"Semua unit... Kita berpecah!" arah Nadi selepas mendapat arahan dari Komander. Menarik diri adalah pilihan yang paling tepat sekali buat masa sekarang. Setiap unit adalah bernilai. Mereka tak boleh membabi buta menaruhkan nyawa pada peperangan yang sudah tentu mereka akan kalah.
"Jumpa di mana Nadi?" tanya salah seorang tentera di dalam talian.
"Jupiter," jawab Nadi sambil mengelak tembakan-tembakan dari pesawat perang Zaxa. Nyaris terkena tembakan itu sempat lagi dia berjenaka, " Haha! Tak kena!"
Ketua Zaxa berdiri daripada tempat duduk dan berkata, " Lari? Hahahaha! Pengecut!" Kedua-dua kapal Angkasaraya dan Bumiraya sudah pergi meninggalkan tempat itu. Kini yang tinggal hanyalah unit kumpulan Nadi dan beberapa unit daripada Bumiraya.
Salah seorang tentera melihat radar dan memberitahu unit-unit lain untuk berhati-hati kerana mereka kini dikepung oleh pesawat perang Zaxa dan East Vanguard. Nadi menekan butang untuk menghidupkan kuasa tenaga kelajuan cahaya pada tahap maksima. Harapan terakhir ialah meninggalkan tempat itu dengan selamat. Mereka berpatah kembali dan beralih arah ke laluan yang mahu dituju.
"Kita jumpa di sana." kata Nadi.
Pada masa yang sama, Ketua Zaxa memberi arahan, " kejar dan jangan tinggalkan seorang pun hidup!"
Dalam sesaat, pesawat perang Nadi dan kumpulan berlepas pada laluan yang sama. Semasa tujahan, Nadi bagaikan tertarik ke belakang bahagian kerusi kerana impak kelajuan pesawat itu. Dia ketawa kerana berasa gembira dan terselamat daripada ancaman Zaxa dan East Vanguard. "Wohooo!"
Malang tidak berbau.
Pesawat yang dinaiki oleh kumpulannya meletup akibat ditembak oleh pesawat perang Zaxa yang berada di hadapanya. Ia sempat mengejar yang turut menggunakan kelajuan cahaya yang tidak disedari daripada sesiapa pun. Ada tiga pesawat perang Zaxa yang sedang mengekori daripada belakang.
"Tidak!"
Letupan itu menyebabkan pesawat perang hancur berkecai lalu serpihan-serpihan badan pesawat itu menyelerak ke kawasan sekeliling. Disebabkan pesawat yang dinaiki Nadi masih berada dalam kelajuan cahaya, serpihan serpihan itu merempuh dan ada satu serpihan bersaiz besar melanggar bahagian tepi sayap pesawat Nadi.
"Argh!"
Badan pesawat perang Nadi terbobos kemudian berlaku gegaran yang sangat kuat. Lantas keluar bunyi amaran kecemasan dan simbahan lampu bewarna merah di dalam koc. Akibat impak itu, pemanduannya terganggu dan beberapa fungsi pesawat perang gagal berfungsi. Nadi pantas mengaktifkan mod 'auto-pilot' ke bulan yang berhampiran dengan lokasinya sekarang. Kelajuan cahaya terhenti dan pesawat itu menukar destinasinya.
Destinasinya ialah Bulan Europa. Bulan Planet Musytari.
"Selamatkan aku Ara."
◊◊◊◊◊
"Dapat apa-apa signal daripada mereka? Takkan seorang pun tak respon?"
Ara tercungap-cungap. Dari tadi berjalan mundar-mandir.
Cemas.
"Sabarlah Kepten. Kita tak kan dapat kesan kalau mereka dalam kelajuan cahaya!" Afief bernada tegas. Dah banyak kali Ara melemparkan soalan begitu sampai Afief pula berang dengan paksaan Ara. Dia sendiri masih menunggu isyarat dari unit kumpulan Nadi. Tambahan dia sendiri diulit rasa gentar dengan situasi sekarang.
"Tuan...," panggil salah seorang pembantu kepada Afief.
Afief menoleh dan menunggu pembantu itu berkata, " unit loss."
Ara terperanjat dan mendekati pembantu Afief, " hilang dari radar atau...?"
"Totally loss. Lima-lima ditembak Zaxa," jawab pembantu itu dengan rasa bersalah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Angkasaraya
Fiksi IlmiahHitungan menuju hari bahagia telah bertukar menjadi satu kedukaan. Dari seorang wartawan bidang Astrofizik, nekadnya berubah menjadi seorang pengemudi kapal Angkasaraya. Pertempuran & peperangan melibatkan batalion dari bumi penjaga angkasa berdaula...