Bab 1

177 14 3
                                    

Sebuah mesin mengeluarkan laser yang dipancarkan di atas telapak tangan. Ia menghasilkan jenis corak bunga spiral yang kompleks lagi cantik. Beberapa saat kemudian, timbul kesan-kesan warna inai di atas telapak tangan itu.

"Cantiknya." Ara memuji sambil melihat Henna yang baru sahaja siap dilukis.

"Nak tengok Ara!"

Kawan-kawannya melihat penuh rasa teruja lantas keluar puji-pujian yang melambung.

"Dah lah cantik, tinggi lampai, cerdik pula tu... Perfect lah Ara ni."

"Tengoklah Mama dia macam mana..." Mama Ara menyampuk dari jauh berjalan menuju ke arah dulang-dulang hantaran yang tersusun berdekatan pelamin . Datin Melia dari tadi membelek dulang-dulang hantaran itu bersama kakaknya.

"Ish. Tak lah. Kalau cantik dah lama kahwin dulu macam kau orang semua." balas Ara separa sarkastik. Melihat dari segi umur, arah hampir lewat 20-an.

Salah seorang kawannya bertanya, "nervous tak Ara?"

"Humph. Tak pun," jawab Ara wajah bersahaja tapi perasaan sebenar di dalam hatinya berdebar-debar. Giliran Ara pula bertanya, "eee... scary tak first night? Mesti sakit kan?"

Eeeee.... Majoriti di situ membuat bunyi seperti rasa jijik. Kemudian, mereka ketawa berdekah-dekah. Tiada seorang pun yang mahu berkongsi pengalaman itu. Seorang daripada mereka terus menepuk peha Ara, " rasalah sendiri."

Gulp! Ara menelan anak tekaknya.

Pada masa yang sama, Ara bertukar pandangan. Dia melihat Datin Melia tekun menghiasi dulang-dulangnya. Dia turun dari pelamin dan menuju ke arah Mamanya.

Ara memicit-micit bahu Datin Melia dan berkata, " dah lah Mama. Sikit-sikit je cukup. Dari tadi belek benda ni".

"Itulah Ara. Mama excited lebih. Akhirnya anak Mama dipinang orang," jawab Datin Melia sambil menekan satu butang di dulang itu. Kemudian, hiasan di atas dulang terapung dan berpusing secara perlahan-lahan.

Ara memeluk si Mama daripada belakang. "Everything you do, it will turn to be so good".

Datin Melia memegang pergelangan tangan Ara dan berkata, "Mama nak tengok anak Mama bahagia. That's it".

Ara tersenyum manis. " ok Mama. Ara nak jumpa Papa Joe kejap. Papa dekat mana?"

"Entah. Tadi dia ada datang jumpa Mama, kemudian dia keluar balik. Dia kata ada hal sekejap. Dia pergi mana Kak?"

"Biasalah Melia oi, bakal bapak mertua Ara-kan yang jaga bulan dan bintang".

"Macam-macamlah kau".

Baru menyebut namanya, Papa Joe datang memberi salam dan perlahan-lahan berjalan ke arah Ara. Raut wajahnya jelas kelihatan seperti rasa kecewa yang teramat dalam. Perasaan Ara turut berubah seperti ada aura yang negatif menyelebungi di sekeliling rumah itu.

"Ara..." panggil Papa Joe sambil menghulurkan tablet kepada Ara.

Ara membuka pautan skrin tablet yang diberi oleh Papa Joe tadi.

Pada paparan itu, ada gambar Riez iaitu bakal suami Ara dan kenyataan rasmi daripada Kerajaan dan Agensi Angkasa Negara.

◊◊◊◊◊

"Maafkan saya Ara," pinta Riez bernada sayu. Tak sanggup rasanya menatap wajah kekasih yang penuh rasa kecewa. Dia cuba mencapai tangan Ara tetapi Ara cepat-cepat sorok di belakang badannya.

"Sorry Riez. Awak tak boleh pegang saya lagi,"

"I know... and I wish".

"Lagipun ini impian awak untuk ke 'sana'."

"Ya Ara. Tak sangka secepat ini. Mereka bagi tahu, penamaan calon dua tahun lagi. Saya nak kita hidup bersama dan membina keluarga. I want to be with you... forever".

"Tak apalah Riez. Mungkin belum jodoh kita lagi. I know who you are. Prepare yourself. Jadi Kapten yang disegani ramai. Tak semua orang dapat pergi ke 'sana'."

"Thank you sayang." Riez melemparkan senyuman demi menutup rasa bersalahnya kerana perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan. Sepatutnya mereka menikah pada hari ini.

◊◊◊◊◊

Hampir semua sanak-saudara dan ahli keluarga Ara dan Riez menanti di dalam bilik kaca menyaksikan roket yang akan berlepas tidak lama lagi. Di skrin digital pula, ada paparan yang menghitung detik-detik pelepasan roket itu.

"Sabarlah Ara...," pujuk Datin Melia sambil mengusap-usap bahu Ara. Sewaktu itu, Ara diam membatu tidak menunjuk sebarang reaksi tetapi di dalam sanubari bagai meraung kesedihan. Basah hatinya mengenangkan dia tak dapat berkahwin lagi. Segala persiapan dah buat, tangan pun masih merah berinai.

Papa Joe datang dari arah belakang dan menjelaskan perkara itu.

"Kapten Bumiraya dilucutkan jawatan serta-merta sebab melanggar Perlembagaan Cakerawala. Riez adalah calon yang paling baik prestasinya dan Agensi Angkasa Negara tak teragak melantik dia. Maafkan Papa. Papa tak ada kuasa untuk menolak penamaan calon tu."

Setiap negara mempunyai Kapal Angkasa sendiri. Ia adalah lambang kemajuan sains dan teknologi. Fungsinya adalah untuk pengkajian alam semesta dan pembangunan ilmu astronomi. Tambahan ia adalah lambang kekayaan sesebuah negara.

"Rezeki berpihak pada Riez dan itu yang dia kejar selama ini," tambah Datin Melia.

Pada kiraan detik ke sepuluh sehingga ke sifar, Ara kehadapan memegang kaca. Roket yang dinaiki Riez berlepas pada waktunya. Dari jauh dia melihat sambaran api pada ekor roket sedang berlepas ke langit.

Tak semua yang dirancang akan berlaku secara sempurna. Sememangnya perkahwinan adalah kunci kebahagian yang didambakan oleh setiap pasangan. Dan ia adalah perjanjian terikat dari dua orang untuk menikmati hidup bersama sehingga ke akhirnya. Ara kini rasa kehilangan.

"Selamat tinggal sayang".

"Selamat tinggal sayang"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AngkasarayaWhere stories live. Discover now