Di dalam sebuah pekan kecil di Amerika, terdapat seorang gadis muda yang sangat cantik. Semua orang memuji-muji kecantikannya dan bersetuju bahawa dia merupakan gadis paling cantik di dalam pekan tersebut. Namun, semua orang sentiasa tertanya-tanya kenapa si gadis tersebut sentiasa memakai headphone. Walau ke mana pon si gadis pergi, dia tak pernah dilihat tanpa headphone nya di telinga
Satu hari, si gadis pergi ke kedai gunting rambut untuk menukar gaya rambutnya. Apabila si gadis duduk di kerusi, si tukang potong rambut meminta agar si gadis menanggalkan headphone nya. Namun, si gadis menolak dan berkata walau apa pun terjadi dia tak mungkin melakukan hal tersebut.
Tukang gunting rambut tersebut sangat terkejut, tapi masih meneruskan untuk memotong rambut si gadis. Dia terpaksa memotong dengan perlahan-lahan dan berhati-hati untuk mengelakkan daripada terpotong wayar headphone si gadis. Tukang gunting rambut tersebut mengambil masa yang sangat lama. Tidak berapa lama kemudian, si gadis pun terlelap.
Bila si tukang gunting rambut nampak je si gadis dah tertidur, dia pon dengan berhati-hatinya menanggalkan headphone tersebut dari telinga si gadis agar dapat memudahkan kerjanya.
Beberapa minit kemudian, si tukang gunting rambut menjeling ke arah cermin dan perasan yang muka si gadis telah bertukar kebiruan. Dia menekan nadi si gadis dan sedar yang si gadis telah meninggal dunia. Dia sangat ketakutan dan terus menelefon polis.
Sementara menunggu polis untuk tiba, dia teringatkan headphone tersebut. Dia mengambilnya dan memakainya untuk mengetahui apa yang si gadis selalu dengar.
Dia terdengar suara berulang kali berkata:
"Tarik nafas... Lepas... Tarik nafas... Lepas..."
YOU ARE READING
Koleksi Komedi Seram
MizahAmaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah anda!?? Kerana... Dalam seram ada lawaknya ? [ Highest rank #20 in Humor ]