Black menunduk dengan kedua belah tangan dikepal membentuk penumbuk. Fikirannya berserabut memikirkan apa yang dilakukan oleh Drake, tambah lagi bila melibatkan Carl Que Alexander."Cari Sam, bawak dia jumpa aku malam nanti. Tak boleh cara lembut, kau guna cara kasar." arahnya perlahan dan tegas.
Sam; lelaki itu saja yang boleh diharapkan waktu sekarang. Lelaki yang paling dibanggakan oleh anak buah Drake dengan ketangkasan yang dimilikinya.
Tika ini, walau sepatuh mana sekalipun, kepatuhan itu boleh dibeli. Jadi dia akan buat anak buah Drake berpaling tadah darinya.
"Budak tu takkan sujud dekat kaki kau kalau syurga dia tak ada. Kau ingat senang nak umpan Sam?" ujar Bob sambil tersenyum sinis.
Sebuah beg kulit hitam sederhana besar yang berada di salah satu peti besi yang tersembunyi di sebalik dinding batu itu diambil lalu Black memandang tajam ke arah Bob.
Beg kulit tersebut dihempas kasar ke atas meja yang berada ditengah-tengah mereka yang mengelilinginya.
Punggung dilabuhkan ke atas sofa lalu rokok dikeluarkan dan dikepit pada bibirnya.
"Dalam tu ada 10K. Dan tu untuk dia tunduk dekat kaki aku. Lagi 20K aku sumbat dalam mulut dia bila semua dah settle. Tak cukup? Nak aku tambah berapa ratus ribu lagi?"
Bob tergelak, anak buahnya yang lain hanya tersenyum sinis.
Black, duit bukan satu masalah baginya dan apa yang penting dia mesti lenyapkan Drake sebelum lelaki itu menambahkan lagi masalah selepas ini.
"Okay, aku tak rasa kau menyesal tabur duit kau dekat dia. Chau!"
Bob melangkah keluar diikuti beberapa orang lelaki dibelakangnya untuk menjalankan tugasnya. Dia hanya mengikut arahan.
Black menyalakan rokok dibibir, asap disedut dalam. Dia yakin Bob akan membawa Sam berjumpanya tak lama lagi.
"Game on." asap dihembus kasar seraya tersenyum senget.
*
*
*
Carl Hans Mikael melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut bersama dengan Bob dan anak buah Black.
Dia berdecit perlahan saat gegendang telinga diterjah dengan bunyi bising lagu yang diputar oleh DJ.
"Kau cari dia." arah Bob pada dua orang lelaki di sebelahnya.
Dua lelaki tersebut mengangguk sebelum berlalu pergi dan hilang disebalik manusia yang asyik dan khayal menari. Tak kurang juga yang terhuyung-hayang berjalan akibat mabuk.
Carl Hans Mikael menepuk bahu Bob perlahan sebelum menuju ke arah seorang gadis yang sedang meneguk arak sambil memerhati gelagat manusia di dalam kelab malam tersebut.
Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan gadis tersebut yang tersenyum menggoda sebaik melihatnya.
Carl Hans Mikael tersenyum pada gadis itu, mata dikenyitkan.
"Alone? Hm?" sapa Carl Hans Mikael dengan suara yang menggoda.
"Yeah. Macam yang you tengok lah. You can call me Lynn." bibir bawah digigit perlahan.
Carl Hans Mikael tersengih sinis. Jenis yang macam ni memang senang nak diumpan. Terpaksa lah dia kotorkan tangan menyentuh gadis disebelahnya itu.
"Lyn? Nice name."
Sebelah tangan perlahan melingkar dipinggang gadis itu sambil tersenyum menggoda merenung wajah cantik Lyn. Wajah dirapatkan pada wajah gadis itu.
"How about one night stand with me tonight?" bisiknya gemersik dan digigit lembut cuping telinga kanan gadis itu.
YOU ARE READING
Mr Killer's Girl |✔|
Romance[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] CARL QUE ALEXANDER & CARL HANS MIKAEL _______________...