Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak tunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.
Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu diapun terbang secepat kilat, tak sampai 10 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Korang nampak kampung kat seberang bukit itu?"
Yang dua ekor pontianak tu angguk,"Iya, nampak. "Satu kampung tu itu... habiissss aku kerjakan!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yang setengah abad tu pulak. Dia pergi sekejap jugak, tak sampai 5 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
"Korang nampak Bandar tu ?" katanya dengan muka yang kerek "Iya, nampak", yang dua angguk juga."Satu bandar itu juga habiiisss!!!", kata pontianak yang setengah abad sambil ketawa seram, "Ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang macam kilat. Punya lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai satu minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yang 2 ekor tu berkata,"Gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power."
Sambil menggosok gosok hidung nya pontianak tu pun berkata , "Korang nampak tembok batu tu?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu."
"Err... aku tak nampak tadi..."
YOU ARE READING
Koleksi Komedi Seram
HumorAmaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah anda!?? Kerana... Dalam seram ada lawaknya ? [ Highest rank #20 in Humor ]