Perjalanan untuk ke Muar mengambil masa tiga jam.....
"Ameera, mana satu jalan nak ke rumah awak nih.. " tanya mateen.
"Awak tegak sikit lepastuh belok kanan, then tegak lagi and belok kiri " terang meera. "Hah dah sampai rumah saya yang tuh, kecik jek rumah orang biasa-biasa " mateen menganggukkan kepalanya.
"Assalamualaikum mak, abah meera balik nih" meera memberi salam. "Awak jomlh masuk awak duduk dulu saya panggil mak abah"
Mateen duduk di sofa ruang tamunya. "Hmm kecil juga ruang tamu dia. Rasanya macam bilik air dalam bilik aku lagi besar rasanya " gumam mateen.
Puan Niza dan En Alim segera ke hadapan apabila diberitahu bahawa ameera membawa seorang teman.
Mateen menyalam kedua tangan orang tua meera dan memulakan bicaranya.
"Saya datang ke sini sebenarnya berhajat mak cik, pak cik " ujar mateen.
"Hajat ape tuh nak" soal En Alim.
"Saya nak melamar anak pak cik jadi suri dalam hidup saya"
Pn Niza dan En Alim Agak terkejut mendengar permintaan anak muda di hadapannya itu.
"Tapi kenapa tiba-tiba? Tak rasa mcm awal sangt ke nak? Sebab meera tuh masih belajar lagi " tambah Puan Niza pula.
Mateen menarik nafas dan mula menceritakan perihal tentang kejadian yang menimpa Ameera.
"Saya nak percepatkan perkahwinan ini supaya saya dpat melindungi meera mak cik pak cik. "
En Alim menarik nafas dan memandang wajah isterinya untuk meminta kepastian. Puan niza mengganguk tanda setuju.
Meera memberanikan dirinya untuk ke hadapan berhadapan dengan ibu bapanya.
"Meera setuju ke dengan cadangan mateen nak? " soal Pn Alim untuk meminta kepastian.
Meera mengganguk perlahan walaupun sebenarnya hatinya masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat.
"Baiklah mcm nih. Apa kata mateen minta ibu bapa mateen untuk datang merisik secara rasmi dan kita akan bincang perihal majlis secepat mungkin " kata En Alim.
En Alim yakin lelaki dihadapannya ini ikhlas untuk memperisterikan anaknya itu.
------
"Meera kita singgah rumah ibu bapa saya pulak ye" soal mateen.
"Okay, tapi saya takutlah awak. Mcm mana kalau parents awak tak dpat terima saya? Saya ni orang biasa-biasa jek" kata meera.
"Awak jangan risau. Saya kenal dengan parents saya, diaorang tak pentingkan status dan pangkat tapi mereka pentingkan hati seseorang " ameera mengganguk lega sedikit hatinya.
Kereta Audi R8 menggeluncur masuk ke dalam rumah agam itu. Terlopong sedikit mulut ameera melihat betapa besarnya rumah itu.
"Okay awak jom turun"
Dilihatnya seorang wanita pertengahan umur menjerit nama Mateen dan memeluknya. "Mateen pergi mana nak, dua hari tak balik rumah buat risau mama tahu tak" marah datin Mariam.
"Mateen ada hal lah mama, maaf tak sempat bagitau"
Mata datin Mariam tiba-tiba tertangkap seorang figura wanita bertudung tinggi lampai di belakang mateen.
"Mama ini mateen perkenalkan calon isteri mateen. "
Terkejut jugak datin Mariam dengan kata-kata anaknya sebentar tadi. Ditiliknya ameera atas bawah "not bad tinggi lampai, kulit sawo matang dan bertudung. Pandai mateen pilih calon isteri" kata datin mariam dalam hatinya.
"Nama siapa anak nih? " soal datin Mariam.
"Nama saya Ameera Safia" balas meera.
"Jumlah kita masuk dalam dulu, kat luar nih panas, kita perkenalkan meera dengan baba pulak. "
"Eah kenapa cepat sangat mateen? Tak rasa mcm tergesa-gesa ke nak buat majlis hujung bulan nih? Sempat ke nak buat preparation? " soal Datok Farid bertubi-tubi.
"Kami nak majlis yang sederhana jek baba. Tak payah grand sangat lagipun apa salahnya mempercepatkan benda yang baik kan . Parent meera ada beritahu yang mereka nak baba dengan mama untuk datang merisik meera dan bincang soal majlis secara rasmi" ujar mateen.
Datok Farid dan Datin Mariam mengganguk tanda setuju dengan anaknya itu.
Meera dilihatnya hanya diam tidak berkutik memandang lantai. Mungkin masih segan lagi gamaknya.
"Jomlah kita dinner dulu. Meera dinner dekat sini jeklah ye" ajak datin Mariam.
Meera lantas mengangkat wajahnya apabila terdengar namanya dipanggil.
"Meera nak makan ape jek? Biar mama masakkan khas untuk kamu" ujar datin Mariam.
"Eak takpelah datin tak payah susahkan datin"
"Eah apenih datin-datin. Panggil mama okay sebab kamu bakal jadi anak mama jugak "
"Ba.. baiklah ma.. mama" kata meera malu-malu.
"Apa kata malam nih biar meera yang masak" sambung meera lagi.
"Meera pandai masak ?" tanya datin Mariam.
Meera mengangguk tanda mengiyakan.Datin Mariam sengih ke arah mateen tanda dia setuju dengan pilihan anaknya itu. Mateen membalas sengihan ibunya dengan muka yang bangga dengan pilihannya.
"Okay lah mcm tuh meera masak, biar mama tolong jek" .
Mereka berdua pun segera ke dapur untuk memulakan operasi memasak makanan malam.
"Hmm sedapyal bakal menantu baba ni masak " puji dato farid.
Meera dilihat sudah malu-malu kucing apa dipuji bakal mertua.
"Takdelah biasa-biasa jek" balas meera. "
"Takdenya biasa-biasa bang, saya tengok kat dapur tadi terror sungguh meera masak, tak kekok langsung." tambah datin mariam.
"Meera sape yang ajar masak? ""Hah kadang tengok mak masak jek meera dh dpat tangkap. Lagipun meera duduk rumah sewa kene berdikari masak sendiri" ujar meera.

YOU ARE READING
Dia cintaku..
RomanceKisah seorang wanita bernama Ameera Safia yang berperwatakan ganas dan kasar tetapi dalam diam mempunyai hati yang sangat rapuh dah lembut. Berlainan pula dengan Firdhaus Mateen , jejaka idaman Malaya yang menjadi pujaan bunga-bunga tetapi satu pun...