan selamba dia meletakkan dagunya pada bahu kiri Nur Husna.

"Abang? Suka hati kau lah, asalkan kau suka. Kau dah jadi hak aku sekarang, Husna." perlahan saja dia bersuara tapi tetap serius.

Nur Husna hanya mengangguk sekali mengiyakan kata suaminya. Fikirannya mula mengingati perbualannya dengan Carl Que Alexander tempoh hari. Dia menoleh sedikit ke arah suaminya.

"Abang cakap, abang kenal saya. Macam mana abang boleh kenal saya?"

Carl Que Alexander tersenyum nipis lalu mendongak kepala Nur Husna dengan kedua belah tangan yang ditekapkan pada tepi wajah Nur Husna.

"Tengok mata aku, cuba kau ingat balik siapa aku." arahnya dengan suara yang cuba dilembutkan.

Nur Husna mengetap lembut bibirnya, da sememangnya kalah bila merenung mata silver-grey itu, hatinya terusik.

Tetapi diturutkan juga kerana ingin mengetahui siapa lelaki itu. Perlahan matanya merenung ke dalam anak mata suaminya.

Nur Husna melangkah keluar dari pagar sekolah dengan wajah muram, beg sekolah dipeluknya kemas dari arah depan.

Dia menunggu kehadiran lelaki tersebut yang agak lama menghilangkan diri.

Sempena ulang tahunnya yang ke-9 hari ini dia sudah berjanji dengan lelaki itu untuk meraikan bersama-sama.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now