Menceritakan mengenai Ahmad yang mempunyai sebuah syarikat perabot. Ahmad merupakan usahawan muda yang sedang meningkat naik namanya. Hasil kerja kerasnya, akhirnya Ahmad mendapat keuntungan yang besar dan beliau bercadang untuk membuka cawangan baru.
Oleh kerana kawasan yang dipilih Ahmad untuk membuka cawangan baru tu merupakan bandar yang sedang membangun pesat, ianya menyukarkan Ahmad untuk membeli bangunan untuk syarikatnya.
Setelah berusaha mencari selama berminggu lamanya, akhirnya Ahmad dapat membeli sebuah bangunan lama yang terletak di tengah bandar tersebut.
Akhirnya proses pengubahsuaian pon dimulakan.
Ketika kejadian, terdapat dua orang pekerja ditugaskan untuk membersihkan salah satu bilik di bangunan tersebut untuk dijadikan pantry.
Apabila mereka membuka pintu bilik tersebut, mereka ternampak satu almari berada di sudut bilik itu.
Setelah membersihkan kesan habuk yang berada di pintu tu, dorang pon bukaklah almari tu. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dalam almari tersebut terdapat satu rangka manusia dalam keadaan duduk mengerekot sedang memeluk lututnya dan telah diselubungi sarang labah-labah.
Mereka pon terus membuat keputusan untuk menelefon polis.
Apabila polis sampai dan menyiasat tempat kejadian, polis terus mengarahkan segala kerja pengubahsuaian diberhentikan sehingga siasatan selesai dan rangka tersebut dibawa untuk bedah siasat.
Hal ini merunsingkan Ahmad kerana menyebabkan urusan pembukaan cawangan terbarunya tergendala dan yang lebih merungsingkan, persoalan mengenai milik siapakah rangka tersebut dan bagaimana boleh ada dalam almari tu sentiasa berada di kotak fikiran Ahmad.
Setelah 3 hari, siasatan pon selesai.
"Jadi encik, milik siapakah rangka tersebut?" Tanya Ahmad kat pegawai polis yg bertugas
"Ianya merupakan seseorang yang penting" balas polis tu
"Adakah dia mangsa bunuh? Ke mangsa culik encik?" Tanya Ahmad lagi
"Taklah. Dia merupakan juara bagi pertandingan sembunyi-sembunyi peringkat kebangsaan tahun 1956"
YOU ARE READING
Koleksi Komedi Seram
HumorAmaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah anda!?? Kerana... Dalam seram ada lawaknya ? [ Highest rank #20 in Humor ]