Nur Husna mengemas bilik lelaki itu untuk menghilangkan bosan, dia berani untuk bebas di dalam rumah itu pun kerana lelaki tersebut membenarkannya.Boleh lah juga dia menghirup udara baru daripada terperangkap dalam bilik tersebut sepanjang masa.
Mengingati kembali perbualannya sebelum ini, dia terpaksa terima dan terpaksa juga menjadi isteri lelaki itu tak lama lagi sedangkan hati dia telah dikunci oleh seorang lelaki saja dan yang penting bukan lelaki yang menculiknya itu.
Nafas dihela kasar dengan airmata yang mula bergenang ditubir mata.
lBagaimana dia mahu meneruskan hidupnya dengan lelaki itu sedangkan dihati dia untuk orang lain.
Dia sendiri sudah letih memikirkan nasibnya selepas ini.
"Aunty. Nur tak nak duduk dengan dia. Nur nak balik. Nur tak nak kahwin dengan dia." hatinya merintih sayu beserta airmata yang mengalir di pipi.
"Hm.."
Nur Husna cepat-cepat mengesat airmatanya dengan belakang tapak tangan sebaik mendengar suara lelaki itu yang berada di atas katil.
Mengigau rupanya.
Lelaki tersebut yang nyenyak tidur dengan posisi meniarap dengan kedua belah tangan disisi badan dipandang lama.
Tak dinafikan, lelaki itu segak orangnya.
Wajah lelaki itu kebih tenang jika sedang tidur berbanding sebelum ini tapi dia sendiri tak tahu kenapa dia tetap takut dengan lelaki tersebut.
Kepala digeleng perlahan bila tersedar dia ralit merenung lelaki itu. Kerja yang tergendala tadi diteruskan kembali dengan harapan dia dapat hidup seperti orang lain. Bebas melakukan apa saja.
Secara tak sengaja, ketika dia ingin mengambil pakaian lelaki itu yang berada di atas lantai untuk dimasukkan ke dalam bakul, dahinya berkerut hairan bila terasa ada sesuatu di dalam poket seluar itu.
Nur Husna meletakkan bakul di sebelahnya lalu dia menyeluk tangan di dalam poket seluar lelaki tersebut, dikeluarkan apa yang berada dalam poket seluar tersebut dengan perasaan hairan.
Serta-merta mulutnya ditekup dengan sebelah tangan saat melihat objek yang berada ditangannya- yang jelas kepunyaan lelaki itu.
PISTOL.
Terketar-ketar tangannya memegang pistol tersebut dengan wajah berubah pucat, bukan itu saja malah terdapat beberapa butir peluru dan juga pisau yang berada dalam genggamannya.
Dia pantas mencampak benda tersebut ke atas lantai sambil berundur ke belakang. Terkejut dan takut. Dia dapat rasakan bahawa lelaki itu mungkin akan membunuhnya nanti.
Nur Husna menggigit bibir bawahnya, fikirannya mula memikirkan perkara negatif tentang apa yang lelaki itu ingin lakukan padanya.
Dia dibunuh? Diseksa? Dia tak pasti.
Lelaki yang terbaring diatas katil itu dipandang sekilas sebelum dia berlari keluar daripada bilik tersebut dengan keadaan ketakutan.
Dia harus keluar daripada rumah itu secepat yang mungkin sebelum lelaki itu sedar dari lenanya.
"Aunty, tolong Nur."
YOU ARE READING
Mr Killer's Girl |✔|
Lãng mạn[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] CARL QUE ALEXANDER & CARL HANS MIKAEL _______________...