Lubuk Pancing

987 75 0
                                    

Pada suatu hari ketika Pak Mat duduk bersembang dengan rakan-rakannya di kedai kopi, dorang dok sembanglah pasal hobi Pak Mat yang suka memancing.

"Wahh Mat, kau ni memang rajinkan gi mancing?" Kata Pak Din. "Tu la pasal, yang lagi hebatnya tak pernah tak bawak balik hasil pulak tu. Memang jaguh pancinglah dia ni" Sampuk Pak Ali. Yang lain hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Pak Ali. Pak Mat hanya tersenyum bangga.

"Wei Mat, share la tips sikit. Macam mana kau boleh selalu dapat hasil ni? Padahal selalu kita-kita gi mancing, tak penah nampak kau pon?" Soal Pak Abu

"Hmm. Tu sebab aku mancing kat lubuk hujung kampung tu." Kata Pak Mat

Rakan-rakannya kebanyakkan terkejut. "Serius ahh Mat? Kau pergi lubuk puaka hujung kampung tu?""Ramai orang tak berani pergi sana sejak dengar ada kes bunuh kat situ""Ada jugak dengar kata orang jumpa hantu air kat situ" kata rakan-rakannya

"Lubuk puaka?? Hahahaha. Mengarut je tu semua. Dah la aku nak balik. Gerak dulu ye" balas Pak Mat

Pak Mat tidak mengendahkan teguran rakan-rakannya agar tidak pergi lagi ke lubuk yang dikatakan berpuaka itu.

Hujung minggu tu, Pak Mat pergi lagi ke lubuk tersebut.

Sedang sedap memancing Pak Mat merasakan ada yang memerhatikan beliau. Pak Mat mula rasa tak sedap hati. Teringat kata-kata rakan-rakannya.

"Ahh, dorang sajalah tu dengki aku. Mentang-mentang hasil aku banyak" kata Pak Mat untuk menyedapkan hati.

Sedar tak sedar sudah hampir masuk waktu Maghrib sedangkan Pak Mat belum solat Asar. Punyalah kelam kabut Pak Mat bersiap nak balik.

Masa on the way nak balik, Pak Mat rasa tak sedap badan. Rasa berat macam ada orang berpaut kat bahu.

"Singgah surau depan tu kejaplah sebelum balik rumah. Kang tak sempat nak asar lak" kata Pak Mat dalam hati. "Aduhh, kenapa makin sakit bahu aku ni? Tadi elok je" Bebel Pak Mat sambil diurut bahunya perlahan

Sampai sahaja di surau tersebut, Pak Mat kelam kabut ingin menunaikan solat asarnya. Pak Mat melihat keliling, surau tersebut kosong tiada penghuni. Surau tersebut memang jarang digunakan sejak surau baru dibina. Pak Mat segera menunaikan solat asarnya.

Masa tengah solat, tetiba Pak Mat dengar bunyi tapak kaki di belakangnya. "Mungkin ada yang dah sampai untuk solat Maghrib nanti kot" kata Pak Mat dalam hati.

Pak Mat meneruskan solatnya walaupun terdengar bisikan-bisikan suara masa tu. Setiap kali rukuk, Pak Mat merasakan berat di bahunya semakin menjadi-jadi. Ketika itu juga terdengar hilaian tawa dibelakangnya. Walaupun perlahan, masih dapat didengar oleh Pak Mat. Masa tu dah rakaat ke-3.

Pak Mat dah berpeluh-peluh. "Baik aku cepat-cepat solat. Tak sanggup aku macam ni. Masa solat pon ada yang 'berani' kacau. Baik aku blah cepat" bisik hati Pak Mat

Masa rakaat akhir, bila rukuk. Bahu Pak Mat masih rasa berat sampai merah muka Pak Mat menahan rasa berat dan lenguh di bahunya itu. Ketika itu, hilaian tawa tu semakin menjadi-jadi. Selesai memberi salam, Pak Mat terus nak cabut. Sekali bila dia toleh belakang....Jeng jeng jengg








"Arghhhhh!!!" Jerit Pak Mat. Tengok-tengok je ramai orang kampung kat belakang surau tu semua tengah memandang Pak Mat

Terus berderai gelak tawa dorang tengok rupa Pak Mat yang pucat tak cukup darah tu.

Sekali Pak Mat tengok pada dirinya.

Laaa... Sekali lupa nak bukak helmet dahh... Helmetnya elok tergantung di leher. Patut rasa berat je tadi. Kehkehkehh

Koleksi Komedi SeramWhere stories live. Discover now