11 ; Forced

64 13 0
                                    

Baekhyun POV

" M-Mianhae, Puan Park.. Mianhae. Baekhyun salah sebab bawak dia.. "

Bukan tu saja, aku juga melutut depan Puan Park.

Aku berasa bersalah terhadap Puan Park kerana Hye Soo telah diculik.

Menyesal kerana tidak menenami Hye Soo. Sepatutnya aku mengikuti nya tapi dia kata dia okey pergi sendiri.

Pabo, Baekhyun.

Puan Park tenung wajahku lama. Aku berasa sedikit takut, risau dia akan memarahiku.

" Takpe, Baekhyun. Bukan salah kamu. "

Aku memandang Puan Park. Puan Park tersenyum nipis padaku. Tangannya menarik badanku untuk berdiri dari melutut. Automatik badan aku berdiri perlahan-lahan.

" Mari, kita pergi ke balai tentang ni "

Aku mengangguk perlahan.

※※※

Hye Soo POV

Perlahan-lahan mataku dibuka. Aku melihat yang berada disekeliling aku.

Aku kat mana ni..

Apabila aku teringat kejadian yang aku diculik tu, aku melihat diri aku.

Tangan aku diikat di kerusi dituruti dengan kaki aku sekali. Aku cuba nak melepaskan diri tapi tak boleh, kuat ikatannya.

Apa aku hendak buat sekarang?

" Hye Soo.. Hye Soo "

Dengan sepantas kilat, aku mencari bayangan yang menyebut nama aku.

Mata aku terus dibesarkan.

Taeyeon?

" Terkejut aku kat sini? "

Taeyeon memegang kayu besbol yang berada di tangannya. Aku terus menjadi ketakutan.

Jangan kata yang dia mahu lakukan sesuatu pada aku.

Kenapa dia berada kat sini?

" Taeyeon, ini semua rancangan awak ke? "

Sempat lagi Taeyeon membelek belek jarinya yang cantik tu.

" Aku ada kata, kau kena berhati-hati dengan sekeliling kau. Tengok apa yang dah jadi? Kau diculik "

Aku menelan air liur ku. Perit sedikit.

" Lepaskan saya, Taeyeon "

Kepala Taeyeon ditoleh ke arahku. Taeyeon tersenyum mengejek padaku.

" Buat apa? Kalau aku lepaskan kau, kau mengadu pada Baekhyun yang aku culik kau, pastu aku disumbat masuk dalam penjara. Kau tak sayang adik kau ni? "

Kepala aku blank.

Taeyeon hanya adik tiri aku, bukan selebihnya. Tapi aku sayang nya.

" Kenapa Tae buat semua ni? "

Taeyeon mendekati ku, tidak lupa tangannya mempunyai kayu besbol jadi aku berhati hati sikit.

" Kau rampas Baekhyun aku, tahu tak? Baek hanya menyebelahi kau saja manakala aku dipandang hina padanya. Kemudian omma pula. Kau sihir mereka bukan? Jangan tipu pada aku lah, Park Hye Soo "

Sihir?

Apa benda dia merepek ni.

Aku tak nak lah jumpa bomoh bomoh bagai ni pastu sihir bagai kat Baekhyun dengan omma, tak penting pun.

[ OG ] Promise ※ bbh Where stories live. Discover now