Aressa tersenyum lebar melihat album yang memaparkan gambar perkahwinannya bersama Black sambil jari-jemarinya mengusap gambar tersebut.Majlis perkahwinan yang diadakan di Itali hanya ringkas dan dihadiri rakan seperniagaan bapa saudaranya; Andrew.
Dia bahagia berkongsi kehidupan dengan lelaki itu yang kini telah hampir setahun menjadi suaminya.
Dia akui, Black sememangnya ikhlas memperisterikannya tanpa mempedulikan masa lalunya.
Seketika, terimbas kembali saat Carl Que Alexander menghantar gambar anak lelaki yang kini melengkapkan ahli keluarga lelaki itu.Jauh disudut hati, dia juga ingin memiliki cahaya mata sendiri tetapi belum ada rezeki.
Getaran telefon bimbit miliknya menarik perhatian Aressa lalu dicapai gadjet tersebut yang berada di sebelahnya itu, sebaik melihat apa yang terpapar di skrin telefonnya.
Aressa tergelak kecil.
Beberapa keping gambar perkahwinan dan juga gambar yang diambil sewaktu mereka meluang waktu bersama dikeluarkan daripada album tersebut.
Sehelai kertas A4 bewarna putih juga yang turut disediakannya diambil.
Kini, di atas meja kecil yang terdapat di dalam bilik tidur mereka itu terdapat sehelai kertas A4, sebatang pen dan juga beberapa keping gambar yang dikeluarkannya sebentar tadi.
"I'm sorry husband." ujarnya perlahan.
Lantas, pen diambil lalu ditulisnya sesuatu di atas kertas tersebut. Setelah berpuas hati kertas tersebut dilipat dua.
Seterusnya, beberapa keping gambar yang yang diambil tadi dikoyaknya hingga menjadi cebisan kecil.
Dia tak perlu risau kerana gambar yang dikoyaknya itu adalah gambar salinan semula dan bukan dari gambar asalnya.
Aressa tersenyum sinis lalu cebisan gambar tersebut diletakkan bersebelahan dengan kertas yang terlipat dua itu.
Seketika, Aressa menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih sesuai sewaktu suaminya pulang nanti.
Dia segera melangkah keluar daripada biliknya dan menuju ke arah tempat yang sudah dirancangnya. Sempat ditutup lampu bilik dan juga ruang tamu rumahnya.
Sementara menanti Black pulang, dia menyediakan segala yang dirancangnya dan memastikan semuanya teratur.
Dan tepat pada waktunya apabila deruman enjin kereta milik Black didengarinya. Pantas Aressa menutup mulutnya untuk mengelakkan sebarang bunyi.
Black menolak perlahan pintu rumahnya dengan sebelah tangan bermain dengan kunci keretanya.
Dahi Black berkerut hairan saat hanya cahaya suram yang menerangi ruang tamu rumahnya. Pintu rumah ditutupnya rapat.
YOU ARE READING
Mr Killer's Girl |✔|
Romance[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] CARL QUE ALEXANDER & CARL HANS MIKAEL _______________...