🍁 - [24]

61K 2.6K 113
                                    

Nur Husna duduk di atas sofa dalam bilik mereka sambil melihat hasil lukisannya yang dibuat sebelum ini.

Matanya tertancap ke arah satu lukisan dimana dia sedang tertidur sambil bersandar di sofa diruang tamu.

Lantas bibirnya mengukir senyuman dengan wajah yang mula membahang malu.

Ianya dilukis oleh suaminya sendiri ketika hari dimana lukisannya telah dikotorkan oleh Carl Que Alexander.

"Abang! Habis lukisan Husna kotor.."

Carl Que Alexander terdiam sejenak. Wajah terpana Nur Husna dipandang bersilih-ganti dengan lukisan isterinya yang sudah kotor itu.

"Bukan aku buat, kau lah tak nak bagi aku tengok sangat. Padan muka!" dengan riak tak bersalahnya dia membalas.

Terkebil-kebil mata Nur Husna merenung wajah tak bersalah Carl Que Alexander, sedangkan suaminya yang merosakkan lukisannya itu.

"Tapi-"

"Shhh.. Aku tak salah okay, lukisan kau ni nanti kau buat balik. Settle "

Carl Que Alexander memegang bahu Nur Husna dengan kedua belah tangannya lalu tubuh kecil isterinya ditolak lembut hingga ke arah sofa di ruang tamu lalu didudukkan.

"Kau duduk diam-diam dekat sini, nanti aku datang balik."

Nur Husna memerhati susuk tubuh Carl Que Alexander yang berlalu pergi lalu dia merapatkan kedua belah lutut di dadanya.

Terkilan apabila lukisan yang dibuat mengambil masa yang lama musnah begitu saja.

Setengah jam berlalu, suaminya masih belum muncul. Nur Husna menyandar di sofa dengan mata yang mula memberat sebelum dia terlena disitu.

Carl Que Alexander tersengih sinis sebaik melihat isterinya terlena di atas sofa.

Dia sengaja membiarkan Nur Husna menunggunya kerana ingin menggantikan lukisan isterinya yang telah kotor itu tanpa pengetahuan Nur Husna.

Lalu, segala peralatan melukis diambil dan dia melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan isterinya.

Senyuman sinis terukir dibibir sebelum tangannya mula melukis figura Nur Husna yang sedang terlena itu.

Siapa tahu, dia juga berbakat dalam melukis tetapi tak ditunjukkan kerana sewaktu berada di Itali dulu.

Aressa merangkap anak saudara Andrew yang mengajarnya. Andrew; lelaki yang begitu banyak menolongnya.

Dua jam kemudian, lukisan yang dibuatnya siap dibuat.

Dia tersenyum puas melihat hasil lukisannya sebelum mengemaskan peralatan melukis tersebut.

"My girl.."

Tubuh kecil Nur Husna dicempung berhati-hati, tak mahu mengganggu lena isterinya lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

Setelah membaringkan Nur Husna, badan isterinya diselimutkan.

Lukisan yang dibuatnya sebentar tadi diletakkan di atas meja kecil dan juga sticky note bewarna merah yang tertulis 'I'm sorry, babygirl' sebagai tanda maafnya sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now