Part 1

108 4 5
                                    

Ameera Safia melaung buat kesekian kalinya...
"Fatinnn cepatlah weyh aku dah lapar gila tunggu kau bersiap mengalahkam mak datin lah," rungut Ameera.

"Sabar cik meera oi aku tengah melilit shawl nih aduh kau ni support lah member nak melawa sikit "

"Banyaklah kau punya melawa dah nak dekat setengah jam aku menunggu kau nih boleh mati kebuluran aku" , sambung Ameera lagi.

"Ye ye aku datang nih" kata Fatin sambil turun tangga rumah sewa mereka yang dua tingkat itu. 'Jom gerak' kata Fatin lagi.

Mereka berdua pun bergerak meninggalkan perkarangan rumah untuk menuju ke restoran makanan thai yang berdekatan.

******************

Mateen tercungap-cungap menahan nafasnya yang sudah tidak keruan dek kerana berlari keliling padang sebagai salah satu senaman untuk menguatkan staminanya.

Sebagai seorang atlet dia sangat mementingkan kesihatan dan staminanya. Mempunyai rupa paras yang menarik dan badan yang tegap membuatkan dia menjadi kegilaan ramai wanita-wanita tetapi tidak dilayannya semua wanita itu.

Baginya dia hanya akan memberikan cintanya buat sesiapa yang boleh mencairkan hatinya yang keras terhadap cinta dan wanita.

Dia tidak akan membazirkan waktunya dan memberi komitmen yang lebih jika dia menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita.

Setelah beberapa ketika dia merehatkan diri, dia kembali bangun nak berlari anak ke arah rakan-rakan sepasukannya

Setelah selesai latihan bola sepaknya Firdhaus Mateen pulang ke rumahnya..

***********
Mateen melangkah longlai memasuki rumah agam milik keluarganya itu, siapa yang tidak mengenali keluarganya mempunyai syarikat pembinaan yang besar di Malaysia iaitu babanya Dato' Farid dan mamanya Datin Mariam.

Sedang mateen leka melangkah dia tiba-tiba terdengar namanya dipanggil bila dipalingkan wajahnya rupanya mamanya memangil untuk ke ruang tamu sebentar kerana ada hal yang hendak dibincangkan.

Mateen mengubah arahnya ke ruang tamu dan duduk di sofa berhadapan mama dan babanya.
"Ada apa mama dgn baba panggil mateen nih, mateen penat nih baru habis latihan bola sepak" keluh mateen.
"Baba nak tanya mateen nih, bila mateen nak ambil alih syarikat baba sepenuhnya? Baba nih dh tua mateen ingat anak dah besar boleh rehat2 sedikit di rumah" kata dato' Farid
Datin Mariam di sebelahnya hanya mengangguk setuju dgn kata-kata suaminya.

Mateen terdiam kelu, sedang memikirkan jawapan yang hendak diberitahu kepada babanya.

"Alah baba beri mateen sedikit masa lagi nnt mateen beritahu bila mateen dah ready okay, baba jangan risau mateen takkan hampakan harapan baba, buat apa baba hantar mateen belajar jauh-jauh hingga ke luar negara jika mateen tidak menyambung legasi baba" kata mateen .

Dato' Farid mengeluh sedikit dipandangnya wajah isterinya lalu menganguk perlahan
"Baiklah baba simpan janji kamu itu, ingat jangan mungkir janji "
"Ye baba mateen tau, nih mateen naik dulu nak mandi badan dah berpeluh-peluh macam kambing nih " kata mateen sambil tersengih.

***********
Hari ini Ameera bangun awal pagi seperti biasa dan sesudah sembahyang subuh dia turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan kerana hari ini dia dan Fatin akan pulang ke kampung halamannya selama berberapa hari kerana semalam adalah hari terakhirnya ke kolej dan hari ini bermula lah cuti semesternya selama dua bulan.

Sebelum dia turun ke bawah antara rutin wajibnya adalah mengejut kawannya yang satu itu selalu sangat bangun lambat ni mesti layan drama korea sampai pagi nih.

Dia cintaku..Where stories live. Discover now