🍁 - [37]

49.6K 2.1K 115
                                    

Cafe yang agak sunyi itu bising dengan suara empat orang lelaki itu yang sedang rancak berbual.

Masing-masing tak menghiraukan keadaan sekeliling memandangkan sesekali bertemu dan berkumpul.

Carl Ayden dan Zull hanya mendengar perbualan Fazz dan Carl Amsyar yang sesekali tergelak antara mereka.

Lelaki berdua itu memang tak sama dengan Carl Ayden dan Zull yang serius dan dingin sepanjang masa.

"Carl, kau ingat tak masa dia kena marah dengan mama dia pasal boxer tu? Halamak! Haha!"

Carl Amsyar mengangguk sambil ketawa kuat, merah padam wajahnya yang putih melepak itu mengingati Carl Ayden yang dimarahi Puan Sri Aisyah kerana boxer sendat yang dipakainya.

"Aku tak kisah lah yang tu, tapi ayat mama aku memang sakit perut kau tahu. Haha!"

Carl Ayden memandang tajam wajah Carl Amsyar dan Fazz yang sedang mengutuknya tanpa rasa bersalah itu.

Seolah-olah dia tak wujud pula dibuatnya. Zull pula tersengih sinis.

Fazz tak menghiraukan pandangan tajam Carl Ayden begitu juga Carl Amsyar yang hanya menayangkan wajah selamba.

Fazz merapatkan kerusinya ke meja lalu wajahnya di dekatkan sedikit ke wajah Carl Amsyar.

"Mama kau cakap apa?" sengaja Fazz bertanya dengan sengihan nakal dibibir.

Carl Amsyar berpura-pura serius sebelum turut merapatkan kerusinya ke meja.

Manakala Carl Ayden mengetap rahangnya kuat melihat dua orang lelaki itu yang jelas-jelas sedang memerlinya.

"Mama aku cakap- " wajah bengis abangnya dipandang sekilas sebelum menoleh ke arah Fazz.

"UNDERWEAR!!" kata mereka berdua serentak.

Berdekah-dekah Carl Amsyar dan Fazz ketawa sambil menepuk meja berkali-kali.

Zull yang tadinya serius turut tergelak sama kecuali Carl Ayden yang merenung mereka bertiga dengan pandangan membunuh.

"Dah habis dah? Tangan aku dah lama tak tumbuk muka orang." kata Carl Ayden sinis.

Air disispnya perlahan dengan wajah tak berperasaannya. Menyampah pula dengan Carl Amsyar dan Fazz.

Meja yang diduduki mereka agak tersorok jadi tak mengganggu pelanggan yang lain.

"Tak lah, masalahnya kau tu show off sangat. Apa barang tunjuk aset depan mak ayah. Tak gentle brader."

"Mana nak gentle kalau asyik berkepit dengan bini dia 24 jam. Aku tengok Zara tu pun tak boleh nak sorang diri sekejap."

Carl Amsyar mengangguk setuju. Zull menggeleng kepala kecil. Carl Amsyar memang suka menyakat, dari dulu lagi. Wajah adiknya dipandang sekilas.

"Kau tu Fazz, budak bawah umur. Umur dah sour 30 pun tak ada yang sangkut lagi. Apa tahu pasal gentle ke tak. Heh!" sinis Carl Ayden berkata, terselit sindiran.

Tersedak Fazz dengan perlian Carl Ayden. Dadanya diurut perlahan sambil memandang wajah tak berperasaan Carl Ayden. Carl Amsyar pula sudah mengekek ketawa.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now