Ameera sudah terkocoh-kocoh bersiap dek kerana terbangun lambat dikira hanya lelap sekejap ,bangun-sudah pukul 2 sudah lah dia kene masuk kerja pukul 3 ,nak tempuh jammed lagi keluh ameera.
Pedal minyak ditekan dan laju sahaja kereta bezza itu pecut di jalan raya. Jam sudah menunjukkan pukul 230 sempat lagi nak beli makanan nih , fikir ameera. Biasanya dia akan memasak dari rumah tapi disebabkan sudah terlewat terpaksa lah dia membeli di mana-mana food court yang ada .
Selesai memarking keretanya di underground park mid valley, dia sekilas mengerling jam tangannya sudah pukul 245. "Masaklah sempat ke tidak aku masuk kerja on time nih" berkata meera dalam hati.
Dia berlari-lari anak ke arah pintu masuk shopping mall itu. Dia melihat di sebelah kanannya terdapat kedai old town white coffee. " beli makanan kat sini jeklah mahal pun mahal lah dah tak sempat nih" kata meera kepada dirinya.Selesai membeli meera terkocoh-kocoh keluar dari kedai itu tanpa melihat kiri dan kanannya tiba-tiba....
Bushhh
Habis air mocca dan nasi lemak yang dibelinya sebentar tadi terkena di baju kerjanya. Tergamam sebentar meera dengan apa yang terjadi.
"Arggh sapa pulak yang aku langgar nih" rungut meera.
Meera mengangkat mukanya dengan berani untuk melihat gerangan orang yang sudah dilanggarnya atas kecuaian sendiri.
Tiba-tiba..
" oii kau tak nampak ke atau pun buta hah! Kau tengok apa yang kau dah kat baju aku? Kau tau tak yang aku ada appointment kejap lagi! Ingat baju aku ni murah ke ha! "Terkedu meera dengan sergahan yang diterimanya sebentar tadi. Ini tidak boleh jadi belum sempat dia meminta maaf dia sudah ditengking sebegitu rupa dikhalayak ramai.
"Hoii encik nama ntah apa, saya nih bukan sengaja nak langgar encik! Saya pun dah lambat nak pergi kerja! Apa encik ingat encik sorang jek ke yang kerja huh! Saya belum sempat minta maaf encik dah sergah saya tuduh saya melulu! Saya pun ada maruah lah encik! Encik ingat saya nak ke bende nih berlaku huh! " balas meera dengan suara yang Agak tinggi.
Mateen juga terkedu dengan tindak balas gadis dihadapanya ini. Entah kenapa hatinya rasa tertarik dengan wajah gadis ini. Baginya wajahnya tidaklah terlalu cantik sangat, kulit sawo matang tapi entahlah. Perasaan apakah ini?
"Huh ape pasal diam plak nih? " sergah meera.
"Aku nak kau ganti balik baju mahal aku yang kau dah tumpahkan air nih "balas mateen.
Ameera dah cuak " Alamak agaknya berapa ratus lah baju dia tuh. Masak lah aku, dah lah tengah pokai nih" rungut meera dalam hati.
"Hah asal diam? Tak mampu ke? " soal mateen.
"Baiklah bagi name card awak nnt kita jumpa lagi supaya boleh ganti rugi balik awak punya baju yang mahal tuh. Jangan ingat saya nak no. Telefon awak pula ye. Tak de masa saya nak pikat lelaki baran macam awak nih " kata meera lagi.
"Main kasar perempuan ni nampaknya" bisik mateen dalam hatinya.
"Nah kad saya ape2 contact nombor kat situ" kata mateen.
"Okay baiklah deal bye i got to go" kata meera lagi dan pergi meninggalkan mateen temangu disitu keseorangan.
************
Perjalanan pulang ke rumah yang dirasakan Agak lama berbanding biasa sambil mengenangkan hari malangnya hari ini. Sudah lah terlajak tidur, terpaksa beli makanan kat tempat mahal , lepastu terlanggar sape entah, tak sempat nak merasa makanan yang dibelinya dan dia terlambat masuk kerja menyebabkan gajinya dipotong. Huh sedih betul hidup aku hari ini! " keluh meera.Sesampainya di rumah, dia segera membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Dia berbaring di atas katilnya yang empuk itu dan ingin memejamkan matanya, lantas dia teringat tentang business card yang diberi oleh Mamat poyo tadi tuh.
" hmm Firdhaus Mateen bin Dato' Farid , As a Ceo of Sapura enterprise nice name and nice work. Anak datok and ada syarikat sendiri patutlah berlagak semacam jek. Erkk kalau anak datok mesti baju dia tuh mahal eiiii kenapalah!! Melayang duit aku lagi" jerit meera sambil meronta-ronta di atas katilnya.
******************
Kereta Audi R8 milik mateen sudah pun meluncur masuk ke garaj di rumah agamnya itu. Dia melangkah ke arah pintu utama dan terus ke bilik tidurnya kerana ingin melepaskan lelah selepas seharian bekerja.Ketika dia ingin membuka butang bajunya baru dia terperasan akan kesan kopi dan sambal nasi lemak di bajunya baru dia teringat tentang gadis berkulit sawo matang yang melanggarnya siang tadi .
" hmm agaknya bila dia nak call aku eak? "
"Kalau dia tak call macam mana? "
Baru mateen perasan akan dirinya yang ingin berjumpa dengan gadis itu lagi.
"Dah kenapa aku nih? Perempuan tuh biasa-biasa jek aku tengok tadi hmm.
Fikirannya kembali membayangkan gadis tadi yang Agak tinggi lampai lebih kurang sama tinggi dengan dia cuma mateen tinggi sikit, badan yang Agak berisi sedang-sedang lah, kulitnya sawo matang takdelah cerah mana tapi Agak manis dipandang. Ish dah kenapa aku nih sudah-sudah lah tuh mateen dia bukan siapa-siapa pun! Nama dia pun kau tak tahu " kata mateen kepada dirinya sendiri.***************
Ameera mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Sampai pening fatin dibuatnya. "Weyh kau dah kenapa pusing-pusing nih pening kepala aku tengok lah"marah fatin"Ishh bising lah kau aku tengah fikirkan something nih menyibuk jek layan jeklah drama korea kau tuh" marah meera , geram dia dengan fatin yang sibuk akan masalahnya.
"Nak call ke tak? Nak call ke tak? tanya meera kepada dirinya. Call jeklah cepat settle nanti"
Trut tut trutt tutt
Bunyi deringan iPhone 6 milik mateen berbunyi. Siapa yang call dia time- time macam nih. Dilihat skrin handphonenya tiada nama. Sape pulak nih ' rungut mateen. Ditekan punat hijau di telefon bimbitnya."Hello siapa di talian? " tanya mateen
" err ini firdhaus mateen ke?
"Ye saya, ada apa awak cari saya dan mana awak dpat number phone saya nih? "
" Ni saya lah yg semalam tertumpahkan kopi kat baju awak kan awak yang kasik saya business card awak tuh"
"Ohhh, so ada apa awal call saya nih? "
"Yang pasal ganti baju awak tuh can we meet today at the same place, are u free? So how? "
Mateen sudah tersenyum mengenangkan yang dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi. Gadis yang berjaya menarik perhatian dia.
"Boleh saya free today. Pukul berapa? "
"Pukul 2"
"Okay sure" balas mateen.
Talian dimatikan.

YOU ARE READING
Dia cintaku..
RomanceKisah seorang wanita bernama Ameera Safia yang berperwatakan ganas dan kasar tetapi dalam diam mempunyai hati yang sangat rapuh dah lembut. Berlainan pula dengan Firdhaus Mateen , jejaka idaman Malaya yang menjadi pujaan bunga-bunga tetapi satu pun...