Kisah ni berlaku pada suatu malam.. Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang ni bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong.
Setibanya dorang di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India. Tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.
Mamat ni tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Padahal kereta tu baru jer beli. Orang kata masih bau kedai lagi.
Mamat ni ngan kawan dia pun tolaklah kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan mana tahu kot kot ada kenderaan yang lalu.
"Haihh. Time time ni lah ko nak rosak kan en kereta. Punya beriya ku tatang ko bagai minyak yg penuh, last last ko biar aku bermalam tepi jalan yg sunyi sepi ni. Dah la baru sebulan je pakai, bayar pon tak abis lagi tau. Ko dah buat perangai lak." Bebel si mamat ni.
"Weyhh beb. Fon ko ade signal tak?? Asal fon aku tetiba signal lost ni? Dah la takde orang lalu sini" Tanya kawan si mamat tu.Tiba-tiba dorang ternampak sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan padahal jarak bas tersebut dengan dorang tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tak jugak sampai-sampai.
Dorang menggigil ketakutan, mau taknya, bila bas tu dah dekat. Dorang tengokk... Bas tu tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri.
Dorang berpandangan sesame sendiri. Niat di hati nak lari tapi kaki dorang dah takleh gerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam!
Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta, kira memang dah sedia kalau pape nak jadi kat dorang..
Tiba-tiba.."Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang..."Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
YOU ARE READING
Koleksi Komedi Seram
HumorAmaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah anda!?? Kerana... Dalam seram ada lawaknya ? [ Highest rank #20 in Humor ]