Aku bersandar pada bangku hospital disediakan di sini. Mataku sibuk memerhati aktiviti manusia di sekeliling ku.
Hm,
Mataku dipejam lalu suatu keluhan muncul di bibirku, menunjukkan seperti aku letih, maybe.
Tanpaku sedar, suatu memori diputarkan.
( Flashback )
Park Hye Soo, seorang gadis yang dilahirkan keluarga yang kaya. Appa dan omma layanku bagaikan puteri mereka kerana aku seorang anak tunggal di dalam keluarga.
Dan pemikiran ku dikatakan matang juga. Itu appa dan omma sukakan ku.
Tetapi,
Suatu hari ketika itu,
Gelaran anak tunggal di dalam diriku dihapuskan oleh seseorang.
※
KRING!
Loceng berbunyi bertanda habis waktu tadika ku. Aku pun mengemaskan barang-barang ku di atas meja.
Setelah selesai, aku berjalan keluar dari situ. Kakiku cepat cepat mengejar mengikuti Cikgu Song di hadapan.
" Baik, kamu semua boleh main kat sini tapi jangan pergi jauh jauh tau! "
" Nae! "
Semua orang mula berlari ke arah permainan mereka. Ada yang pergi gelongsor, buaian, banyak lagi lah. Tapi aku lagi suka duduk di bangku.
" Hye Soo, "
Kepalaku dongak ke atas melihat siapa gerangan yang memanggil ku.
Ah,
Pemandu Lee.
" Mari balik, "
Kepalaku diangguk. Aku memandang Cikgu Song lalu dilambai kearahnya. Tidak tahu jika Cikgu Song perhatiku.
Cikgu Song memandangku dengan senyuman manisnya. Cikgu Song membalas lambaianku.
Aku tersenyum.
Tanganku dipegang erat oleh Pemandu Lee, risau jika aku diculik atau hilang.
Sampai di hadapan kereta, Pemandu Lee melepaskan tanganku lalu membuka pintu kereta bahagian belakang.
" Silakan masuk "
Bibirku mengukirkan senyuman pendek. Aku menanggalkan beg aku lalu masuk ke dalam kereta.
Pemandu Lee menutup pintu dengan sedikit kuat lalu berlari ke tempat pemandu.
" Hye Soo, jangan lupa pakai- "
" Saya baru nak pakai "
Aku tergelak kecil. Tanganku pantas menarik tali pinggang keledar lalu memakainya.
Pemandu Lee tersenyum sedikit kearah ku. Dengan pakai cermin mata hitam sekali, segak sungguh.
※
Perjalanan kerumah aku jauh sedikit, so aku termenung diluar sekejap.
Aku suka termenung, tabiat aku.
Sedangku termenung di luar, aku ternampak suatu figura di tepi jalan.
Aku tertanya, mengapa dia berdiri di tengah hujan?
Aku memegang kerusi tempat Pemandu Lee duduk.
" Pemandu Lee, berhenti sekejap "
Pemandu Lee memandangku sekilas lalu dipandang hadapan kembali.
YOU ARE READING
[ OG ] Promise ※ bbh
Fanfiction-Baekhyun fanfic Start ; 30 / 09 / 2017 End ; xx / xx / 20xx