🍁 - [20]

65.5K 2.7K 129
                                    


Nur Husna tersenyum puas melihat lukisannya yang telah separuh diwarnakan.

Sememangnya melukis itu adalah hobinya sewaktu dengan arwah ibunya dulu tetapi terkubur setelah dilarang oleh Puan Maimunah.

"Sini sikit lagi, lepastu dekat sini sikit... Siap!" tersengih dia sambil membelek lukisan tersebut.

Setelah memberitahu pada encik suaminya, segala kelengkapan dan juga petalatan melukis disediakan oleh Carl Que Alexander.

Terkadang bila tiada apa yang ingin dilakukan, melukis lah jawabnya.

Nur Husna meneruskan kembali lukisannya dengan wajah ceria. Dia hanya melukis bila encik suami tiada dirumah, bukan apa dia cuma segan.

Tak ke malu kalau suaminya kutuk lukisan dia buruk ke?

Dari jarak yang tak jauh dari tempat Nur Husna sedang melukis, Carl Que Alexander bersandar di palang tangga sambil memegang gelas ditangan. Anak matanya tak beralih melihat isterinya.

Isterinya masih belum sedar akan kehadirannya sedangkan dia baru saja pulang tetapi Nur Husna masih tak perasan. Asyik benar dengan lukisannya itu.

Air diteguk rakus sehingga habis lalu dia berlalu ke arah dapur, gelas kosong tersebut diletakkan ke atas meja sebelum melangkah ke arah isterinya tanpa sebarang bunyi.

"Your painting is pretty like you."

Nur Husna tersentak. Badannya mengeras dengan bulu roma yang meremang bila terdengar bisikan halus ditelinga kanannya.

Tangan yang sedang bergerak di permukaan lukisan itu juga turut terhenti.

Carl Que Alexander tersenyum sinis, pinggang isterinya dipeluk dari arah belakang dengan kedua belah tangan lalu dagu disangkutkan pada bahu kanan Nur Husna.

Tersedar dengan lukisannya yang telah pun dilihat Carl Que Alexander, menggelabah Nur Husna menutup lukisan tersebut dengan tapak tangannya. Tak dihiraukan pinggangnya yang dipeluk kemas itu.

"M-mana ada cantik." tersengih kekok dia bersuara, dikerling encik suami dengan ekor mata.

Carl Que Alexander mengerut dahi melihat tingkah laku Nur Husna yang menggelabah menutup lukisan tersebut.

Kepala disengetkan sedikit untuk melihat lukisan itu tetapi isterinya juga makin menghalang lukisan tersebut.

"Aku nak tengok, kau tutup buat apa? Tepi lah tangan tu."

Laju Nur Husna menggeleng dengan wajah kemerah-merahan, malu. Mungkin suaminya akan mengutuk lukisannya jika dia benarkan suaminya lihat.

"Tak payah lah.. Lukisan Husna buat ni tak cantik pun. Abang jangan lah tengok." sedikit berbisik dia bersuara.

Carl Que Alexander mengetap bibirnya lembut. Geram pula bila isterinya seakan tak mahu dia melihat lukisan itu.

Cantik je Nur Husna buat tapi apa yang tak kena sampai tak bagi dia tengok?

"Girl, baik kau buka bagi aku tengok sebelum aku patahkan tangan kau."

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now