Mid valley mall
Ameera melangkah masuk ke dalam old town white coffee dengan kasut tumit tingginya dan handbag ditangan. Baginya biarpun dia hanyalah seorang pelajar dan bekerja separuh masa dia tetap menginginkan penampilan yang kemas dan menarik.
Walaupun ameera dikurniakan badan yang tinggi lampai dia tetap ingin memakai high heels kerana baginya high heels mampu memberikan keyakinan diri buatnya.
Dia mencari meja yang Agak tersorok dari orang ramai. Dia duduk dan mengeluarkan bedak compactnya dan ditilik mukanya yang berkulit sawo matang itu.
"Hmm okaylah tak capuk sangat ". Meera memang suka melaram dan bermekap. impian nak jadi model lah katakan tapi tak kesampaian haha sedih bukan.
"Mana dia nih dah pukul berapa dah nih , sudah 15 minit tunggu aishh" rungut ameera.
--------
Mateen sudah terkocoh-kocoh masuk ke dalam mall itu. Sudahlah dia terlambat hendak berjumpa dengan gadis itu disebabkan terpaksa mengharungi jammed.
Mateen masuk ke dalam old town white coffee dan matanya meliar mencari susuk tubuh yang hendak dijumpanya.
Mateen menarik kerusi dan duduk di hadapan gadis itu.
"Hai sorry i'm late. Stuck with jammed just now " kata mateen.
"Hmm" jawab meera.Emm manis and nice. Ditiliknya wajah gadis dihadapannya itu. "Pandai dia mekap cantik pulak tuh walaupun dia tak cerah mana" bisik mateen dalam hatinya.
"Can i know your name miss..? "
"Ameera safia "
"Ohh nice name. Nama saya pulak firdhaus mateen and u can call mateen"
"Hmm" jawab meera dengan tidak acuh."So macam mana? Nak saya bayar cash atau nak saya bank in kan? " tanya meera.
Mateen dilihatnya seperti sedang berfikir apa yang hendak dijawabnya.
"Saya tak nak duit awak, saya nak awak ganti baju saya yang kotor semalam dengan baju yang sama, warna sama dan jenama yang sama "
"Hah? Gila ke apa? Awak ingat senang ke nak cari yang sama? " kata meera dengan muka yang tak puas hati.
"Take it or leave it. Kalau tak saya akan ambil tindakan. So how? "
Meera sudah merungut dalam hatinya. "Ish mentang-mentang orang kaya sesuka hati dia jek ugut aku"
"Fine bagi saya apa jenama baju awak tuh nanti saya cari""Tak nak saya nak sekarang! "
"What gila ke apa? "
"Ya memang saya gila so what! " kata mateen dengan muka tanpa perasaanya.
"Fine! Jom don't waste my precious time"
"Awak ingat masa awak sorang jek ke berharga huh " kata mateen lagi dengan senyuman yang sinis.Mereka berdua berlegar-legar di shopping mall itu.
Mata mateen terlihat kedai baju berjenama Armani.
"Awak saya nak beli baju kat situ" arah mateen sambil tangannya menarik tangan ameera tanpa sedar."Eah eah apa ni pegang-pegang bukan muhrim tau tak! " bentak meera apabila dia melihat tangan sedang dipegang oleh lelaki di sebelahnya.
"Oopss sorry tak perasanlah bukan sengaja pun "
Mereka memasuki kedai baju itu dan mateen mula memilih baju yang diingininya.
"Awak saya nak yang nih" kata mateen sambil menunjukkan baju kemeja berwarna krim itu ke arah mateen.
"Hmm" diambilnya baju tersebut dari tangan mateen.
Dilihatnya tanda harga baju tersebut.
Mak oi RM455.60. Ini gaji kerja part time aku sebulan nih. Pokai lah aku. " rungut meera dalam hatinya.
YOU ARE READING
Dia cintaku..
RomanceKisah seorang wanita bernama Ameera Safia yang berperwatakan ganas dan kasar tetapi dalam diam mempunyai hati yang sangat rapuh dah lembut. Berlainan pula dengan Firdhaus Mateen , jejaka idaman Malaya yang menjadi pujaan bunga-bunga tetapi satu pun...