Mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang sangat suka membaca. Namanya Ali. Ali akan membaca semua buku yang diperolehinya dan ada satu kedai buku yang menjadi kegemarannya untuk meluangkan masa lapang dengan membaca.
Pada suatu hari, Ali sedar yang dia dah baca semua buku yang ada dalam kedai tersebut.
Lalu, Ali pon bertemu dengan pemilik kedai tu
"Pakcik, ada lagi tak buku lain yang boleh saya baca?" Tanya Ali
"Err. Ya, ada.. Ada" jawab pemilik kedai.
Dengan muka yang ketakutan, pakcik tu mencapai satu buku lama yang tersorok di belakang kaunter kedainya. Selesai menyapu habuk, pakcik tu pon tunjuk buku tersebut pada Ali.
Muka hadapan buku tersebut ada gambar muka yang sangat menakutkan dan bertajuk 'Buku Kematian'. Pakcik tu kata buku tu sangat susah untuk didapati.
"Berapa harganya?" Tanya Ali dengan tidak sabar-sabar
Pemilik tu berkata disebabkan buku tu sangat susah didapati ianya berharga RM2000. Tapi dia sanggup memberi diskaun dan menjual dengan harga RM199 sahaja.
Ali sanggup mengikat perut selama berminggu-minggu semata-mata untuk membeli buku tersebut.
Setelah duitnya cukup, Ali terus kembali ke kedai tersebut dan meletakkan semua duitnya di atas kaunter. Pakcik tu pon serahkan buku kematian tu kat Ali. Tapi masa Ali hendak meninggalkan kedai tu, pakcik tu sempat berpesan jangan sesekali bukak muka surat pertama buku tu.
Sampai je rumah, Ali terus bukak buku tu. Tapi dengan berhati-hati (siap tutup mata) memastikan yang dia tak terbaca muka surat pertama buku tu dan meneruskan bacaannya.
Dia menghabiskan sepanjang harinya dengan membaca buku tersebut. Buku tu agak menarik dan Ali berpuas hati dapat memiliki buku tersebut.
Tapi hari demi hari, Ali asyik terpikir-pikir mengenai isi kandungan di muka surat pertama buku tu.
Perasaan ingin tahunya membuak-buak sehingga akhirnya Ali memilih untuk membuka muka surat paling depan buku tu. Apabila Ali melihat isi kandungan muka surat pertama tu, tiba-tiba buku tersebut terlepas dari pegangannya gara-gara terkejut
Disitu, dengan dakwat hitam tebalnya tertulis
"Harga Runcit Dicadangkan : RM1.99"
YOU ARE READING
Koleksi Komedi Seram
UmorAmaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah anda!?? Kerana... Dalam seram ada lawaknya ? [ Highest rank #20 in Humor ]