Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang telah memperolehi sebuah patung yang disumpah.
Ceritanya pasal ada sorang budak pompuan ni memang tergila gilakan anak patung. Budak pompuan ni ada banyak koleksi anak patung kat bilik dia.
Satu hari, masa dia tengah jalan sorang-sorang dalam satu kedai ni, dia ternampaklah satu anak patung yang menarik minat dia. Budak pompuan ni seronok sebab dapat tambah koleksi anak patung. Tapi dia risau takut tak cukup duit.
"Berapa harga anak patung tu makcik?" Tanya budak pompuan ni kat makcik tua yang jaga kaunter tu
"Patung tu bukan untuk dijual" balas makcik tersebut
"Tapi patung ni cantik sangat" kata budak pompuan tu. "Saya betul-betul nak kan patung ni"
Makcik tua ni pon mula rasa menyampah. "Kan makcik dah kate patung tu bukan untuk dijual, tak paham ke?" Balas makcik tu dalam nada geram
"Tapi kenapa pulak?" Balas si gadis masih berdegil
"Sebab patung tu dah kena sumpah!"
"Hmm. Takpelah. Saya tak kisah"
"Makcik takkan jual pada kamu. Tapi kalau kamu dah berdegil sangat, hambiklahh. Ianya kamu punya. Tapi kalau terjadi apa-apa yang tak diingini, jangan salahkan makcik"
"Oh yess! Terima kasih makcik" balas si gadis. Dengan muka gembira, beliau terus memeluk anak patung tu dan berjalan keluar dari kedai tersebut.
Budak pompuan ni terlalu gembira sebab dapat patung tu secara percuma, sampaikan dia berlari pulang ke rumah dengan memeluk erat patung tersebut.
Bila budak pompuan ni sampai kat kawasan apartmentnya, dia terus masuk ke lobi. Masa dia berdiri menunggu lif, budak pompuan ni tengoklah sekeliling, sunyi sepi je. Takde orang pon.
Bila pintu lif terbuka, dia pon masuk sambil mengemaskan pelukannya pada patung barunya tu.
Pintu lif pon tertutup, tunggu punya tunggu. Lif tu masih tak bergerak.
Budak pompuan ni mula rasa cuak, sampai dia menggigil ketakutan.
"Alamakk!" Tetiba budak pompuan ni terpikir sendiri "Mungkin ke ni gegara sumpahan yang ada pada patung ni?"
Tiba-tiba budak ni rasa yang anak patung tu bergerak-gerak dalam pelukan dia.
Perlahan-lahan.. Kepala anak patung tu berpusing mengadap budak pompuan ni
Budak pompuan ni nak menjerit.. Tapi takde suara yang keluar dari mulut dia.
Tiba-tiba mata anak patung ni terbukak, terkelip-kelip dan merenung tajam kat budak pompuan tu.
Lepas tu, mulut patung tu terbukak dan bersuara
"Tekanlah butang tu kalau nak naik ke atas, bodohh !"
YOU ARE READING
Koleksi Komedi Seram
HumorAmaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah anda!?? Kerana... Dalam seram ada lawaknya ? [ Highest rank #20 in Humor ]