Satu malam yang gelap dan hujan, seorang lelaki yang sedang mabuk dalam perjalanan ke rumahnya dari pub. Dia mengambil keputusan untuk ambil short-cut untuk pulang ke rumahnya dengan melalui satu kawasan tanah perkuburan, tapi dia tidak melihat ke mana arah tujunya dan akhirnya secara tak sengaja terjatuh ke dalam lubang kubur yang terbuka
Dia cuba dan cuba untuk memanjat keluar namun tanah di sekeliling nya terlalu licin dan dia tidak dapat mencapai apa-apa untuk menarik dirinya keluar dan akhirnya asyik tergelincir masuk kembali. Setelah beberapa kali cubaannya gagal, dia pun menyerah kalah dan memutuskan untuk menghabiskan malamnya di dalam kubur tersebut.
Ketika dia duduk diam di situ, akhirnya dia pun tertidur. Tak lama kemudian, datang seorang lelaki dan terjatuh ke dalam lubang kubur yang sama. Lelaki tersebut melompat-lompat dan meracau mencuba semua yang dia fikirkan untuk mengeluarkan dirinya. Dia mula menjerit meminta tolong "Tolong! Tolong! Saya terjatuh ke dalam lubang kubur! Sesiapa di luar sana, tolonglah keluarkan saya!" jeritannya mengejutkan si pemabuk tadi
Si pemabuk tu pun menepuk bahu lelaki tu dan berkata, "Takde gunanya, kau tak boleh keluar dari sini"
Si lelaki tersebut terkejut. Dia menjerit ketakutan, melompat enam kaki ke atas dan terus berlari balik ke rumah
YOU ARE READING
Koleksi Komedi Seram
HumorAmaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah anda!?? Kerana... Dalam seram ada lawaknya ? [ Highest rank #20 in Humor ]