Mateen melangkah masuk ke dalam bilik meera. Kerana selepas makan malam tadi dia lihat meera terus masuk ke dalam bilik entah apa yang dibuatnya dia pun tak tahu lah.
Pintu bilik dikuak dan dia melihat meera sudah lena tertidur di atas katil berselubung dengan selimat sehingga ke paras leher.
Sejujurnya dia suka melihat wajah isterinya tanpa sebarang tudung di kepalanya. Walaupun rambutnya hanyalah separas leher tapi entahlah ayu jek dilihatnya.
Mateen mendekat isterinya yang sedang lena tidur. Dia mengusap lembut rambut isterinya. Tiba-tiba tangannya terselak selimut yang menyelaputi badan isterinya. Terkejut dia melihat isterinya tidak memakai baju tetapi hanya bra's nya yang kelihatan. Bergoncang nafsunya sekejap.
Inilah kali pertama dia melihat 'benda' alah tuh. Halal pula tuh. Masakan dia mahu melepaskan peluang. Tetapi ditahan dirinya kerana dia sedar meera belum sedia menerima dirinya sepenuh hati. Dia harus memberi peluang dan waktu kepada isterinya.
Tidak dinafikan setiap hari perasaan sayang terhadap isterinya itu bertambah tanpa dia sedar. Apa sahaja yang dilakukan oleh nya pasti akan manarik perhatian dia.
Dia akan berusaha untuk mengenali isterinya dengan lebih mendalam. Dia sedar banyak yang tidak tahu lagi tentang wanita yang bernama Ameera Safia itu.
Mateen mendekati meja belajar milik meera yang tersusun kemas tuh. Ditiliknya buku di atas meja belajar meera. "SEJARAH STPM"
"Dia amik stpm ke? So sekarang dia degree lah maknanya. Dia amik course ape eak ? Apesal lah aku tak pernah tanya kat dia nih aduhh apa punya suami lah aku nih " gumam mateen keseorangan.Dia beralih pula ke arah almari kecil di penghujung bilik. Dibukanya pintu almari tersebut. "Banyak baju kemeja jek. Baju kurung pun dua helai. Dress? Adelah dalam dua jugak. Kalau nak dibandingkan dengan baju aku jauh beza betul" .
Dibukanya pula laci almari tersebut. Laci pertama dibuka terbuntang matanya kerana laci itu dipenuh dengan bra dan panties milik meera. Cepat-cepat ditutupnya kembali.Laci kedua dibuka pula. "Makk oii banyaknya tudung dia. Dah boleh bukak kedai tudung" bebel mateen. Tahulah dia bahawa isterinya suka membeli tudung.
Usai membelek bilik isterinya. Dia menutup suis lampu bilik dan mula berbaring di atas karpet dan sudah tersedia bantal dan cadar untuknya.
Lama-kelamaan mateen pun hanyut dibuai mimpi.Ketika mateen sedang lena diulit mimpi. Dia terdengar suara tangisan seseorang. Dia bermimpi ke? Dilihatnya meera di atas katil sedang teresak-esak menangis . Cepat-cepat dia pergi ke arah isterinya itu.
"Awak kenapa nangis nih.. "
"Saya.... saya takut gelap... " makin kuat tangisan meera.
Mateen mendekati meera untuk memenangkannya. Dilihatnya tubuh meera sudah lecun dek berpeluh dan tubuhnya seperti mengigil ketakutan. Ape sebabnya dia sangat takut gelap? " soal mateen di dalam hatinya.
"Dah...dah awak tak payah takut. Saya ada dekat sini" ujar mateen.
"Awak baring dengan saya boleh? " mateen mengangguk.
Dia memula berbaring mengiring menghadap meera disebabkan katil itu hanyalah single bed terpaksa dia berhimpit.
Tanpa dia sedar tangan meera sudah berada di pinggangnya dan muka meera sudah berada di bahagian dadanya. Tiba-tiba entah kenapa jantungnya seperti berdegup kencang. Nafsu lelakinya bergelora ditambah dengan meera yang hanya memakai bra's memeluknya.
Mateen membalas pelukan meera dengan memeluknya kembali. Dia menepuk-nepuk belakang meera saperti menidurkan seorang bayi. Sehingga dia sendiri tertidur.
YOU ARE READING
Dia cintaku..
RomansaKisah seorang wanita bernama Ameera Safia yang berperwatakan ganas dan kasar tetapi dalam diam mempunyai hati yang sangat rapuh dah lembut. Berlainan pula dengan Firdhaus Mateen , jejaka idaman Malaya yang menjadi pujaan bunga-bunga tetapi satu pun...