Dua Kepala

468 27 1
                                    

Suatu hari, seorang pemandu teksi menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tinggal di sebuah hotel di pusat bandar. Dia ingin dijemput dan dihantar ke lapangan terbang. Apabila pemandu teksi tersebut tiba di hotel, dia perlu menunggu lebih dari satu jam untuk lelaki tersebut keluar.

Bila penumpangnya keluar dari hotel, dia sedang membawa dua buah beg yang besar. Sebagai seorang yang peramah dan sentiasa bersedia untuk membantu, pemandu teksi tersebut pun keluar dan ingin membantu lelaki tersebut mengangkat begnya. Tapi sangat mengejutkan sebab lelaki tersebut menolak dan seboleh-bolehnya ingin memasukkan beg itu sendiri ke dalam bonet teksi tersebut.

Tak lama kemudian, pemandu teksi tersebut terhidu bau yang sangat busuk. Ianya berbau seperti bangkai yang mereput dan ianya datang daripada dalam beg tersebut. Bila dia masuk kembali ke dalam teksi, pemandu teksi tersebut perasan sesuatu yang aneh. Penumpang tersebut kelihatan sangat cuak dan asyik melihat ke arah belakang.

Pemandu teksi tersebut meneruskan perjalanannya ke arah lapangan terbang. Semasa dalam perjalanan, penumpang yang mencurigakan tu meminta pemandu teksi tersebut untuk berhenti di satu simpang untuk membuat panggilan telefon. Pemandu teksi tersebut hanya menurut dan menanti dengan sabra sementara penumpang tersebut keluar dan berlari ke arah public phone berdekatan.

Sepanjang dia duduk di dalam teksi, pemandu tersebut dapat hidu bau yang semakin menusuk hidung dari bonet teksinya. Tidak syak lagi bau seperti mayat hidup. Namun, penumpang yang cuak tu telah kembali dan masuk ke tempat duduk belakang teksinya. Pemandu tersebut melihat ke arah cermin pandang belakang dan dapat mengesan penumpang tersebut melihatnya dalam keadaan mencurigakan.

Pada masa mereka tiba di lapangan terbang, penumpang tersebut kelihatan sangat menggelabah dan berpeluh-peluh. Dia meminta pemandu teksi tersebut menunggunya di tempat parkingsebab dia risau yang dia telah terlepas penerbangannya. Kemudian, penumpang tersebut terus keluar dari teksi dan cepat-cepat beredar.

Pemandu teksi tersebut menunggu untuk beberapa minit apabila dia tiba-tiba baru tersedar yang penumpang tersebut telah lupa untuk mengambil begnya bersama. Beg-begnya masih ada di dalam bonet teksinya.

Bau yang datang daripada beg tersebut semakin kuat dan meloyakan tekak sehinggakan orang yang melalui teksi tersebut akan menutup hidung mereka. Pemandu tersebut kemudian tersedar yang penumpang misteri tersebut tak mungkin akan kembali dan mengambil keputusan untuk mencari tahu apa yang ada di dalam beg-beg tersebut.

Dia keluar dari teksinya dan membuka bonet, dia hampir pengsan apabila terhidu bau yang menusuk hidung tu. Dengan tangan menggeletar, dia membuka beg-beg tersebut, dan di dalam nya dia menjumpai sesuatu seperti kepala yang mereput dan membusuk....






...ianya sebiji kobis dan sebiji kobis bunga    

Koleksi Komedi SeramWhere stories live. Discover now