Part 15

60 2 0
                                    

"Harini awak tak kerja ke? " soal meera.

"Tak saya masih cuti lagi ada baki tiga hari. Why? And btw bila awak masuk kelas balik? "

"Hm esok. Harini saya ingat nak layan drama korea puas-puas sebab lepas nih confirm tak dapat tengok" keluh meera dengan muka masamnya.

"Drama korea? Cis bukan Best pun. Pelakon dia semua buat plastik surgery buat apa tengok "

Pappp !!!! Meera memukul lengan mateen.

"Auchh sakitlah awak. Ya Allah bisanya tangan. Dah kenapa pukul saya? Tak takut dosa eah pukul suami? " .

"Tak, yang awak nak kutuk-kutuk Kdrama saya pehal? Tak nak tengok tak payah tengok. Jangan asik nak kritik jek" balas meera dengan sinis.

"Yelah-yelah... Menang amiklah awak... Pergilah bercinta dengan Kdrama awak tuh... Saya tak halang pun... Siapalah saya ni kan.. Tak penting pun dalam hidup awak... " mateen membuat ayat sedih.

"Tak payah nak buat ayat sedih sangatlah. Ada saya kesah"

"Saya nak join jugak pliss. Nanti saya masakkan maggie goreng dengan buat air sunquick sambil layan kdrama okay.. Pleasee " mateen. membuat muka comel. Saja dia nak join sekali. Nak tengok jugak sejauh mana bestnya kdrama tuh, boleh lawan ke hensem aku nih.

"Hmm yelah.... " .

"Nnt saya masak sedap-sedap untuk isteri tercinta okay hmm.. "

Meera membuat muka meluat apabila mendengar ayat "isteri tercinta" sungguh dia geli nak mati!!!!!

"Dah lah dari layan awak baik saya start masak maggie nanti awak jugak yang banyak bedal. Drama apa yang awak nak tengok nih? "

"Emm goblin.. "

"Apa blin..? "

"Goblin lah! G-O-B-L-I-N! Dah jangan banyak tanya jom tengok. Pergi masak maggie awak " meera menghala ke hadapan untuk memasang drama korea nya.

Mateen menghulur pinggan itu dan duduk di bersebelahan meera di sebuah sofa yang hanya boleh menempatkan dua orang. Ngam-ngam pulak tuh untuk mereka berdua.

Mereka berdua mula menonton drama goblin itu dengan senyap. Tiba-tiba..

"Eh awak kenapa goblin tu elok jek muka. Bukan selalunya goblin tuh hodoh ke? Warna hijau-hijau macam tuh kan? " soal mateen.

"Ntah" jawab meera pendek.

Suasana kembali senyap bila kedua-dua nya kembali fokus.

"HAHAHAHAHAHA kelakarlah goblin tuh sanggup dia pergi negara-negara lain nak cari bride dia " mateen ketawa berdekah-dekah tanpa mempedulikan meera di sebelahnya yang membuat muka geram.

"Awak nih dah kenapa! Apa yang lawak sangat! Ketawa cover lah sikit kacau ketenteraman orang betullah! Hish" marah meera.

"Ops sorry okay okay tak buat lagi"

"Hensem eak goblin nih tak sangka saya" .
"Tak hensem. Grim reaper lagi hensem" balas meera.

"Goblin lah"

"Grim reaper lah"

"Goblinnnnnn"

"Grim reaper!!!!!! "

"Goblin ish degil betul"

"Mateen lahhhh.. opss... masak aku" meera segera menutup mulutnya yang terlepas cakap.

"Apa... awak cakap tadi? Sapa yng hensem?.... " soal mateen dalam nada meleret. Sungguh berbunga-bunga hatinya sekarang nih.

"Aaa.. Aaaa xde papelah. Saya cuma yang em xde pape. Dah tengok jeklah diam-diam bising betul mengganggu ketenteraman. " balas meera.

"Fine.... "

Tiba-tiba
Sob.. Sob..

Tiba-tiba terdengar suara orang menangis. Meera cepat-cepat memalingkan mukanya untuk mencari gerangan yang menangis.

"Eah ni kenapa tiba-tiba nangis nih??? " soal meera.

"Sedihlah awak tak nampak ke yang goblin tuh nak tinggalkan bride dia. Kenapa?? Kenapa goblin tuh kene mati? Kesianlah bride dia nnt sorang-sorang lepasnih siapa nk lindungi dia lagi." bebel mateen

Meera menjulingkan bebola matanya ke atas. "Dah kenapalah emotional sangat drama jek kot. Tadi beria kutuk. Sekarang tengok sapa yg melebih " meera berkata dalam nada sinis.

"Biarlah, awak tuh hati batu. Mana ada perasaan sedih tengok cerita-cerita macam nih"

Pap!!! Meera menampar kuat lengan mateen.

"Auch sakitlah awak! Asal lah tangan tuh gatal sangat asik nak pukul orang jek ish dosa tau dosa"

Meera berura-ura untuk bangun naik ke bilik. Buat sakit hati jek tengok drama korea dengan Mamat nih.

"Eah awak nak pegi mana tuh? Drama ni belum habislah" soal mateen.

Meera berjalan selaju yang mungkin untuk naik ke bilik. Menghiraukan soalan mateen begitu sahaja. Buat apa layan. Buat sakit hati jek!

Akhirnya Mateen layan drama goblin sampai habis sorang-sorang. Sekejap ketawa. Sekejap menangis. Serupa orang gila dh mateen jadinya.

Mateen menggeliat kecil. Mana taknya seharian harinya harini dipenuhi dengan tengok drama korea. Abislah terpengaruh lah dia lepas nih. Bini yang minat, suami pun terjebak.

Mateen melangkah perlahan masuk ke bilik tidur. Bayang meera dicari namun tidak jumpa. Oh tidak mana meera pergi takkan merajuk sampai lari rumah. Baru dia teringat tentang kewujudan bilik belajar bersebelahan dengan bilik tidur.

Mateen membuka pintu perlahan-lahan untuk mengintai isterinya. Dilihatnya meera sejak asyik menaip di komputer ribanya. Entah apa yang ditaipnya dia pun tak tahu lah. Dibiarkan meera keseorangan di bilik itu malas mahu mengganggu dia kembali ke bilik tidur dan membaringkan badannya di atas katil dan tertidur.

Mateen tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Dia meraba-raba ruang bersebelahannya. Meera tiada di sisinya. Tidur kat mana isterinya itu. Terpisat-pisat dia bangun sambil menggosok matanya yang masih mamai. Dia menjeling sekilas jam dinding yang menunjukkan pukul 3 pagi.

Rupanya disebabkan keasyikan meera menaip semalam dia tertidur di atas meja belajarnya. Mateen mendekati meera perlahan-lahan kerana tidak ingin dia terjaga. Dengan berhati-hati dia menggendong tubuh meera yang tinggi lampai tuh ke katil mereka.

"Ahhh" tercungap-cungap mateen dibuatnya. Nasib dapat bini tinggi macam galah. Tak sia-sia pergi gym buat badan sabo dapat angkat bini kahkahkah!! (Pfft -'-)

Ketika dia juga ingin melelapkan mata dia baru teringat tentang laptop meera yang masih terpasang di bilik sebelah.

Dengan segera dia menuju kembali ke bilik belajar dan ketika dia ingin menekan button shut down matanya tertancap satu folder di deskstop meera yang menarik perhatiannya.

"How my adult life goes on (up and down) "

Mateen berfikir tak salah rasanya dia baca kerana dia ingin tahu tentang kisah hidup isterinya itu dengan lebih detail. Mungkin kandungan dalam folder tuh boleh merungkai segalanya.......

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia cintaku..Where stories live. Discover now