🍁 - [32]

49.2K 2.2K 159
                                    

Bob menuju ke arah seorang lelaki yang sedang bersorak sakan sambil bermain kad bersama beberapa orang lelaki

Bising bilik khas yang disediakan untuk mereka dalam kelab malam tersebut.

"Sam!"

Serta-merta sepi seketika suara mereka sambil menoleh memandang hairan ke arah Bob yang dengan selambanya mengambil tempat dibahagian tengah antara dua orang lelaki disitu.

Sam merenung Bob tajam. Yang lain pula hanya berdiam diri dan juga bersedia jika Bob ingin menyerang mereka.

Bukan mereka tak tahu tentang orang yang dihantar oleh bos mereka; Drake untuk menyerang Carl Que Alexander .

"Cakap atau aku tembak kau sekarang jugak." tutur Sam keras.

Bob tergelak kecil seakan tak terkesan langsung pistol yang dihalakan padanya.

Beg kulit bewarna hitam itu diletak perlahan ke atas meja lalu dia memandang wajah bengis Sam.

"Black nak kau. Amacam?" senyuman sinis diberikan pada lelaki itu.

Pistol diselit pada tepi pinggang setelah yakin yang Bob tak akan bertindak secara sembunyi. Kata-kata Bob cuba dihadam lalu dia mencebik sedikit.

"Aku tak nak. Kau blah sekarang!"

Kepala digeleng kecil, faham sangat dengan perangai Sam yang susah untuk dibawa berbincang itu. Zip beg kulit tersebut dibuka luas.

Lima pasang mata merenung isi di dalam beg itu dengan wajah terkejut. Ketulan duit yang tebal dan padat tersusun elok dalam beg tersebut.

Sam tersengih.

"10 ribu untuk sekarang." ujar Bob serius sambil memandang Sam.

Sam mengambil seketul duit yang setebal empat inci itu lalu ditilik seketika. Duit tersebut dicampak kepada salah seorang lelaki yang berada disebelah kiri Bob.

"Tak cukup. 10 ribu nak rasa apa? Pasir untuk tanam kau boleh lah kalau nak beli!"

Sam bersuara dingin, angkuh saja tingkahnya tanpa mempamerkan sebaramg emosi diwajahnya.

Nafas ditarik dalam, berhadapan dengan lelaki seangkuh Sam harus bertenang jika tak mahu mengeruhkan keadaan.

Beg kulit ditarik lalu duit yang berada digenggaman lelaki disebelahnya dirampas kasar.

"Sekarang 10K, kau dapat lagi 20K bila kerja kau settle. Black nak kau je, tapi kau tolak. Lantak lah!"

Bob berdiri lalu menutup zip beg tersebut dan melangkah kaki untuk keluar daripada bilik itu.

Sam meramas kasar rambutnya lalu dia memandang belakang tubuh Bob.

"Aku on!" laungnya kuat.

Bob tersengih sinis. Sam memang tak akan menolak punya lantas dia berpaling ke arah lelaki itu lalu beg berisi duit tersebut dilontar ke arah Sam dan dia berlalu pergi.

*

*

*

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now