Part 5

47 1 0
                                    

Di keheningan pagi subuh , rumah agam milik dato' Farid dan Datin Mariam sunyi sepi kerana semua penghuninya masih lagi dibuai mimpi .

Lalalalala lalalal mula-mula ku happy tiba-tiba dia sakitkan hatiku tak apalah terima kasihlah jadi kekasihku ~~~
Lagu Aisyah nyanyian projector band yang menjadi alarm song milik mateen berkumandang menandakan yang lelaki itu harus bangkit dari lenanya.

Hari ini mateen akan terbang ke Amsterdam atas urusan kerja , disana dia akan berurusan dengan sebuah syarikat antarabangsa untuk kobelerasi bersama syarikatnya.

"Arghhh ngantuknya " jerit mateen sambil menggeliat .

Selesai mengerjakan solat subuh dia bersiap-siap dengan beg rodanya dan turun ke bawah untuk bersarapan bersama ibu bapanya.

"Morning mama,morning baba !" sapa mateen .

"Morning too" jawab datok farid dan datin mariam serentak.

Datok farid memberi isyarat mata kepada datin Mariam untuk memberitahu mateen hajat mereka.

"Mateen mama nak tanya something nih boleh tak? " tanya datin Mariam.

"Ape ma? Tanya jeklah"

"Bila mateen nak kasik mama dengan baba menantu?"

Uhuk uhuk! Tersedak-sedak mateen yang sedang menjamah nasi lemak itu dengan soalan mamanya.

"Ape mama nih pepagi dah buat mateen tercekik" marah mateen.
"Nantilah ma kalau dah jumpa yang sesuai mateen bawak jumpa mama ye "

"Mama kalau boleh nak secepat mungkin mateen. Baba dengan mama nih dah tua nak juga merasa ada menantu dengan cucu macam orang lain"

" betul cakap mama tuh, baba jeles tau tengok kawan-kawan baba semua main dengan cucu " sampuk datok farid.

"Ye ma , ba, kalau ada jodoh tak kemana kan, inshaallah satu hari nanti mateen bawak balik suri hati mateen ye" janji mateen.

"Mateen gerak dulu ,karang lambat naik flight pulak.

Mateen memilih flight first class untuknya agar selesa sepanjang perjalanannya selama 12 jam itu.

---------
Nayli Batrisya namanya sudah cukup untuk membayangkan tuan punya badan.

Seorang pramugari yang paling cantik, tinggi lampai dan putih melepak. Segalanya cukup sempurna di badannya. Dia menjadi staf kegemaran kepada bos bos atasan dek kerana pakejnya yang lengkap itu.

Jadi dia hanya ditempatkan di bahagian flight first class. Kecantikannya tidak setanding dengan pramugari - pramugari yang lain.

Ketika nayli sedang menjalankan tugasnya matanya tiba-tiba terpandang seorang jejaka yang menarik minatnya iaitu firdhaus mateen.

Entah kenapa hatinya tiba-tiba menyuruhnya untuk memikat jejaka itu. Dia berura-ura untuk merancang sesuatu supaya dia dapat mendekati lelaki itu.

Itulah perangai nayli Batrisya yang sebenarnya. Sungguhpun dirinya sudah cukup lengkap pakejnya dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika dia menginginkan sesuatu dia pasti akan cuba sehabis baik berusaha mendapatkan.

Lagi-lagi kebanyakan penumpang first class nih adalah daripada golongan kaya dan berharta. Itu yang menarik minat nayli batrisya.

"Tuan ada yang saya boleh bantu? " tanya nayli kepada mateen.

"Hmm takde ape-ape ,if i want anything then i will u call u later" kata mateen tanpa memandang langsung ke arah muka nayli.

Bengang sungguh nayli tawarannya tidak layan langsung oleh lelaki. Dia hanya fokus kepada telefon bimbitnya sahaja. Tak boleh jadi nih! Dia harus merancang perkara lain.

Entah kenapa tiba-tiba perut mateen meragam. " ini mesti sebab makan sambal nasi lemak pagi tadi" rungut mateen. Dia memang seorang yang tidak tahan pedas tapi dibedalnya jugak.

Nayli yang sedang memerhatikan mateen dari jauh sepertinya sedang ligat memikirkan apa yang harus dirancang untuk mendapatkan nombor telefon lelaki itu.

Ketika mateen sedang tergesa-gesa bangun untuk ke tandas melepaskan hajat, dengan tidak semena-mena dia terlanggar seseorang hingga menyebabkan orang itu jaduh terduduk di hadapannya.

"Auchhh" jerit nayli yang sepertinya sedang menahan kesakitan yang berpura-pura.

"Eh sorry saya tak sengaja terlanggar cik" kata mateen dengan mukanya yang serba salah kerana kecuaiannya menyebabkan staf syarikat airplanes itu terjatuh.

"Em saya rasa kaki saya terseliuh boleh awak tolong saya" pinta nayli dengan mukanya yang sedang mengerang kesakitan. Tetapi dia hanyalah berpura-pura untuk mendapatkan perhatian lelaki itu.

Mateen membantu gadis itu untuk berdiri semula. " seems like this is my fault so here is my card, i think ur sprain sprinkle a little bit. Go to the clinic and u can call me untuk tuntut bayaran perubatan. I need to go now . Excuse me please "

Nayli senyum kemenangan akhirnya rancangannya berjaya untuk mendapatkan sedikit info perihal lelaki tersebut.

Hanya tinggal beberapa jam sebelum flight yang membawa mateen itu akan mendarat di bumi Amsterdam.

-----------------

Harini seperti biasa rutin Ameera sepanjang cuti semnya adalah bekerja . Walaupun dia hanya pekerja sambilan tetapi dia lebih cekap berbanding pekerja-pekerja lain di butik H&M tersebut kerana dia sudah bekerja di situ sudah hampir 2 tahun setengah sejak dia menyambung degreenya di Kuala Lumpur.

Jam tepat menunjukkan pukul 4 petang dan shiftnya sudah habis. Dia menghayun langkah keluar dari butik H&M dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari handbegnya yang berjenama bonia tersebut.

Dia menaip nama Fatin dan segera membuat panggilan. "Weyh fatin jom window shopping dekat mall nih aku belanja dinner sekali" ajak meera

"Hm okay no problem sekejap lagi aku sampai kau tunggu lah kat mana-mana " balas fatin.

Setelah 10 minit berlalu...

Fatin berlari-lari anak ke arah Ameera yang sedang duduk di bangku mall tersebut.

"Let's go , kau nak shopping ape jek? " tanya fatin.
"Aku ingat nak cari tudung sikit. Aku bosanlah asyik pakai tudung yang sama jek" rungut meera.

Fatin menggelengkan kepalanya beberapa kali, masak sangat dengan perangai meera yang boros tuh.

"Meera kita dinner dekat mamak jeklah eak sebab aku teringin nak makan mee goreng mamak lah. "

"Okay jom aku on jek! Sedapnya dapat makan nasi kandar" kata meera sambil kepalanya ligat membayangkan keenakan nasi kandar.

Selesai memesan makanan mereka duduk di meja bersebelahan dengan tiang kedai mamak itu.

Fatin memulakan perbualan dengan bertanya tentang sem baru yang akan mereka tempuh nanti.

"Nanti naik sem nih kita dah last semester, macam tak caye jek kan. Rasa mcm baru semalam jek aku jejakkan kaki kat sini dengan kau "

"Kann aku pun, segala penat lelah pahit getir dugaan yang mendatang fuhh ayat hahaha. Akhirnya kita tinggal selangkah lagi nak berjaya. Nanti graduate aku nak prepare mcm2 buat kenang-kenangan "

"Aku no hal jek, on sentiasa. Cannot wait lahhhhh" kata fatin dengan girangnya.

Mereka menikmati makan malam mereka dan segera pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Dia cintaku..Where stories live. Discover now