Perjalanan ke KL dirasakan begitu lama dengan suasana yang Agak kekok dan sunyi di dalam kereta yang hanya berteman celoteh dari Dj radio.
"Awak.... " meera memanggil mateen dalam nada meleret.
"Ye ada apa? " .
"Saya ada something nak bagitahu and i hope awak dapat terima seadanya"
"Apa dia? " soal mateen.
"Saya nak awak paham yang saya tak suka komitmen meaning to say saya belum bersedia untuk ada anak dan juga untuk ehemehem u know what i mean. Saya masih muda ,saya nak habiskan pelajaran saya dulu, capai cita-cita saya nak jadi peguam. Saya nak balas jasa mak abah saya lagi dan sejujurnya saya masih belum boleh terima kenyataan lagi tentang perkahwinan nih... Saya harap awak dapat bersabar dengan saya dan kalau awak tak sabar, awak boleh lepaskan saya, takpe saya redho sebab saya tau saya tak mampu nak puaskan awak, bahagiakan awak... " keluh meera.
Mateen yang sedang memandu seperti tergamam dengan kenyataan yang baru dikeluarkan meera sebentar tadi.
"Takpe saya faham. Jangan risau perkahwinan ni pun atas kehendak saya, saya tak nak awak rasa terbeban, saya akan cuba sabar semampu yang boleh. Dan saya nak awak tahu yang saya dah mula sayangkan awak dan saya akan cuba sehabis mungkin untuk buatkan awak jatuh cinta dengan saya" balas mateen sambil menghadiahkan senyuman tipis buat meera. Perit baginya untuk menerima semua ini.
Meera mengganguk perlahan.
Rumah sewa Fatin dan meera
"Fat, aku nak kau jaga diri baik2 okay, belajar masak jangan asik makan luar jek paham.. Rajinkan diri kemas rumah jangan nnt aku datang melawat tengok macam kapal terbang terhempas pulak. Kalau ada drama korea jangan lupa share dengan aku tau kita dah x serumah lagi tak dapat tengok sama-sama lagi... " kata meera sambil teresak-esak menangis mengenangkan yang dia tidak akan duduk serumah dengan Fatin lagi..
"Alah kau nih janganlah risau okay, dekat universiti kan kita jumpa bukan x jumpa langsung. Inshaallah aku jaga rumah baik2 jangan risau okay. Kau tuh layan suami baik-baik, jangan sampai aku dapat aduan kau dera dia HAHAHAHAHA " balas Fatin sambil ketawa terbahak-bahak.
Meera mengesat wajahnya yang penuh dengan sisa air mata. "Kau nih fatin jahatlah aku tengah sedih kau suka-suka pulak ketawakan aku. Dahlah aku nak bla kau kan tak suka aku kat rumah ni kan. "
"Meera aku gurau jeklah jangan amjk hati okay, aku sayang kau, muahhh"
Meera ke luar sambil membawa barang-barangnya yang hendak dibawa ke rumah mateen.
"Dah siap pack semua barang? " soal mateen.
"Dah.. " balas meera dalam nada dingin.
"Mateen jaga meera baik2 okay dia ni biasalah hati batu sikit, kepala batu pun ada dan dia sangat kuat merajuk diulangi kuat merajuk so harap dapat bertabah lah dengan dia ye hehehehe" kata Fatin
Meera dengan segera menyekeh kepala dengan kuat . "Tak guna punya kawan sampai hati kau bukak aib aku plak"
"Eah manade kita hanya memberi nasihat dan panduan buat cik suami awak HAHAHAHA"
Mateen yang melihat adegan dua sahabat tergeleng-geleng kepalanya.
"Dah lah awak jom gerak dah malam nih " meera mengganguk tanda membalas ya. "Bye Fatin anyeong"****
Setelah beberapa minit perjalanan untuk ke rumah mateen akhirnya mereka tiba di sebuah taman yang Agak eksklusif kerana mempunyai pengawal keselamatan yang menjaga di bahagian masuk kawasan perumahan tersebut.Mereka tiba di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat berwarna coklat, sungguh moden reka bentuk rumahnya. Terlopong mulut meera dibuatnya.
"Awa.. Awak.. Ni rumah awak ke? " soal meera tergagap-gagap.
"Tak lah, tapi nih rumah kita, rumah kita berdua. Saya nak kita cipta memori baharu kat rumah nih. Saya sebenarnya dah lama beli rumah ni saja untuk bakal isteri senang sikit duduk rumah sendiri ada privasi hahaha dan boleh berdikari. "
Meera mengganguk tanda paham sambil matanya tak habis2 melihat kawasan rumah tersebut.
"Jom masuk " ajak mateen.
Mereka berdua memasuki rumah tersebut dengan perasaan yang teruja.
Mateen membuka pintu untuk meera dan sungguh dia terkejut dengan dekorasi rumah itu. Di bahagian ruang tamu terdapat satu buah televisyen yang Agak besar mungkin dalam 50 inci dihiasi dengan perabot yang Agak moden berwarna ungu. Bersebelahan dengan televisyen terdapat satu bingkai besar gambar sewaktu persandingan mereka.
Meera terus menoleh ke arah mateen dan bertanya "awak ke yg deco rumah nih? "
"Haah cantik kan ? Well saya kan kreatif orangnya"
"Cis, diberi betis nak peha plak"
Meera terus menjelajah ke arah dapur, tempat kegemaran kerana dia sangat suka untuk memasak. "Wah cantiknya dapur nih"
Dapur yang dihiasi warna ungu dengan kabinet2 yang cantik dan mempunyai kaunter di tengah2 dapur untuk memudahkan meera menyediakan bahan masakan. Sesuai dengan cita rasa. Meera memandang ke arah mateen dengan senyuman yang sangat ikhlas "terima kasih untuk semua nih sungguh saya tak pernah mengharapkan semua nih dalam hidup saya"
"Sama-sama alah bukan untuk orang lain untuk isteri saya jugak. Saya dapat tau dari Fatin yang awak minat masak dan suka masak sebab tuh saya hias dapur ni cantik-cantik supaya untuk lagi teruja nak masak untuk saya nanti hahaha"
"Ish tak guna Fatin hehe btw thanks again"
"Dah jom kita pergi dekat tempat yang paling penting dalam rumah nih "
"Mana? ""Bilik tidur kita, tempat kita nak buat babies nanti... " kata mateen dalam nada meleret dan menggoda (lols)
Terasa darah menyerbu ke muka saat itu, merah padam muka meera saat mendengar ayat mateen sebenar tadi.
"HAHAHAHAHAHAHA awak saya gurau jekalah muka tak payah cuak sangat saya tau awak x sedia lagi adohai ni lawak lawak"
Meera membuat muka 'apakah? ' sambil menjeling mateen yang ketawa tidak henti-henti tuh.
"Dah jom" mateen menarik tangan meera untuk naik ke tingkat atas.
"Nah nih bilik kita. Amacam? "
"Awakkkkkk cantiknya ya Allah sumpah cantik gilaaaa. "
Sebuah katil king size yang nampak sangat empuk. Meja solek yang berwarna putih itu tampak sangat elegant. Bersebelahan dengan meja solek terdapat sebuah walk in close. Meera menuju ke arah walk in closet tersebut dan membuka sungguh dia teruja kerana sudah lama dia mengimpikn walk in closet seperti yang dia selalu dalam drama di TV itu.
"Awak.. ada satu lagi yang saya nak tunjuk nih jom.. "
Mereka bergerak ke bilik sebelah
"Nih bilik untuk awak siapkan assignment atau buat apa2 kerja awak" mateen menunjukkan sebuah bilik yang seperti sebuah pejabat. Terdapat mini perpustakaan di bahagian tepinya.
"Wahhhh terharunya terima kasih awak hehehe" tersengih-sengih meera dibuatnya.
"Tapi kenapa ada dua meja kat sini? "Soal meera.
"Satu meja awak, satu lagi saya punya. Sweet tak? Haha ingat awak sorang jek ke yang ada kerja saya pun ada kerja jugak" balas mateen.
"Ohh fineeee".
"Dah jom tidur" "okay" balas meera.
Mereka berjalan beriringan ke bilik tidur. Harini adalah hari yang sangat penat memandangkan mereka telah tempuh perjalanan yang agak jauh."Esok jeklah kita unpack okay" kata mateen.

YOU ARE READING
Dia cintaku..
RomanceKisah seorang wanita bernama Ameera Safia yang berperwatakan ganas dan kasar tetapi dalam diam mempunyai hati yang sangat rapuh dah lembut. Berlainan pula dengan Firdhaus Mateen , jejaka idaman Malaya yang menjadi pujaan bunga-bunga tetapi satu pun...