Part 2

58 3 5
                                    

"Akak bangun mak panggil turun makan" laung Amir dari bawah

"Ye kejap lagi akak turun " balas ameera.

Dengan langkah yang malas ameera turun dengan longlai diambilnya tuala bersama dan turun untuk pergi ke bilik air membersihkan diri.

Setelah siap mandi dan berpakaian ameera turun ke bawah dan menghala ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh maknya.

"Wah mak masak telur sambal dengan daging masak kunyit, favourite meera!!! " laung meera

"Ya Allah meera jaga sikit adap tuh malu jiran dengar awak tuh dah lah anak dara" membebel Puan Niza lagi

"Oopss sorry " kata meera sambil tersengih.

"Berkkk kenyang, fuh sedapnya mak masak, lama tak rasa masakan mak" kata ameera .

"Yelah tuh awak nk bodek mak kan ingat mak tak tahu yang awak nak suruh mak masak sedap-sedap lagi esok kan " tergeleng kepala Puan niza mengenangkan anak daranya sorang tuh. 

"Hehehe macam tau tau jek mak kan"  kata ameera.

Ameera melangkah ke ruang tamu dimana menempatkan abahnya iaitu En Alim dan adiknya Amir. Dilihatnya abah sedang khusyuk menonton drama cina, buat yang tidak tahu abah meera memang seorang yang minat cerita cina tak kesahlah movie ataupun drama . Dah lah tuh tengok tanpa sari kata pulak, entah paham atau tidak agaknya. Amir pula sedang khusyuk dengan telefon bimbitnya entah apa yang Best sangat dengan telefon tuh pun tak tau lah. 

Puan niza sudah kedepan untuk bersama-sama dengan keluarganya

Ameera memulakan bicara hendak menyampaikan hajatnya tentang hari esok. 

"Mak abah esok meera nak keluar jalan-jalan dengan fatin eah dah lama tak jelajah muar " tanya meera dengan senyuman di bibirnya.

"Nnt lepas ni dah start kerja dah busy" sambung meera lagi.

Ameera sememangnya melakukan kerja separuh masa sejak dia menjejakkan kakinya ke bumi kuala Lumpur itu kerana baginya dengan dengan melakukan kerja part time tuh dapat memberi banyak pengalaman dan dapat menambah duit poket untuk tampung kehidupannya di sana. Tapi kena pandai-pandai lah bahagikan masa dengan waktu bekerja dan belajar. Jika tidak dua-dua tunggang terbalik hehe.

"Pergilah, tapi jangan balik lambat pula" jawab abah

"Yeayyy"

Ameera meminta izin untuk naik ke biliknya semula kerana dirasakan tiada apa yang menarik untuk ditonton di televisyen. 

Dia menghempaskan tubuhnya di katil dan membuka leptop kesayangannya.
" tengok drama korea lah hilang sikit bosan" kata meera. 

Ameera pun menonton drama korea sampai hanyut dibuai mimpi.

Tiba-tiba ameera terasa bunyi bergegar di bahagian bahunya. Terpisah-pisat dia membuka matanya untuk mencari apa yang mengganggu tidurnya itu. 

Ditenung telefon lenovonya itu dan tertera nama FATIN NAZIHAH COMEL disitu. Diangkatnya panggilan tersebut.
" Ameeraaaaaaaaaaaa bangunlahhh kata nak jalan-jalan pusing muar sekarang kau tengok dah pukul berapa" jerit fatin di telefonnya.

"Hah sekarang dah pukul berapa?? tergesa-gesa meera bangun dari katilnya dikerlingnya jam dinding bilinya menunjukkan sudah pukul 10 pagi, Alamak aku terlajak tidur. Tak pernah dibuat oleh meera dirinya bangun lambat. Kejap weyh aku siap kejap. Kejap lagi aku jemput kau okey." ditekannya punat merah di telefon bimbit miliknya.

Ameera dengan pantas membersihkan diri dan memakai pakaian yang sesuai. Diambilnya beg mekapnya dan dicalitkan segala yang ada di beg mekap miliknya ke mukanya yang berkulit sawo matangnya itu . Ameera memang seorang yang suka bermekap tetapi tidaklah selalu hanya kadang-kadang sahaja. Kerana dia seorang yang berjimat-cermat tentang mekapnya itu. Almaklumla barang mekap kan mahal. Membazir hehehe.

Setelah puas dengan rupanya di cermin dia bergegas mengambil beg tangan dan menuju ke kereta proton bezzanya itu. Ditekan pedal minyak dan bergerak menuju ke rumah fatin.

"Perghh sedapnya abc kat tanjung nih!!! " kata fatin dengan mulutnya yang penuh dengan ais abc itu.

"Ya Allah fatin kalau ye pun cover lah sikit kau nih buat malu aku lah " kata ameera secara berbisik.

"Hehehe sorry lah aku gembira sangat harini " kata fatin lagi.

-----
Selepas empat hari berlalu maka tibalah masanya untuk Ameera dan fatin pulang ke kuala lumpur kerana komitment kerja part time masing-masing.

Sayu hati ini nak meninggalkan mak dan abah . Rasa mcm tak cukup jek empat hari di muar nih.

Dicium tangan kedua ibu bapanya dan meminta izin untuk pulang ke kuala lumpur.

"Jaga diri baik-baik kat sana, kalau ada apa-apa hal call kak ina atau abang Aiman " pesan Abah.

"Yelah abah meera tau lah " jawab meera acuh tak acuh.

Kak ina dan Abang Aiman tu adalah pasangan yang baru sahaja bertunang beberapa bulan yang lepas dan bakal melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi. Kak ina adalah anak saudara mak. Dia sngat rapat dengn mak sejak kecil lagi. Dan aku pun rapat dengan dia mana taknya membesar bersama sejak kecil lagi. 

Kereta proton bezza yang meluncur di jalan membawa Ameera dan fatin telah selamat sampai di rumah sewa Ameera dan Fatin.

"Arghh lenguhnya badan aku " kata fatin.

"Eleyh aku yang drive kau yang lenguh pigidaaa " balas meera

"Pape jeklah bye aku nak tidur" balas fatin. 

Malam itu kami pun tidur dengan badan yang penat menempuh perjalanan selama 4 jam itu. 

***********
Pagi itu adalah hari pertama bagi Mateen bertugas di pejabat babanya itu sebagai CEO. Menjawat jawatan yang tinggi pada usia yang muda tersangatlah berat beban yang harus dipikul.

Tapi itulah tanggungjawab seorang yang bernama Firdhaus Mateen Bin Dato' Farid. Dia sudah tekad untuk meneruskan perniagaan babanya itu.

Pagi itu dia diperkenalkan oleh babanya kepada semua ahli lembaga syarikat itu. Nampaknya mereka semua bersetuju dengan cadangan baba untuk melantik dia sebagai CEO syarikat tersebut.

Selepas itu dia diperkenalkan dengan Nurin , Nurin dilihatnya seperti seorang yang bersopan santun dan lembut dengan pakaiannya yang Agak menutup aurat dan sopan. Sejuka mata sesiapa yang memandang. Nurin adalah PA kepada mateen selapas mateen mengambil alih tempat Dato' Farid. 

Mateen duduk termenung memandang meja kerjanya yang masih lagi kosong memandang hari ini adalah hari pertama kerjanya.

"Arghh bosannya duduk dalam office nih. Kan Best kalau aku dapat berlatih bola sepak dengan dorang hmm" rungut mateen.

Tok tok tok!!  Bunyi ketukan di pintu.
"Masukk" laung mateen dari dalam biliknya.

Terpacul Nurin di muka pintunya.
"Ada apa Nurin" tanya mateen

"Tuan mateen ada appointment dengan syarikat Regalis enterprise tengah hari kerana mereka ingin bertemu dan berbincang mengenai beberapa projek yang akan dijalankan bersama dengan syarikat kita " terang Nurin secara tenang dan jelas.

"Baiklah pukul berapa appointmentnya? " tanya mateen.

"Pukul 3 tuan di mid valley mall "

"Mid valley mall? Kenapa tak kat office jek? " tanya mateen.
"Dorang nak discuss secara unformal tuan di old town white coffee" terang Nurin lagi.

Dia cintaku..Where stories live. Discover now