Aku terima nikahnya Ameera Safia binti Abdul Alim dengan mas kahwinnya RM 32.50.
Sah.. Sah...
Dengan sekali lafaz sahaja Ameera Safia sudah sah menjadi isteri Firdhaus Mateen.
Mateen melangkah ke arah meera yang sedang duduk bersimpuh dengan manis nya menyarungkan busana pengantin warna biru cair.
Meera yang sedang asyik memandang lantai kerana malu pantas mengangkat mukanya apabila ditegur oleh kedua ibunya untuk memberi laluan mateen menjalankan upacara pembatalan air wuduk. Fatin pula sudah tidak henti-henti menyakatnya sejak tadi. Katanya mateen prince charming lah apelah. Malas dilayannya minah masuk air nih. Laki aku tuh kot jangan nak kebas ye.
"Meera hulurkan jari tuh sayang" pinta datin mariam.
Meera menghulurkan jarinya dan Mateen dengan segera menyarungkan cincin belah rotan itu di jari manis meera. Dia memegang dagu meera dan mengangkatnya sedikit agar mata milik wanita itu merenungnya. Mateen pantas mencium dahi meera dan membisik "Saya akan bahagiakan awak sayang, saya akan putikkan cinta dalam diri awak terhadap saya. Terima kasih kerana terima saya dalam hidup awak" bisik mateen perlahan tetapi sangat jelas di telinga Ameera. Perlahan air mata jernih mengalir di pipi nya. Bukan air mata kesedihan tetapi air mata kebahagiaan.
Terdengar segala usikan saudara-mara di belakang yang sedang galak mengusik pengantin baru. Merah pipi meera dan mateen dibuatnya.
Sepanjang majlis berlangsung di hotel tangan mateen tidak pernah melepaskan tangan milik meera. Meera dapat merasakan secebis kebahagiaan yang ingin disampaikan oleh mateen.
Tiba-tiba pengacara majlis memberitahu akan ada satu persembahan khas dari pengantin lelaki. Dengan tidak semena-mena meera memandang pantas wajah mateen di sebelahnya dan tiba-tiba mateen mendekatkan wajah dan seperti hendak berbisik sesuatu "this is for u sayang"
Mateen bangun dan menghala ke arah tengah-tengah pentas pelamin mereka. Microphone diberikan kepada mateen dan alunan muzik mula berkemundang.
Hadirnya Dirimu
Ku Rasa bagaikan emas permata
Dirimu Wajahmu
Semakin Kian bermain di mindaHadirnya Dijiwa
Kurasa Sesuatu detik yang indah
Dirimu Oh sayangku
Mengajar Aku ertinya bercintaKu Rasa drimu
Bagaikan Permata bersinar
Ku Harap dirimu
Menjadi Milikku selamanyaSayang
Namamu Terukir di dada
Rindu
Padamu Sungguh ku terasaTiba-tiba meera terasa tangannya ditarik. Mateen menarik meera untuk bersama-sama dengannya di atas pentas.
Dengan tidak semena-mena mateen memulakan langkah tarian. Merah menyala muka meera. Mana taknya saudara-mara serta ahli keluarga sedang melihatnya menari. First time kut.
Mateen tersenyum-senyum melihat wajah meera yang sudah kemerahan tapi dipaksanya juga mukanya untuk senyum.
Selesai upacara nyanyian dan tarian . Pengacara majlis mengumumkan pengantin perempuan pula yang akan membuat persembahan. Terkejut beruk meera dibuatnya. "Bila masa pulak aku cakap aku nak perform nih"
Dilihatnya mateen sudah ketawa terbahak-bahak di sebelahnya "Ah sudah mesti Mamat nih yang suruh nih " duga meera.
"Pergi jeklah. For me please" rayu mateen. Mahu tidak mahu terpaksa diturutkan kerana para tetamu sudah memandang dia semacam.
"Lagu ni khas saya tujukan buat suami tercinta " kata meera. Tercinta ke? Entah lah hahaha.
ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku pikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatiku milik dia
bukan engkau seperti ku sangkamudahnya kau lepaskan kata-kata mu
terpikirkan tergores perasaan ku
yang selamanya mencinta sedikitpun tak berubah
kau memang sebegitu sajamemang salah diriku, tak peduli perasaanmu
yang seharusnya tahu tak lagi dihatiku
tak akan miliki cinta yang suci
kan kini dan hingga selamanyaku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannyaooh.. tolong maafkan aku
kudapati dirimu
huoo...ooTepukan gemuruh diberikan buat meera oleh para tetamu.
"Sedap suara dia" bisik mateen dalam hatinya. Sungguh dia menghayati bibit-bibit lirik yang disampaikan oleh meera. Sungguh mendalam maknanya.
Majlis persandingan berjalan lancar dan para tetamu sudah beransur-ansur pulang.
***
Tibalah malam yang sangat digeruni oleh semua pengatin baru. Tidak senang duduk meera dibuatnya.
Malam nih mereka tidur di Muar kediaman milik ibu bapa meera.Meera sudah berada di biliknya sejak petang tadi. Mateen pula duduk di ruang tamu sambil berbual dengan bapa mertuanya. Dia meminta izin untuk naik ke bilik dan menukar baju. "Abah, mateen naik bilik dulu ye ingat nak mandi tukar baju"
En Alim menganggukkan kepalanya. "Mateen naik atas nnt belah kanan tuh bilik meera" .
Mateen segera melangkah ke dapur. Ini kali pertamanya menjelajah rumah ibu bapa mertuanya. Sedikit sederhana besar dan dilihat dapurnya di renovate kerana Agak memanjang ke belakang.
Mateen memanjat tangga rumah itu. Sedikit sahaja tanggganya tidak seperti di rumahnya yang bertingkat-tingkat tuh. Bilik pula hanya ada dua di atas. Adik meera pula hanya duduk di bawah tangga kerana dia melihatkan ada katil bujang yang ditempatkan di bawah tangga tadi.
Dia menoleh dan membaca perkataan di pintu bilik itu. ' Ameera's room. My room is my privacy' . Mateen menggelengkan kepalanya "childish betul bini aku nih"
Tokk tokk tokk..
Ameera sudah gusar di dalam kerana mendengar ketukan dan suara mateen supaya memintanya membuka pintu.Dengan perlahan-lahan meera membuka pintu dan membenarkan mateen masuk ke dalam bilik bujangnya.
Mateen Agak terkejut dengan dekorasi bilik meera yang Agak kecil dan keperempuanan. Dinding bilik dicat dengan warna pink. Terdapat satu almari kecil, sebuah meja belajar, sebuah meja yang menempatkan kipas angin dan sebuah lagi meja yang menempatkan barang mekapnya.
Yang paling mengejutkan dia apabila hanya terdapat satu katil bujang sahaja. Kepalanya ligat memikirkan bagaimana dia mahu tidur malam nih.
"Awak tidur atas katil nih biar saya tidur dekat carpet tuh" ujar meera selepas melihat riak wajah mateen yang berubah selepas wajahnyanmelihat katil bujang itu.
"Eah tak payah ,biar saya jek yang tidur atas carpet. Awak tidur atas katil. Saya kan lelaki tak gentle lah biarkan perempuan tidur bawah "
"Hmm saya pergi mandi dululah dah berlengas badan nih "
Meera segera menyiapkan pakaian milik lelaki itu agar nanti takdelah dia tercari-cari lagi bajunya.
Selepas selesai mandi. Mateen menapak kembali ke bilik meera untuk memakai pakaian. Terkejut dia melihat bajunya sudah tersiap sedia di atas katil. Tersenyum dia. Entah kenapa dirasakan hatinya semakin hari semakin sayang terhadap wanita itu. Tapi mateen takut jika wanita itu tidak mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.
"Takpelah aku akan usahakan supaya suatu hari nanti dia cintakan aku" kata mateen berharap.
"Awak.....turun makan" jeritan meera dari bawah.
"Yeee... Nanti saya turun" balas mateen.Selesai makan meera dengan segera melangkah masuk bilik untuk tidur terlebih dahulu. Takut jugak dia kalau mateen tuh nak mintak emm emm tuh. Dia sejujurnya belum bersedia untuk ada apa-apa komitmen dek kerana masih belajar dan dia masih muda. Mungkin hajatnya itu akan disampaikan kepada mateen dalam masa yang terdekat nih. Tunggu masa yang sesuai.
YOU ARE READING
Dia cintaku..
RomanceKisah seorang wanita bernama Ameera Safia yang berperwatakan ganas dan kasar tetapi dalam diam mempunyai hati yang sangat rapuh dah lembut. Berlainan pula dengan Firdhaus Mateen , jejaka idaman Malaya yang menjadi pujaan bunga-bunga tetapi satu pun...